Cerita Seram Nickhun

68 2 0
                                    


"Ok, set. 1, 2, 3. Testing". MC Yoo Jae Suk mengetuk mikrofonnya. PD di belakang tabir mengangkat ibu jari kepadanya, memberitahu semuanya berjalan lancar.


MC Yoo Jae Suk mengangguk faham. Dengan kiraan 5, rancangan secara langsung akan dimulakan. Para selebriti membetulkan posisi masing-masing, bersiap sedia untuk menjayakan program live yang terkenal itu.


"Hai! Apa khabar semua? Sekali lagi kita bertemu dalam rancangan "Talk Show Celebrity"!!" suara ceria MC Yoo Jae Suk menyemarakkan lagi suasana keadaan disitu. Selebriti-selebriti yang diundang itu juga turut menyorak gembira diawal rancangan tersebut dimulakan.


Turut memperkenalkan selebriti seperti Nana AfterSchool, Taeyeon&Yoona SNSD, aktor Kim Haneul, komedian Yoo Seyoon, Suho Exo, Suga&Jungkook BTS, dan tetamu undangan yang turut serta adalah Nichkun 2PM.


"Ok, seperti biasa, rancangan kita akan bertukar tema setiap minggu, dan ini mampu menarik perhatian penonton menukar siaran lain pada rancangan ini.. hehe." Gurau MC Yoo Jae Suk diikuti dengan gelak ringan penonton dalam studio disitu.


"Tapi.. apa yang lebih menarik, kali ini topik yang kita ceritakan pada minggu ini agak berlainan sedikit." Nada MC Yoo Jae Suk berubah sedikit.


"Semasa saya membaca kad ini, saya terkedu seketika sebab mungkin ada diantara kalian yang tidak suka berbicara tentang topik ini." Ujar MC Yoo Jae Suk dengan nada mendatar. Sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada penonton dan selebriti di studio itu.


"Apa dia, oppa?" Nana AfterSChool bertanya kepada MC Yoo Jae Suk dengan perasaan ingin tahu. MC Yoo Jae Suk tersengih sekejap apabila dia membuka kad panduan yang dipegangnya dari tadi.


"Ok, tema cerita pada hari ini adalah..... "Kisah Seram Selebriti"!!!" dengan suara yang lantang.


"Ehhhhhhh?????!!!" sorakan dan suara ketakutan bergema dalam studio itu. ada yang ketawa kerana reaksi selebriti yang terkejut dengan suara MC Yoo Jae Suk membongkar tema cerita tadi.


"Ahhh oppa... Kenapa mesti topik tu?!" keluh Nana AS dan Yoona SNSD sambil berseloroh. Tapi dalam hati mereka, menyesal pula mereka hadir untuk minggu ini.


"Sebab rating." Sampuk Yoo Seyoon selamba dengan senyuman sumbing dibibir. Berdekah penonton dan selebriti lain mendengar ayat "rating" itu. MC Yoo Jae Suk turut tergelak dan segera menjeling tajam ke arah juniornya (Yoo Seyoon).


"Mestilah. Topik ini memang menakutkan tapi topik ini jugan paling disukai oleh orang diseluruh dunia." Terang MC Yoo Jae Suk.


"saya tahu ramai yang tak selesa, tapi saya lagi laa tak selesa... sebab saya kena dengar cerita seram dari korang satu persatu.. hehe~" lawaknya bersahaja. Sekali lagi mengundang dekah penonton. 

Cerita Seram NickhunWhere stories live. Discover now