Bab 2

13 1 1
                                    

     Aku mengibaratkan maruahku seperti sekeping roti; lebih terperinci lagi adalah sekeping roti yang berada pada awal dan akhir bukunya, adalah kerana terdapat dua golongan yang melayanku dengan karenah yang berbeza.

     Golongan yang pertama adalah mereka yang membenci sekeping roti ini daripada awal lagi. Setelah habis dimakan bahagian tengah rotinya, dua keping ini akan dibuang serta merta. Tanpa mereka memikirkan tentang pembaziran, walhal ramai lagi saudara-saudara kita di luar sana yang masih berlantaikan bumi dan beratapkan langit. Kesejukan, kelaparan. Sehingga hari ini aku masih tidak mengerti mengapa timbul perasaan benci pada sekeping roti ini. Setelah mereka memakan bahagian tengahnya, mungkin juga mereka telah memakan hasutan yang direjam.

     Golongan yang kedua pula adalah golongan yang hanya memakan dua keping roti ini untuk memuaskan nafsu mereka saat mereka sangat memerlukan kepadanya. Mereka tidak memakannya tatkala meja penuh dihidangi dengan makanan dan minuman bertaraf dunia yang dimasak oleh chef-chef terkenal. Mereka tertelan dengan kelazatan dunia sehingga lupa untuk bersyukur pada yang Esa terhadap sekecil-kecil makana yang dikurniakanNya. Namun, saat perut mereka meraung kelaparan, saat itulah mereka menggelabah mencari saki baki makanan yang ada seperti sekeping roti.

     Aku benci akan kehidupanku. Aku benci akan manusia. Pada saat-saat inilah aku memikirkan mengapa munculnya watak-watak antagonis dalam filem seperti Batman. Dan aku juga memikirkan betapa jelasnya visi Joker untuk mentadbir Gotham City berbanding 'hero'nya.

Maruahku Sekeping RotiWhere stories live. Discover now