bff; 03

42 11 0
                                    





















Seoul High School

Pada pagi ni bomi dan chanyeol ke sekolah berasingan kerana ada masalah yang tak dapat dielak. Bomi memandang ke luar tingkap dengan pandangan kosong. Tiba-tiba ia ditegur seseorang.

"Jauh termenung?" Suara garau dari belakang bomi.

"Eung? Baekhyun sunbae? Buat apa dekat sini?" Soal bomi bersama kening dijungkitkan sedikit.

"Saja singgah. Nampak pulak bomi sorang-sorang." Jawabnya seraya menayang giginya tersusun rapi.

"Ahh...i see.." balas bomi pendek. Sedang mereka seronok berbual. Chanyeol datang menyergah mereka berdua.

"Boo!! Korang ngumpat aku eh?" Sergahnya.

"Makkaukuning! Ya! Kau ni sehari tak jadi setan tak boleh ke?!" Marah bomi lalu memukul chanyeol.

"Aish! Kau ingat topik kami ni nak ke selit nama kau huh?" Soal baek yang tertawa kecil itu.

"Eleh poyolah kau ni baek. Macamlah aku tak kenal si bomi ni." Perli chanyeol. Bomi menjelingnya.

"Heh! Dah lah aku nak keluar. Bye!" Kata bomi lalu beredar dari kelas meninggalkan dua ketul makhluk itu. Mereke berdua terpinga-pinga dan memandang sesama sendiri.




+skip+

Loceng waktu rehat mula kedengaran. Chanyeol berjalan kelilingi sekolah mencari kelibat bomi.

"Aish! Manalah minah ni? Gurau sikit dah koyak ha." Gumam chanyeol seorang diri sampai mengaru keningnya itu.

"Kenapa ni yeol?" Soal baek dari mana tah datang tetibe tegur. Chanyeol pun memaling kearah suara tersebut.

"Kau ada nampak bomi tak? Tak nampak batang hidung pun." Jelasnya seraya matanya masih melilau mencari kelibat bomi.

"Ahh~ dia ada dekat rooftop ha." Balas baekhyun.

"Oh.. aku pergi dulu. Thanks baek." Ucap chanyeol. Lalu meninggalkan Baekhyun yang terpinga pinga itu.

Chanyeol pun berlari untuk mendapatkan bomi. Usai sampai di rooftop chanyeol pun menolak pintu rooftop itu.

"Bomi?" Panggil chanyeol namun tiada sahutan. Chanyeol pun berjalan kearah sofa yang terpakai itu. Terpacul wajah bomi yang sedang tidur nyenyak disofa itu. Chanyeol menghela nafas lembut.

"Haih, mati-mati aku ingat kau merajuk nak terjun." Katanya perlahan.

"Hmm~" rengek bomi yang terasa silau akibat cahaya matahari. Chanyeol pun meletakkan tangannya untuk menghalang cahaya matahari yang memancar diwajah bomi.

Bomi tersedar dari lena dan benda yang pertama jadi tatapannya ialah chanyeol. Bomi tersenyum mamai kearah chanyeol.

"Kau dah bangun? Kau pahal tidur dekat sini gila?" Soal chanyeol risau.

"Hmm~ aku mengantuklah kau tahu apa." Cebik bomi lalu kepalanya dijatuhkan ke bahu chanyeol.

Chanyeol hanya mengelengkan kepala dan kepala bomi dibiarkan bersandar. Bukannya chanyeol tidak tahu yang bomi menguruskan butik mendiang ibunya. Ayahnya pun sudah tiada sejak bomi berumur 3tahun. Jadi bomi hanya duduk seorang diri dirumah.


++skip++

Waktu tamat sekolah Bomi pun tersedar dari lena yang lama. Kantoi dua ketul ni ponteng kelas tgh hari dan petang. Bomi melihat chanyeol yang tidur berlapikkan tangan. Manakala kepala bomi di atas peha chanyeol.

Bomi menatap chanyeol lama. Ia sudah bertahun simpan perasaan sayang terhadap chanyeol namun belum sedia untuk meluahkan segalanya.

Chanyeol mula mengeliat kecil apabila terasa lenguh. Matanya dibuka dan melihat bomi yang sudah pun bangun.

"Eh?! Sekarang pukul berapa?" Soal chanyeol terkejut. Jam dipergelangan tangannya dikerling.

"Ya! Eotteoke?! Aku dah lambat pergi latihan bola keranjang!" Kalut chanyeol. Lalu ia pun berlari untuk ke latihan. Bomi ditinggalkan sendirian.

"Hawau punya kawan~ bukan nak tunggu aku." Bebel bomi geram sambil melangkah untuk ke kelas.

Bomi pun berjalan meninggalkan rooftop untuk ke kelas mengambil beg galasnya. Setelah sampai di kelas bomi mencapai begnya dan beredar dari situ untuk pulang.

"Eh bomi?" Sapa seseorang dari belakang. Bomi menoleh ke arah suara itu.

"Eung? Sunbae?" Balasnya bersama senyuman pendek.

"Baru nak balik? Mana yeol?" Soalnya lagi.

"Bukan ke yeol ada latihan dgn sunbae? Or sunbae ponteng?" Kata bomi seraya mengecilkan matanya.

"Aniyo~ dah jum saya teman awak balik." Balasnya untuk melarikan topic.

"Emm..ok sunbae." Akur bomi tanpa menolaknya.

"Good. Kajja dah lewat dah ni." Ajak baekhyun. Mereka berdua pun pulang bersama tanpa chanyeol.





to be continue ...

©️All Right Reserved
@hotteokkimchi99
My own idea✔️✔️

Korang team mane?
Chanyeol
Or
Baekhyun

Don't forget to vomment tau🥺

Best Friend - [ ON GOING || re-edit ]Where stories live. Discover now