4

11.2K 414 16
                                    

"Sayang! Abang dah balik!" Aku menyambut kepulangan Hasrul dari pejabat. Wajahnya kelihatan ceria. Aku turut tersenyum.

Bibir tersenyum, hati menangis.

Di tangannya ada bekas tupperware. Dia menghulurkan pada aku.

"Fira buat kuih. Dia bagi kita. Boleh tolong hidang dekat abang?"

"Oh, boleh." Aku ambil dan melangkah pergi ke dapur. Buka tupperware tu ada karipap. Suami aku memang gemarkan karipap. Afira ke yang buat? Entah-entah mak Nah.

Sampai dekat ruang tamu, Hasrul tiada. Pintu utama pula dibuka luas. Aku pergi mengintai dekat tingkap. Kelihatan Hasrul sedang berbual dengan Afira. Mesra sekali. Aku nampak Hasrul pandang ke arah tingkap. Aku segera menunduk. Lepas tu aku pandang semula. Dia berikan satu paperbag pada Afira.

Ya ALLAH! Luluhnya hati.

Hasrul nak kembali masuk ke rumah, aku beredar dari situ.

Dia tak ada bagi hadiah pun dekat aku. Langsung tak ada selama kami duduk di sini.

"Abang kemana?" Soal aku.

"Oh telefon abang tertinggal dalam kereta. Abang pergi ambil." Dia tayang telefon pada aku sebelum menutup pintu.

Tangan dibasuh sebelum pergi ke arah sofa. Wajahnya seakan tidak sabar nak menjamah karipap buatan kekasih dia. Nampak sangat.

Aku pandang sayu wajah Hasrul yang sedang menikmati karipap. Dia pandang aku semula.

"Eh makanlah sekali sayang. Sedap sangat." Pinggan dihulurkan pada aku. Aku menggeleng.

"Kenapa ni? Macam sedih je."

"Rasanya perkahwinan kita ni tak lama kot." Terkeluar ayat itu dari mulut aku. Tanpa aku sedari, ada air mata jernih mengalir dari mata. Aku kesat dan terus bangun menaiki tangga.

Masuk dalam bilik aku teresak menangis. Inai pada kuku aku masih ada. Tergamak Hasrul buat aku macam ni.

"Nisya." Hasrul masuk ke dalam bilik. Dia duduk di katil memandang aku. Bahuku ditarik dalam dakapan. Aku tolak.

"Sayang, apa salah abang?" Soal Hasrul.

"Kalau abang sayang Afira, lepaskan Nisya." Bersusah payah aku mengucapkan itu.

Berubah air muka Hasrul.

"Apa yang Nisya cakap ni? Abang tak ada hubungan dengan Afira. Takkanlah sebab dia jiran kita, Nisya nak cemburu sampai sanggup tuduh abang yang bukan-bukan? " Tegas nada suara Hasrul.

Dia ingat aku perempuan bodoh agaknya. Mentang-mentang aku tak belajar tinggi, setakat diploma sahaja. Tak kerja pula tu. Dia boleh permainkan aku sesuka hati dia? Hasrul silap. Taknak mengaku? It's okay. Aku layankan aje permainan dia.

"Nisya minta maaf abang." Ucapku.

"Hurm. Tak apalah sayang. Jangan tuduh abang bukan-bukan lagi ye. Abang sayangkan Nisya."

"Baik abang."

Sayang konon! Pui!!

MUDAHNYA KAU MENDUA (TAMAT) ✔ DoneWhere stories live. Discover now