Pertemuan

43 1 8
                                    

"Yin! Dah lambat ni! Bangunlah cepat!" Si gadis sunti yang terlentang elok di atas katil memeluk erat bantal peluknya walaupun telinganya menangkap bunyi-bunyi sumbang.

"Airyin Anantasya Maryea!!! Bangunlah!!! Aku siram kau satgi!" Baldi di genggamannya dituang tanpa serba salah.

Maka datanglah jurus silat gayong yang dipelajari Yin sejak sekolah rendah. Wajahnya yang basah kuyup dilap dengan kasar sebelum dia merengus geram.

"Kau! Kalau aku siku kau, mati terberanak kau kat sini!" Rambut teman karibnya yang tersikat rapi ditarik sekuat hati.

"Aahhh!! Rambut aku dah ikat cantik-cantik ni!! Lepas!!" Dengan kepala yang terteleng saat itu dia sedaya upaya menarik rambutnya dari genggaman tangan Yin.

Jam loceng yang berbunyi nyaring melepaskan genggaman tangan Yin dari rambut Reena. Dengan pantas jam loceng sudah berada di genggaman Yin.

Terbeliak mata Yin tika itu tatkala jarum jam sudah menginjak ke angka tujuh. Kakinya yang tadi berbalut selimut sudah melompat keluar menuju ke tandas.

Reena termangu seketika di birai katil Yin. Rambutnya yang kusut disikat kembali. Jam tangan berwarna pink yang terletak kemas di pergelangan tangan dibelek sekilas.

"Yin! Aku pergi sekolah dulu! Nak kejar masa!" Bunyi pancuran air menghalang suara Reena untuk sampai ke telinga Yin.

Tanpa menunggu balasan Yin, Reena turun ke bawah dan segera menyarungkan kasut sekolah sebelum dia berlari-lari anak menuju lorong untuk ke sekolah.

"Reen? Reena! Sh*t!" Yin keluar dengan tualanya. Baju sekolah disarung kasar tanda protes. Marah benar dengan rakannya yang seekor itu.

Dalam perjalanan ke sekolah, Yin membebel sendiri. Masakan tidak, Reena pergi meninggalkannya tanpa apa-apa informasi.

Tanpa disengajakan, Yin terlanggar satu figura yang jauh lebih tinggi berbanding dirinya. Sekiranya diukur, ketinggian Yin hanya separas lengan lelaki itu.

"Woi! Buta ke? Aku kat sini tak nampak?!" Tengking Yin walhal dia yang melanggar tubuh lelaki itu. Emosinya kini tidak stabil ditambah lagi dengan adegan tidak mesra sewaktu dia ingin cepat ke sekolah.

Senyuman manis dilemparkan kepada Yin. Sedikit pun riak wajahnya tidak bertukar meskipun ditengking dengan lantang oleh gadis sunti itu.

Oleh kerana terlalu geram dan masa yang dirasanya berdetik terlalu laju dari kebiasaan membuatkan Yin membuka langkah meninggalkan jejaka itu di belakang.

Tanpa Yin sedari, satu buku latihannya yang lengkap dengan nama, sekolah, kelas dan nombor telefonnya jatuh tepat di sisi jejaka itu.

Jejaka itu mengutip buku Yin dengan senyuman penuh makna.

"Airyin Anantasya Maryea? Menarik." Ujar lelaki itu dengan senyum sinisnya. Langkah kakinya kembali diatur mengikut arah laluan Yin.

🎀🎀🎀

"Reena Khaisareena Binti Mokhtar! Kau kenapa tak tunggu aku tadi?!" Tangan kiri Yin digenggam kuat. Wajah Reena yang tersengih di sebelah dijeling tajam.

Reena masih tersengih walaupun sudah terang lagi bersuluh darah sudah naik di atas kepala Yin.

"Aku kan dah cakap tadi yang aku jalan dulu." Reena membuat muka comelnya.

Yin menjeling tajam wajah Reena. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mencubit lengan Reena atau pun menarik-narik rambut Reena yang ikal mayang itu.

Husband CounselorWhere stories live. Discover now