Pada pagi itu, Aku bersiap siap untuk balik ke asrama dengan kawan papa dan anak lelakinya. Apa papa cakap semalam? Nama budak lelaki tu Hazreen? and dia satu asrama dengan aku. Tak pernah jumpa pun. Papa siap cakap dia ketua pengawas lagi, aku duduk asrama situ since form 1 pun tak pernah nampak dia.Ke dia baru masuk? bisik kecil hatiku.
"Akak!!!! dah siap ke belum? kawan papa dah sampai dah!" jerit Alia perlahan.Takkan dia nak jerit sekuat hati, sudahlah ramai kat bawah.Mahu ada malu sampai 2030.
"Kejaplah" kata aku malas.Sebenarnya lebih tepat tak nak naik dengan kawan papa tu!. Papa ni suka paksa aku!,nanti ada jugak aku terjun banggunan kang!
"Cepatlah akak!" gesa Alia. Ceh tak menyabar betul. Lalu aku menyarungkan tudung ke kepalaku dan menarik beg roda empat tayar aku lalu turun bersama Alia.
"Dila, mana anak kitanya? Lama dah Faizal tunggu ni." tanya Encik Roslie kepada Puan Adila tentang anak sulung mereka berdua.
"Kejap ya bang, Dila pergi panggil mereka" kata Puan Adila. Baru dia hendak bangun, dia melihat anak sulungnya dan anak bongsunya turun bersama sama sambil berborak. Entah apalah mereka berborak? tanya kecil hati Puan Adila.
"Ha, baru turun? kesian Uncle Faizal tunggu Sya"
" Eh, takpelah lah Lie aku tak apa apa. Lagipun awal lagi ni, tak terlambat pun. Aku yang datang awal sebenarnya" kata Encik Faizal lalu aku melihat anak lelakinya di sebelah sedang minum air. Huish! boleh tahan hensem! bisik kecil hatiku. Pinggang aku dicuit oleh Alia kerana sedari aku memandang anak Encik Faizal dan dia mengangkatkan kening berkali kali kepadaku lalu tergelak kecik
dan mengambil tempat di sebelah mama.Cis! kurang asam punya adik habislah aku kena kusik (mengusik) kejap lagi."Takpe Zal, kira bersyukur aku sebab kau sudi tolong terima kasih ye!"
"Okay, Dan semoga kau bergembira sepanjang perjalanan kau ye Lie!"
"Baik Zal."
"Sya janji tau jangan buat hal kat sana! Jaga diri baik baik solat jangan lupa kami disini sentiasa mendoakan Sya. Kalau ada apa apa call mama ngan papa terus ye?" pesan mama lembut lalu mengusap perlahan kepalaku membuatkan aku terasa sebak lalu memeluk papa dan mama. Manakala Alia bersalaman dengan aku. Sedih akan perpisahan ini.
Lalu abah berpamitan dengan Uncle Faizal dan kami bergerak pergi.
---------------------
Haa selepas berhempas pulas akhirnya kami sampai di destinasi yang dituju cehhh ayah tak menahan!
"Tq Uncle sebab sudi tumpangkan Sya." kata aku ikhlas.
"Ok Sya memang tanggungjawab uncle sebagai kawan papa nak hantar kamu. Kalau macam tu uncle gerak dulu ye, Abah gerak dulu ye Hazreen! Hazreen pun tengok tengokkanlah Fasya ni ye nanti jadi apa apa susah. Assalamualaikum." ayat Uncle Faizal bikin aku seram 'tengok tengokkan' apa ye??
"Baik abah, Waalaikummussalam." setelah sekian lama akhirnya aku dengar suaranya yang 'merdu' itu. Ingatkan dah bisu tak nak bercakap! kutuk aku didalam hati, lalu dia melambaikan tanya ke arah ayah tercinta! dan kereta Almera itu bergerak keluar dari kawasan asrama. Hazreen terlebih dahulu berlalu pergi dan aku melihat telefon xioumi aku mendapat message dari Hana A.K.A kawan aku lalu aku membalas dengan laju dan tanpa aku sedar..
Bukk!!
"Auch!" aduku sakit lalu menggosok perlahan hidungku. Ini badan ke banggunan apasal keras sangat!!
Lalu aku memandang gerangan itu dan terkejut aku kerana orang itu ialah Hazreen! Matilah nak!
"Sorry, aku tak sengaja." jawab ku perlahan lalu menunduk seperti banduan yang membuat kesalahan. Dia memandang aku tajam.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas tu tunang aku!!
RomanceKau jangan fikir aku tunang sebab kau,semua sebab ibu ayah aku-Tengku Hazreen Aku tak paksa untuk suka aku-Nurul Fasya Nabila Kau akan jatuh ke tangan aku jua Hazreen-Tengku Najwa