Blackie yang kebal.

6 0 0
                                    

Si hitam manis, yang hitam manis pandang tak jemu, pandang tak jemu.
Seringkali terngiang lagu ini dalam kepala kalau aku pandu si Blackie ni. Padahal aku tak pernah tahu pun lagu siapa tu, dan tak tahu pun lirik tu entah betul atau tidak.
Kereta ni bapa mertua aku yang bagi sebenarnya. Aku tak beli pun. Cuma bila aku yang guna, maintenance aku lah kena jaga sendiri. Aku make-up cantik-cantik. Bagi perhatian pada performance dia. Tak pernah lagi meragam teruk, kecuali ada sekali tu aku terpaksa buat Top Overvaul sebab dah berasap, minyak hitam aku jaga elok, tapi mungkin sebab faktor usia nya juga.

Perjalanan Blackie bersama aku ke tempat kerja memang banyak dugaan dan cabaran. Macam-macam hal. Pertama kali ke tempat kerja dengan si Blackie ni, aku dapat tengok kemalangan depan mata. Balckie tak menggelabah pun masa tu, aku yang cuak. Tak ada perasaan ke si Blackie ni. Kebal betul dia.

Blackie ni seingat aku lahir tahun 2004. Model Saga LMST 1.3(M) 4G13P, rim 14 kompang, spoiler mudah lentur, tak ada wiper belakang, lampu belakang background chrome pink.
Tahun 2004 aku darjah enam. Nak UPSR.

Dalam impian aku pada tahun 2004 memang ada model saga ni dalam kepala. Jangan main gila, semua kereta cikgu aku dekat sekolah aku tahu model apa, variant apa. Silap besar kalau cikgu nak tipu aku dengan harga kereta tu. Apa yang aku rasa lain sangat minat aku ni daripada kawan-kawan aku masa tu?. Diaorang semua minat menulis lirik lagu Exist's masa tu. Aku tak, aku sibuk cari surat khabar, kumpul majalah kereta, iya lah, minat masing-masing kan. Sampai satu tahap aku obses dengan nombor pendaftaran kereta.

Ok, blackie ni pula, memang pertama kali aku jumpa dia sewaktu aku belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah. Tempat aku jumpa isteri aku sekarang. Masa tu dah nampak bonding aku dengan blackie ni boleh pergi jauh. Selamba aku bergurau dengan dia tarik handbrake masa drive. Hahaha. Tak lah, sebenarnya blackie ni yang ada masalah lampu tanda amaran dia menyala. Rupanya ada sedikit 'touching' pada bahagian wayar set dia. Sentuh sikit hilang lah lampu merah tu. Sambil dia memandu tu, sesekali aku usik handbrake tu sikit saja nak test girlfriend aku ni jenis driver yang macam mana. Dia alert atau tak. Aku jatuh cinta lagi sekali sebab dia memang alert dan tahu kewujudan lampu indicator tu. So, dari situ aku percaya yang bakal isteri(masa tu la) aku ni sebenarnya insan yang hebat dan cool. Memang memenuhi citarasa aku lah.

Selepas kami kahwin, aku memang tak ada kereta. Aku ada Honda Wave 125X je. Lesen kereta pun aku tak ada lagi. Memang masa tu aku tak fikir pun nak beli kereta. Sebab kami nak enjoy ride berdua kesana kemari sebenarnya. Nak merasa susah senang bersama la katakan. Berpanas berhujan. Hehehe. Lagipun kami memang nak beli rumah, kumpul duit sama-sama sebelum beli kereta.

Jadi, nak dijadikan cerita, isteri aku memang dapat si blackie ni sebab tak ada orang nak pakai dah kereta transmisi manual. Bapa mertua aku cakap korang berdua pakai lah atau nak biarkan dia tersadai berlumut, tikus bersarang, atau rumput menjalar. Aku sebagai seorang suami, aku nasihatkan lah pada isteri aku untuk terima saja. Asalkan mereka tak risau dengan keadaan kami lagi. Anggap saja rezeki. Mana tahu kecemasan atau apa-apa, sekurang-kurangnya tak perlu pinjam atau sewa kereta orang.

Aku nampak blackie senyum pada kami masa tu. Seronok betul dia sebab dia tahu masih ada orang yang nak 'belai' dia. Isteri aku pun sebenarnya memang bawa blackie pergi kerja sebelum kami kahwin. Banyak juga ragam dia sebenarnya. Isteri aku pula jenis kumpul semua resit. Jadi dari situ aku kenal hati budi si Blackie ni. Aku semak satu persatu apa maintenance yang isteri aku pernah buat. Jenis minyak hitam, dan major problem dia aku kaji betul-betul.

Jadi dekat sini aku simpulkan yang aku sama saja macam orang lain yang ada kereta baru. Bulanan aku boleh asing siap-siap untuk 'standby' melayan ragam dia. Eh, Proton tak banyak ragam lah. Alat ganti pun tak mahal. Handsome pula tu.









Sahabatku BlackieWhere stories live. Discover now