Qalbi menghempaskan pintu biliknya. Darahnya menyirap. Sebelum adiknya lahir ke dunia, segala kasih sayang daripada ibu dan abahnya hanya dicurahkan untuknya seorang. Tapi itu dulu. Segalanya sudah berubah sejak Sumayyah dilahirkan. Kasih sayang kedua orang tuanya telah berubah arah. Dia tidak seperti orang lain yang menyayangi adik kandung mereka. Qalbi langsung tidak membenarkan kasih sayangnya mengalir ke dalam hidup Sumayyah yang baru berusia 5 tahun. Sampai mati pun dia tidak akan sudi ! Lagi lagi Sumayyah ditakdirkan bisu sejak lahir, lagilah dia malu mahu mengaku yang Sumayyah adalah adik kandungnya. Sifat dan sikapnya itulah yang telah membuatkan Qalbi dipinggirkan oleh kedua orang tuanya.
Qalbi melabuhkan punggung diatas kerusi kayu. Dia meliarkan mata melihat biliknya yang sudah hampir kosong. Rahim yakni abahnya telah dinaikkan pangkat menjadi hakim di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Kinabalu. Mereka terpaksa berpindah ke rumah baru yang terletak di kawasan bandar. Segala harta benda yang penting sudah dimasukkan ke dalam kotak. Qalbi mengikat kotak yang mengandungi buku buku hak miliknya. Sejak kecil lagi, Qalbi sangat suka membaca. Dari komik, majalah atau novel . Segalanya akan disimpan untuk dijadikan koleksi. Qalbi menghembuskan nafas berat. Penat dari mengangkat segala harta benda telah membuatkan dia berpeluh. Kepalanya jadi pusing. Baru sahaja Qalbi hendak melelapkan mata seketika, pintu biliknya diketuk bertalu talu dari luar. Qalbi mendengus kasar. Siapa lagi kalau bukan si bisu yang mengetuk pintu !
"Kau nak apa?" Qalbi terus menyergah adiknya sebaik sahaja tombol pintu dipulas. Sumayyah terkebil kebil memandang Qalbi.
"Kau kalau dah bisu, bisu ja lah! Tak payah nak jadi pekak lagi. Kan aku tanya, kau nak apa?"
Sumayyah meluruskan jari telunjuk ke arah dapur. Muncul Fatimah sambil menolak kotak besar yang berisi peralatan memasak.
"Ibu nak mintak tolong angkat barang ni. Tak payahlah nak jerit jerit. Malulah kalau orang dengar."
Qalbi menjulingkan mata ke atas. Sumayyah jugak yang dibela. Malas mendengar Fatimah membebel, Qalbi terus menolong ibunya. Fatimah melihat ke arah anak bongsunya.
"Sumayyah nak tolong jugak,sayang?"
Sumayyah menganguk laju apabila ditanya. Qalbi tidak jadi tunduk untuk mengangkat kotak yang bersaiz sederhana.
"Ibu nak mintak tolong dengan siapa sebenarnya ni? Qalbi atau budak bisu tu?"
Fatimah terus berubah riak wajahnya. Yang dihina itu adalah Sumayyah. Anak yang istimewa.
PAPP !!
Satu tamparan dihadiahkan ke pipi Qalbi. Qalbi memegang pipinya yang kebas.
"Jaga sikit mulut tu,Qalbi. Yang kamu hina tu adik kamu sendiri !"
Marah Fatimah. Matanya menikam melihat si anak sulung. Sepatutnya umur 15 tahun, Qalbi sudah tahu menjaga lisannya. Qalbi tidak menjawap. Dia terus pergi meninggalkan ibunya disitu. Badan Sumayyah di tolak kasar menyebabkan budak itu terduduk. Fatimah jadi serba salah. Dia segera menarik tangan Sumayyah.
"Sumayyah tak apa apa kan, sayang?" tanya Fatimah yang sudah risau.
Sumayyah mengangguk perlahan. Dia masih belum mengerti apa apa. Fatimah tersenyum kelat. Kasihan melihat anak yang tidak berdosa.
"Sumayyah tunggu kat sini kejap. Ibu pergi tengok kak Qalbi dulu."
