Bab 3

8 1 2
                                    

     Namun, hatiku mula berbolak balik saat aku terlihat Natasha, seorang gadis berkaca mata, tinggi lebih kurang aku juga dan mempunyai karakter yang sangat sopan dan lemah lembut. Natasha amat disegani ramai. Aku mula mempersoalkan pendirianku tentang manusia. Adakah dia merupakan pencetus bagi golongan yang ketiga? Ya, aku fikirkan. Dalam keadaan masyarakat yang penuh kehitaman, Natasha merupakan cahaya yang menyinari jalan kehidupan.

     Aku yakin dia adalah dari golongan yang ketiga, iaitu mereka yang memakan bahagian roti yang dibenci ramai, dibuang ramai, tanpa persoalan. Mereka adalah golongan yang menjadi asbab mengapa sekeping roti ini menjadi manis. Merekalah yang menyapu sekeping roti ini dengan marjerin dan gula, nutella, dan strawberry jam. Mereka jugalah yang menyebabkan golongan pertama dan kedua tertarik untuk memakan sekeping roti ini. Kerana golongan inilah yang mewarnai kehidupan dan realiti dunia yang pada hakikatnya lebih banyak dipenuhi oleh nafsu dan ego.

     Aku masih bertaruh harapan terhadap manusia. Atau lebih manis lagi, aku sudah jatuh cinta kepadanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Maruahku Sekeping RotiWhere stories live. Discover now