Dream 03

5 1 0
                                    

"Woi budak baru!"

Eunbi yang sedang sibuk menyapu lantai segera mengalihkan pandangannya ke arah si pemanggil. Seungcheol. Sejak Eunbi berpindah ke sekolah tu dan ditakdirkan sama kelas dengan Seungcheol dan juga Jimin, Seungcheol tak habis-habis mengganggu hidup Eunbi. Mengganggu betul!

"Kau nak apa?"

"Carikan pemadam aku."

"Carilah sendiri! Lagipun kau tak minta tolong kat aku. Buat apa aku nak bazir tenaga aku carikan."

Eunbi kembali menyapu. Kelas pagi itu sunyi kerana hanya mereka berdua yang berada dalam kelas. Maklumlah yang waktu itu awal pagi. Ramai lagi yang dibuai mimpi melainkan dua ekor manusia yang rajin datang awal. Katanya nak study.

"TOLONG aku carikan pemadam aku. Kau sapu kelas an sekarang? Alang-alang tu carikan pemadam aku sekali."

"Tau pulak sebut perkataan tolong tu. Kat mana pemadam tu jatuh?"

"Tadi aku nampak kat situ."

"Mana?"

"Mana aku tau. Sebab tu aku minta tolong carikan."

Dum!

"Argh."

Masing-masing memegang kepala kerana sakit akibat terhantuk kepala sesama sendiri. Muka Eunbi naik merah manakala Seungcheol mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"T-tak payah carilah. Aku beli baru."

Disebabkan suasana menjadi awkward, Eunbi kembali menyapu sebelum satu demi satu pelajar memasuki kelas dan kelas bermula.


***


"Kelas bersurai. Sebelum tu saya nak beritahu yang keputusan ujian untuk bulan ni sudah keluar. Jadi kamu semua boleh melihatnya nanti di papan kenyataan pejabat. Kamu semua dibenarkan keluar. Pastikan kerja rumah kamu siapkan. Minggu depan saya nak semua hantar. Ong Seongwoo!"

Nama Seongwoo dipanggil membuatkan dia yang dari tadi tersengguk-sengguk terus terjaga.

"Ye cikgu!"

"Hantar kerja tepat pada masanya. Kalau tidak saya report pada guru disiplin."

"Baiklah cikgu."

Seongwoo menggaru kepalanya sebelum kakinya digerakkan menuju ke meja Seungcheol. Kelihatan Seungcheol sedang mengemaskan barang-barang masuk ke dalam begnya.

"Aku kena mention lagi."

Seungcheol mengalihkan pandangannya ke arah Seongwoo yang sedang bermasam muka. Beg yang siap dikemas, disandangnya sebelum bahu Seongwoo dirangkulnya. 

"Siapa suruh kau tidur dalam kelas? Kan cikgu dah kenal kau. Hmm. Nasib kau lah Ongcheogie," ucapnya sebelum gelaknya terletus. Dia meninggalkan Seongwoo dan menuju ke pejabat. Di depan pejabat, pelajar berasak-asakan untuk melihat keputusan ujian. Seungcheol perlahan-lahan menyelinap dan melihat keputusannya. Senyumannya pudar dan jari-jemarinya digenggam erat. 

"Wah! Jimin sunbae-nim dapat nombor satu lagi la."

"Betul tu. Walaupun dia jarang datang sekolah tapi dia bijak."

"Tengok nombor tiga tu. Seungcheol sunbae-nim la. Kesian dia selalu compete dengan Jimin sunbae-nim."

"Wegh! Wegh! Nombor dua lagi gempak. Sunbae-nim yang baru pindah hari tu."

"Owh. Eunbi sunbae-nim"

Panas telinga Seungcheol mendengar. Hatinya pula bertambah sakit apabila tahu yang dia mempunyai musuh baru. Genggaman jarinya semakin dieratkan. Kakinya melangkah setapak demi setapak dan berlari keluar dari sekolah. 

"Yo! Seungcheol! Kau nak pergi mana tu?! Tunggu aku!"