Fatimah mengelus pipi Sumayyah dengan penuh kasih sayang. Tangannya berpindah ke atas rambut yang bertocang dua. Selepas itu, Fatimah terus menapak ke arah bilik Qalbi. Nama anak sulungya dilaung beberapa kali. Walaubagaimana pun, dia tetap sayang terhadap anak anaknya. Cuma sikap Qalbi yang melampau lantas menguji kesabaran sebagai seorang ibu.
Sumayyah mengambil anak patung beruang yang berwarna hijau muda. Tangan kanannya pula memegang satu lagi patung berwarna coklat gelap. Saban hari, Sumayyah akan keluar ke halaman rumah bermain bersama kawannya. Sukar untuk Sumayyah memberitahu kepada keluarganya bahawa dia sudah lama menjalinkan persahabatan dengan budak lelaki yang kerap memakai baju berwarna putih. Rahim hanya menganggap bahawa anaknya hanya berimaginasi didalam dunia sendiri.
Sumayyah tidak mengambil pusing dengan karenah keluarganya. Dia juga tidak tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai pancaindera ke-6. Setakat ini, Sumayyah hanya melihat kelibat budak lelaki yang menjalinkan persahabatan dengannya. Makhluk menyeramkan seperti yang selalu terpapar ditelevisyen pula belum pernah memunculkan diri dihadapannya. Entah, mungkin kerana rumah mereka sentiasa hidup dengan bacaan Al-Quran dan tiang agama yang cukup kukuh. Qalbi pula melabelkan Sumayyah sebagai budak terencat akal. Dia lupa bahawa bila Allah kata kun fayakun, jadi maka jadilah !
Sumayyah ketawa bersama teman ghaibnya. Mereka bermain bersama seperti kanak kanak normal yang lain. Sedikit sebanyak, Sumayyah berasa selesa dengan kehadiran kawannya. Qalbi menyelak langsir dari tingkap bilik lantas matanya menangkap kelibat adiknya dibahagian halaman rumah. Bencinya pada Sumayyah meluap luap. Fatimah yang mengetuk pintu dari tadi langsung tidak dibenarkan masuk ke dalam biliknya. Biar ibunya tahu bahawa dia sedang mogok. Tamparan yang hinggap dipipinya tadi telah menambahkan lagi perisa benci kepada Sumayyah. Mahu sahaja adiknya itu dibunuh ! Dia tamakkan kasih sayang.
Kereta Alza berwarna hitam masuk ke dalam perkarangan rumah. Sumayyah segera menoleh ke arah abahnya sambil tersenyum manis. Rahim turun daripada kereta selepas mematikan enjin. Lehernya yang lenguh di urut perlahan lahan. Penat akibat menguruskan segala pemindahan yang berkaitan dengan kerjanya. Namun segala lelahnya hilang tatkala kedatangannya disambut oleh si anak bongsu yang istimewa. Sumayyah memeluk kaki Rahim meminta digendong.
"Yaya buat apa kat luar sorang sorang ni?"
Badan kecil Sumayyah diangkat lalu dipeluk. Jari runcing milik Sumayyah menghala ke arah tempatnya bermain tadi.
"Ohh,tengah main lagilah ni. Tahun depan Yaya kena kurangkan main. Sebab Yaya dah sekolah. Janji dengan Abah boleh, kan?"
Sumayyah mendirikan lima jari tangannya dan mengangguk. Dia mahu menjadi anak yang baik. Senyuman terus tersungging dicelah bibir Rahim.
"Ohh, ya. Abah ada beli KFC tadi. Siapa nak KFC !?"
Rahim melaungkan suara selepas mengambil bungkusan berwarna putih dari dalam kereta. Sumayyah mengangkat tangannya tinggi tinggi. Dan kalau boleh, dia mahu mencapai awan. Rahim ketawa kecil.
"Okey, okey. Kita masuk dalam rumah dulu."
Rahim terus mengaturkan langkah sambil menyanyikan lagu Omar dan Hanna. Gelagat Sumayyah benar benar mencuit hatinya. Pada keesokan hari, mereka sekeluarga akan berpindah. Untuk kebaikkan dan kesenangan keluarga kecilnya, Rahim terpaksa meninggalkan rumah yang sudah sebati dengan dirinya.