Sumayyah membuang pandangan ke dalam bangunan yang sudah lama ditinggalkan. Makhluk berbuluh hitam itu telah membuatkan dia tidak dapat melelapkan mata. Atas permintaan Fatimah, Qalbi terpaksa berkongsi bilik dengan Sumayyah. Bukannya rumah mereka tidak memiliki bilik yang banyak, tetapi Fatimah sengaja menyatukan anak anaknya supaya mereka lebih menyayangi antara satu sama lain. Qalbi bangun dari perbaringan. Kalaulah boleh malam ini juga dia menyelinap ke bangunan sebelah rumah mereka. Biar dia borong semua buku buku yang berada disana. Qalbi menjeling Sumayyah yang dari tadi memerhatikannya.
"Kau ni kenapa? tak boleh tidur?"
Sumayyah mengangguk perlahan. Seandainya dia mampu mengeluarkan suara, dia pasti akan menceritakan makhluk yang menjadi penghuni di perpustakaan itu.
"Hmm, aku pun sama. Esok kau nak teman aku tak? Kita masuk dalam bangunan sebelah."
Qalbi memuncungkan mulut menunjukkan perpustakaan yang dapat dilihat dari biliknya.
Sumayyah menahan lengan kakaknya. Kepala digelengkan beberapa kali. Kedua kening Qalbi bertaut."Kau ingat aku faham? Pergi ambil kertas lukisan dan pensel kau."
Sumayyah bangun ke meja belajar kakaknya. Kertas lukisan kecil dan pensil diambil lalu duduk diatas tilam semula. Mula melakarkan gambar makhluk yang membuatkan dia tidak tidur. Qalbi ketawa terbahak bahak selepas kertas tulisan ditayangkan.
"Jadi kau nak cakap yang kat bangunan tu ada hantu? Hahaha! kau nak tahu tak? Lukisan kau ni lagi seram dari hantu tu."
Lukisan yang berada ditangan Sumayyah ditolak. Sakit perutnya akibat ketawa yang meletus. Budak macam Sumayyah hanya tahu minta dibelikan mainan atau aiskrim. Mustahil boleh nampak benda ghaib !
"Dah, aku nak tidur. Semoga kau bahagia dengan hantu ciptaan kau tu."
Usul Qalbi lalu menyambung sisa tawanya. Sumayyah merenung lukisannya apabila tidak dipedulikan. Hanya ada satu cara lagi yang boleh menyelamatkan kakaknya. Fatimah ! ibunya diciptakan dengan kelebihan yang mampu mambaca fikiran orang lain. Malas berfikir panjang, Sumayyah mengikuti jejak kakaknya yang sudah berdengkur halus.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Awal pagi lagi, Aizam dan Jais sudah berdiri ditingkat atas yakni tepat berhadapan dengan pintu perpustakaan. Mereka berdebar. Manakan tidak, masalah mereka masih belum terungkai dari semalam. Silap percaturan, nyawa mereka boleh melayang hari ini. Aizam mencuit bahu Jais yang menyapu seluar akibat terkena habuk.
"Kau tak bagitau aku pun yang kau bawak perempuan. Awek kau ke?"
Pelipis Jais terus berkerut. Dia bujang yang tiada kekasih hati.
"Apa yang kau merepek ni,setan? aku mana ada awek."
"Aik ? Habis tu ?"
Aizam memuncungkan mulut ke tingkat bawah. Jais tersenyum girang.
"Ohh, yang tu bukan awek. Tu santapan Thaghut."
Mereka sama sama ketawa kecil. Rezeki datang bergolek nampaknya. Harap harap Thaghut suka ! Tuhan yang mereka sembah itu tidak pernah memunculkan wajah yang sebenar. Namun dari nada suaranya sahaja boleh membuatkan mereka kecut perut. Aizam dan Jais menyorokkan diri disebalik sampah yang berguni guni di luar perpustakaan. Qalbi amat berhati hati dengan pergerakkannya. Semoga kepulangannya nanti bakal membawa buku yang sangat banyak. Jadi tidak perlulah dia mengeluarkan wang ringgit semata mata untuk menambah koleksinya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Fatimah jadi panik tatkala kelibat Qalbi hilang dari pandangan. Rahim dan dua orang lagi pemandu lori yang membawa barang mereka sedang santai menikmati sarapan. Akibat hujan yang melanda semalam, Pak Sulaiman dan pekerjanya Saad telah menunda perjalanan mereka ke Kota Kinabalu untuk menghantar segala perabot milik Rahim dan keluarganya.