PXR 16

6.8K 344 37
                                    


Suasana di dalam kapal terbang menjadi senyap, mungkin para penumpang yang lain tidur. Tapi tidak bagi Han dan Aisy, mereka bergaduh dari awal pertemuan mereka.

"Tak, tangan awak ni ke tepi boleh tak?" tangan Han dipukul menggunakan gulungan surat khabar.

Han mencebik. Garang tak sudah, tolong letakkan dia dalam kandang singa. Kita tengok siapa lagi garang.

"Bibir tu kenapa? Kena senggat tebuan ek." Aisy tersenyum sinis apabila wajah Han yang cemberut itu.

Seorang pramugara dan pramugari menghampiri kerusi mereka.

"Maaf puan dan tuan, tolong perlahankan suara ya. Penumpang yang lain sedang berehat." dengan lembutnya pramugari itu menegur.

Han dan Aisy mengganguk dan akur.

Aisy menutup matanya, terasa letih pula. Sudah beberapa hari, jadual tidurnya terganggu.

Apabila dengkuran halus Aisy didengari. Han segera menarik kepala Aisy ke bahunya.

"Sleep tight princess." lalu Han turut tidur.

******

Mereka tiba di Italy, rumah keluarga Ricci dituju.

Kakinya diatur ke taman kecil, badan ibunya dipeluk erat dari belakang.

"Dah sampai dah anak mummy." Tengku Riyya meleraikan pelukan itu, dan mengucup dahi puterinya beberapa kali.

Selepas itu, Aisy menuju ke Tengku Shahriezal, badan daddy nya dipeluk erat.

"Rindu daddy." ucap Aisy. Kemudian Aisy meleraikan pelukan itu.

"My, dy, ni Rayyan Farhan. Tunang Aisy yang kuat bebel tu. " kata Aisy dengan selambanya.

Han ketawa dan tersenyum.

"Awak ni mummy dan daddy saya. " sambung Aisy. Han berjabat tangan bersama Tengku Shahriezal dan dia senyum pada Tengku Riyya.

Mereka berbual - bual di taman kecil itu. Aisy memandang sekeliling, dimanakah kedua dua abangnya.

"Abang dan Zayyan mana?" Aisy menyisip air jus nya sedikit.

"Ada tu kat atas, Adreana pergi kejut mereka berdua. Kata ada tetamu dan mummy suruh." arah Tengku Riyya, peha puterinya ditepuk beberapa kali.

Aisy mengganguk, tingkat dua dituju. Pintu pertama diketuk seperti mahu roboh. Ia bilik Tengku Riyad.

"Abang bangun!"

Tiada sahutan.

"Abang, ada tetamu."

Tiada sahutan.

"Ni tidur mati lah ni." Aisy terus menyerbu bilik Tengku Riyad, betul sangkaan nya tentang abangnya tidur mati.

Habis bantal berselerak di atas lantai. Aisy menuju ke abangnya, dahinya dikucup dengan penuh kasih sayang.

Rindu.

Tapi lagi rindu dengan abang kandungnya, Asy Qairil Xavier.

Princess Xavier Return Where stories live. Discover now