Dream

18 0 0
                                    

Langit malam yang kosong itu ditenung Eunbi lama lalu fikirannya melayang jauh. Satu keluhan dilepaskannya sebelum dia meraup mukanya perlahan. Palang besi beranda dikuis-kuisnya pakai jari telunjuk. Rambutnya yang terurai jatuh ditiup angin malam yang dingin. Lembut saja pukulan angin mengenai mukanya.

"Apa patut aku buat?" monolog Eunbi sendirian lalu rambutnya dikusutkan. Fikirannya terganggu. Perasaan pelik timbul sejak dia bertemu dengan seseorang buat pertama kalinya.

Park Jimin. Dia masih ingat lagi pandangan mata lelaki itu. Penuh dengan kesedihan dan seolah-olah mata itu mengatakan 'tolonglah aku'. Walaupun pertemuan mereka berdua sekadar kebetulan sahaja, Eunbi berasa keliru. Dia merasakan yang dia perlu menolong lelaki tersebut tetapi pada masa yang sama, ada sesuatu yang menghalang dirinya daripada melakukan itu. Kata-kata seseorang melekat di mindanya membuatkan dirinya teragak-agak untuk membantu Jimin.

"Saya ada satu pesanan untuk awak. Jangan dekati dia. Dia gila. Silap-silap hari bulan, awak pun akan jadi gila macam dia."

Kejadian minggu lepas masih menghantui dirinya. Buat pertama kalinya, dia melihat sekujur badan yang terbaring dengan tangannya berdarah dikelar ketika pihak ambulans mahu mengangkat mangsa ke dalam ambulans. Mangsa tersebut ialah Jimin.

Pada masa itu, ramai yang mengerumuni kawasan persekitaran rumah Jimin tapi mereka bukan berduka bahkan seolah-olah menyorakkan apa yang berlaku ke atas Jimin. Tiada satu manusia pun yang menenangkan ibu kepada Jimin malahan mereka berkata berkaitan hal yang tak elok di belakang ibu Jimin.

"Anak dengan bapa sama je. Dua-dua gila. Ibu tak pandai jaga keluarga betul."

"Betul tu. Nasib baiklah aku tak bagi anak aku berkawan dengan Si Jimin tu. Kalau tak...hmm. Memang dia bagi pengaruh tak baik pada anak aku tu."

"Kenapa tak pindah je dari sini? Mereka duduk sini lama-lama, jatuh nama baik taman sini. Mati lebih baik."

Eunbi yang mendengar sekadar mampu mendiamkan diri memandangkan dia tak tahu akan hal sebenar kerana dia baru berpindah ke kawasan kejiranan tersebut. Eunbi tak mahu dirinya dianggap biadap disebabkan dia menyampuk kata-kata makcik tersebut.

Niatnya yang mahu berjalan-jalan sekitar taman dengan Taehyung, kawan barunya di taman itu, terbantut apabila melihat ambulans berhenti di sebelah rumahnya. Serta-merta dirinya menjadi berani untuk memunculkan diri pada barisan paling hadapan kerumunan tadi. Wajah pucat yang disorong pihak ambulans ditatapnya sebelum cecair merah likat yang setia mengalir keluar pada pergelangan tangan itu dia terpandang. Eunbi menutup mulutnya kerana dia hampir muntah. Eunbi takut darah.

"Saya ada satu pesanan untuk awak. Jangan dekati dia. Dia gila. Silap-silap hari bulan, awak pun akan jadi gila macam dia."

Satu suara menyapa gegendang telinga Eunbi sebelum dia memandang gerangan tersebut dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Keningnya bertaut dan dahinya berkerut.

"Taehyung, awak cakap apa ni?"

"Yang ada dalam ambulans tu Park Jimin. Jangan dekati dia kalau awak tak nak terluka. Dia berbahaya."

Eunbi mengalihkan pandangannya ke arah pintu ambulans tersebut. Puan Park pun sudah sama mengikut pihak ambulans ke hospital. Orang ramai pun mulai meninggalkan kawasan tersebut manakala Eunbi berdiri kaku di tempatnya sambil matanya setia melihat ambulans tersebut membawa Jimin.

"Awak nak tunggu sampai dia balik ke? Kata nak suruh saya bawa awak bersiar-siar sekitar taman." ucap Taehyung seolah-olah terdapat unsur perlian. Taehyung memegang lengan Eunbi untuk membawa Eunbi pergi dari situ tapi Eunbi membatukan dirinya.

"Maaf awak. Saya tak boleh. Saya rasa kita pergi hari lain lah."
Perlahan-lahan pegangan tangan Taehyung terlerai. Eunbi melangkah masuk ke dalam rumahnya kembali, meninggalkan Taehyung keseorangan.

Take My HandWhere stories live. Discover now