Malam itu telefon Yin berdering kuat minta diangkat. Lagu Run-BTS menjadi ringtone telefon jenama Samsung milik Yin itu.
Punat hijau di swipe ke kiri bagi menjawab panggilan dari papanya.
"Assalamualaikum, papa. Ada apa?" Yin memulakan bicara. Suara dilembutkan sehabis baik.
"Waalaikumsalam, anak papa. Esok papa nak kamu datang rumah. Tidur sini. Jangan bawa Reena." Berkerut kening Yin mendengar arahan dari papanya. Selalunya kalau Yin diminta pulang, Reena pasti turut serta.
"Why papa. Ni mesti ada something ni. By the way esok kan Yin sekolah, so maybe Yin sampai lambat kot." Yin membalas.
'Kalau bukan sebab mamat Kaunseling poyo tu, aku takkan pulang lambat la.' Monolog Yin. Bantal peluknya dikuis perlahan. Wajah sinis Adam berlegar-legar di kepalanya.
Suara papanya melenyapkan wajah Adam dari benaknya.
"Why? Bukan ke every Friday, Yin pulang awal?" Yin mengangguk laju. Segera alasan dicipta agar papanya tidak tahu bahawa dia ditempatkan di Bilik Kaunseling selama seminggu.
"Ada extra class. Tapi kejap je." Tipu Yin.
"Oh. Okay. Esok jangan lupa datang tau. Sabtu dengan Ahad pun tidur sini juga. Assalamualaikum." Papanya terus mematikan panggilan.
"Hurmm waalaikumsalam." Perlahan suara Yin membalas. Matanya dipejam rapat bagi mendapatkan sumber kekuatan. Satu lagi lakonan terpaksa dilakonkan esok.
Perempuan melayu terakhir. Itulah wataknya pada esok hari. Di rumah papanya yang bagaikan mahligai istana. Dilayan bagai puteri raja.
Telefon yang masih digenggam dibuka. Aplikasi whatsapp dibuka dan nama Reena Nenek Sajat dicari.
Online
Yin Meow:
Reena!!! Dtg rumh aq please. 😢 √√Reena Nenek Sajat:
Hmmm. Jap aq belum mndi 😅😅 √√Yin Meow:
Bengong arhh kau.. Patut pon busuk smpai ke sini 😏😏 √√Reena Nenek Sajat is typing...
Reena Nenek Sajat:
Hah? Busuk ke? Tajam nye hidung kau. Aq kat seblh rumah pon kau bole bau? 😱😱 √√Yin Meow:
Dah2. Kau dtg je la. Mndi kat rumh aq 😏😏😏 √√Reena Nenek Sajat is typing...
Reena Nenek Sajat:
OKAY!!!Last Seen at 8:00 pm
Loceng rumah aku berbunyi. Wow laju je Reena sampai. Tahu la tinggal kat sebelah rumah je.
Tudung di birai katil aku capai. Bukan apa takut kalau ada jiran lelaki yang turut sama ada berdekatan nampak aurat aku. Tudung yang senget aku betulkan.
Loceng rumah aku berbunyi berkali-kali. Orang di luar ni tak reti nak sabar ke? Kang loceng aku rosak, aku suruh kau ganti.
"Kejap!" Laung aku dari atas. Dengar ke tak? Ada aku kisah?
Langkah kaki aku atur menuju ke pintu masuk rumah aku. Tombol pintu aku pulas sebelum senyuman aku pamerkan. Dan mata aku jatuh ke arah wajah itu.
YOU ARE READING
Husband Counselor
FanficHidup dalam keterpaksaan dan berkahwin tanpa rela membuatkan Yin semakin kuat memberontak. Ikatan perkahwinan yang terjalin seakan-akan memihak kepada satu pihak sahaja. Mampukah perkahwinan ini menyelamatkan semua pihak?