Bab 1

11 1 2
                                    

     Aku menggelarkan diriku dengan panggilan "Jo". Ia adalah satu nama yang mudah disebut oleh orang, aku fikirkan. Aku bekerja di sebuah syarikat komputer yang terletak tidak jauh dari rumahku. Dengan izin Tuhan, aku dianugerahkan jawatan yang diidami ramai orang. Umurku hanyalah 27 tahun dan bagi rakan-rakan sekerjaku, ia adalah umur yang terlalu muda untuk memperoleh jawatan tersebut. Jadi, aku tidak terkejut apabila aku dapat membau perasaan iri hati dalam kalangan rakan-rakanku. Hmm, adakah 'rakan-rakan' perkataan yang sesuai untuk aku gelarkan mereka?

     Namun, hidup tidaklah semanis yang orang sangkakan. Aku mempunyai kerja, sumber pendapatan, rumah, kereta, dan ekonomi diri yang stabil. Tetapi aku tidak mempunyai kehormatan; dalam pandangan masyarakat. Adakah menjadi dosaku jika aku dilahirkan sebagai anak luar nikah? Apakah aku yang memilih takdir ini? Siapakah aku unutk mempersalahkan tindakan Tuhan? Aku bersusah payah sejak kecil lagi untuk menimba ilmu. Ibuku telah berkorban segalanya demiku. Hasilnya, aku berjaya menjadi salah seorang graduan universiti di Amerika Syarikat walaupun keadaanku sebegini. Dengan jawatan yang telah aku peroleh, tambahan dengan latar belakangku yang kotor, perasaan iri hati dalam dada-dada manusia makin lama makin memakan kemanusiaan dalam diri mereka. Kerana pada mereka, maruahku hanyalah seperti sekeping roti.

Maruahku Sekeping RotiWhere stories live. Discover now