Seongwoo cuba mengejar Seungcheol tapi hampa. Seungcheol telah meninggalkan dia jauh, hilang entah ke mana. Susah juga jadi kawan Seungcheol ni. Fikiran Seungcheol sukar untuk dikawal. 


Tin kosong dijadikan bola untuk ditendangnya. Makin lama, tendangnya menjadi agresif dan tin itu menjadi kemek akibat tendang yang sangat padu. Tangannya menyeluk poket kirinya. Sebatang lolipop dikeluarkannya sebelum plastik lolipop tersebut dibukanya lalu lolipop tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya. Dengan lengan baju yang disingsing ke paras siku, tali leher yang dilonggarkan dan beg sekolah yang disandang sebelah bahu saja telah membuatkan dirinya tampak seperti seorang gangster sekolah. Dia mendengus perlahan sebelum langkah dibuka tanpa mengetahui hala tuju.

Mood dia hari ni tak berapa baik selepas melihat rankingnya. Bukan menaik, malahan menurun. Apakah alasan yang dia mahu berikan lagi kepada ibu bapanya? Perlukah dia beritahu yang dia mempunyai pesaing baru? Bukankah itu akan menambahkan bebannya memandangkan mereka berdua terlalu mementingkan pembelajaran anak mereka? Silap-silap hari bulan, schedule Seungcheol penuh dengan belajar saja kerana anak mereka dirasakan 'kurang berilmu'.

Beep beep~ Beep beep~

Bunyi mesej masuk telah menghentikan langkah Seungcheol, dia menyandarkan badannya pada dinding bangunan. Kawasan lorong itu sunyi saja memandangkan jarang orang berjalan kaki menggunakan lorong itu. Tambahan lagi kawasan itu tidak mempunyai lampu jalan. Jadi menyukarkan orang ramai untuk lalu. Tapi bagi Seungcheol, lorong itulah membantu menyembunyikan dirinya daripada keluarga. Butang tengah ditekan membuatkan cahaya memenuhi skrin telefon pintarnya. 

5 missed calls from Appa

7 missed calls from Eomma

4 missed calls from Seongwoo

10 message from 3 chats

App whatsapp dibuka, ketiga-tiga mesej tersebut daripada orang yang sama missed call dia. Senyuman segaris diberikannya.

'Woip!'

'Cheol! Mana kau pergi? Parents kau kata kau tak balik rumah lagi. Diaorang risau lah!'

'Welpppp! Cheolku sayang....BACALAHHH!!'

Seungcheol tergelak. Ada-ada saja Seongwoo ni. Ligat tangannya menaip sesuatu sebelum butang send ditekan.

'Aku otw balik. Jangan risau.'

Chat lagi satu dibuka. Daripada Eomma.

'Cheol kat mana? Eomma risau.'

'Petang ni tuisyen physics. Jangan terlepas.'

'Cheol, kenapa degil ni?! Cikgu tuisyen kamu kata kamu tak masuk kelas dia. Kamu tak sayang eomma lagi ke?'

'Cheol, pulang cepat! Malam ni kelas piano kamu. Eommatak nak kamu buat perangai.'

Pedih matanya membaca mesej tersebut. Kesemua mesej daripada mummy dibuangnya dan chat daripada appa dibuka.

'Cheol, jawab call appa ni!'

'Kamu saja mencabar kesabaran appa.'

'Appa dah dapat tau keputusan exam kamu daripada cikgu kamu. Kamu balik nanti, appa nak bincang dengan kamu.'

"Oh shit!"

Rambutnya dikusutkan. Masalah sebenar sudah muncul. Dia malas hendak menadah telinga, mendengar kritikan ibu bapanya. Walaupun dia sudah dikira berjaya, namun selagi dia tidak berjaya mendapatkan nombor satu dalam batch, selagi itu dia akan dikritik dan dipersoalkan. Seungcheol penat. Telefonnya disimpan ke dalam poket. Dia memerhati sekeliling.

"Aku sesat jalan?"



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Take My HandWhere stories live. Discover now