IKS - BAB 64

12.5K 269 18
                                    

Hari ini genap empat bulan usia perkahwinan antara Azrell dan Mardiah. Kehidupan mereka bertambah bahagia dan ceria bersama Qaysara yang kini sudah menginjak umur 11 bulan lebih.

Banyak celoteh bayi itu yang membuatkan keluarga kecil mereka menjadi lengkap dan bahagia. Qaysara juga sekarang sudah boleh menapak untuk berjalan namun belum stabil. Hanya berpegangan pada dinding ataupun almari.

Itu pun sudah penat dikejar kehulu-kehilir. Merata dia mahu menapak berjalan. Tidak duduk diam. Biasalah, bak kata orang tua-tua bila budak-budak boleh 'kaki'. Seronoklah berjalan sakan.

Lebih kurang sebulan Qaysara bakal berusia 1 tahun. Tak sabar Mardiah mahu melihat budak kecil itu membesar.

"Morning,sayang." Ucap Azrell menapak ke arah ruang dapur sambil mendukung Qaysara. Bayi itu khusyuk bermain dengan tali leher Azrell yang sudah kemas terikat. Sekali-sekala Qaysara merengek mahu turum dari dukungan Azrell. Mahu berjalan sendiri la tu.

Mardiah yang sedang menyiapkan sarapan pagi mengalihkan pandangan ke arah suami dan anaknya bersama satu senyuman manis.

"Morning,abang!" Menu sarapan diletakkan di atas meja. Azrell membontoti isterinya ke arah meja makan.

Sandwich yang tersedia di atas meja diambil Mardiah sebelum diberikan kepada Azrell. Usai bacaan doa, mereka terus menikmati sarapan sebelum ke tempat kerja.

Cakap pasal kerja, kini Mardiah sudah pun berjaya menghidupkan semula kafe yang dibelinya Azrell. Hampir satu bulan juga masa yang diambil untuk set up semula kafe itu dan akhirnya siap juga. Itu pun atas bantuan Encik Razman sekeluarga dan pekerja upahan.

Kafe itu yang sememangnya besar dan kadar pengunjung agak tinggi membuatkan Mardiah semakin sibuk menguruskan kafenya. Walaupun sibuk di kafe, Qaysara dan Azrell masih diberi tumpuan.

"Abang, harini Mar balik lewat sikit tau. Dalam pukul 6.30 petang macam itu. Sebab Mar ada meeting dengan client harini." Pinta Mardiah lembut. Matanga dikerdipkan.

Selalunya waktu operasi Mardiah di kafenya hanyalah dari pukul 11 pagi sehingga 5 petang. Azrell sendiri yang menetapkan jadual waktu kerja Mardiah di kafenya walaupun isterinya adalah pengurus tetap kafe itu.

Katanya tidak mahu Mardiah terlalu tumpu akan kafenya dan mengabaikan keluarga. Mardiah hanya setuju sahaja kerana baginya waktu yang ditetapkan Azrell sudah memadai. Lagipun para pekerjanya semua boleh diharap.

"Abang balik awal harini. Tak apalah kalau macam itu. Tapi,make sure jangan sampai terlebih masa." Balas Azrell tegas. Pantas Mardiah mengangguk laju dengan arahan suami.

"Abang balik pukul berapa?"

"5.30 petang." Jawab Azrell sambil mengunyah sandwich. Mardiah hanya mengangguk lemah. Awal pula pakcik ni balik. Selalu bila kita yang balik awal,tunggu dia di rumah berjam-jam. Pukul 7 baru sampai rumah. Sedihnya duhai hati ini. Azrell akhir-akhir ini semakin sibuk juga.

Usai bersarapan,Mardiah menghantar Azrell dimuka pintu sambil mendukung Qaysara. Huluran tangan kanan Azrell disambut lembut sebelum dikucup mesra. Pantas Azrell bertindak mengucup lemah ubun-ubun isterinya. Perkara biasa bagi mereka sekeluarga sebelum ke tempat kerja.

Qaysara yang berada di dukungan Mardiah dicium rakus pipi montel itu sehingga memberontak budak kecil itu. Mardiah ketawa kecil melihat anak dan suaminya. Macam-macam.

Azrell awal pagi lagi perlu ke tempat kerja malahan Mardiah akan pergi lewat ke kafenya. Begitulah rutin harian mereka. Kafe Mardiah akan beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam. Waktu standard seperti kafe-kafe lain.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now