PART 23

5.8K 373 59
                                    


"Kau termenung apa?" Han menyentuh lembut bahu Shah.

Shah mengurut dadanya, jantungnya berdetak hebat. Peluhnya merenik dibiarkan. Air matanya hampir menitis, adakah ia akan terjadi?

Shah mengucap beberapa kali.

Isk, Izzkal dan Han pelik melihat Shah seperti ketakutan. Mukanya agak pucat, kulitnya yang putih menjadi merah. Dan urat di lehernya menjadi tegang.

"Kau kenapa ni?" Isk memegang kedua - dua belah bahu Shah.

"Tyler Iv are ready. Please come to gate 16 beside."

Mereka bangun kecuali Shah. Dia masih duduk dan matanya fokus memerhati beberapa kapal terbang dan jet peribadi berlepas.

Shah meraih tangan Han dan menggengamnya. Ternyata tangan Shah sejuk seperti mayat hidup.

Han duduk disebelahnya, "kau kenapa ni? muka pucat ni tak sihat ke."

"Kalau kau tahu malaikat nak cabut nyawa kau, patut ke kau senyum sekarang?" soal Shah mendatar, mukanya serius.

Isk cangkung dihadapan Shah,
"Kalau dah ajal, kau nak lari ke mana?"

"Dah jom balik." ajak Izzkal. Mereka jalan dengan menolak beg roda itu bersama.

Ajal?

Hanya Allah sahaja yang tahu.

Masuk sahaja jet peribadi itu, mereka membaca doa naik kenderaan. Usai sahaja bacaan itu, Izzkal menyuruh Shah berehat.

Mereka masih mencari puteri mereka. Tiada berita mereka langsung, khabar berita mahupun media sosial.

****

Fatin, Bal dan Mia pulang ke tanah air untuk meraikan syarikat Blue Iv yang ke - 30 tahun.

Mereka takut jika terserempak dengan King. Mampukah mereka tersenyum pada tika itu?

Airish? dia berada di Dubai. Tamat sahaja mesyuarat itu, dia akan pulang ke tanah air.

Dubai Airport

Tiket penerbangan, passport dan iphone 8 digenggam erat. Tangan kirinya menolak troli itu dengan cermat.

Dia hanya mengenakan jubah putih dan selendang berwarna krim. Aisy lebih gemar memakai jubah kerana ia selesa.

Sedang dia menolak troli, ada troli yang melanggarnya dari depan. Habis beg bajunya terjatuh, dengan pantasnya Aisy membantu dan memohon maaf.

"My bad, sorry." ucap lelaki itu dengan bersungguh - sungguhnya.

Aisy mengangkat beg kecil itu dan mengganguk.

Datangnya beberapa lelaki berbadan tegap dan tinggi berdiri di hadapan Aisy. Mereka segak berpakaian tshirt berkolar dan topi.

"What's wrong Roy?"

Aisy terus mendongak, jantungnya laju berdegup. Dadanya mula sesak, nafasnya seperti tersekat - sekat.

Princess Xavier Return Where stories live. Discover now