Secawan kopi dihidangkan di atas meja.Encik Wang tersenyum setelah Puan Park menghulurkan kopi itu.
"Ah yer..kenapa datang ke sini?"
Tanya encik Park"Ouh pasal tuu..saya nak bincang pasal anak kita."
Encik Park memandang ke arah isterinya dengan muka serius.
Perbincangan ini akan jadi sangat serius dari biasa."Sudah seminggu Jisoo balik rumah Jinyoung.Saya tahu yang penyakit Jisoo sangat serius tapi saya taktahu pulak yang mereka akan jadi begini.Jadi saya fikir lebih baik kalau mereka berpisah.."
Tekak Encik Wang rasa kelat bila mengeluarkan kata2 yang tak sanggup disebut tapi terpaksa demi kebaikan anak dan menantu dia."Tapi saya takrasa memisahkan mereka tu pilihan yang baik..lagipun ini keputusan Jinyoung sendiri.."
Kata Puan Park."Betul tu..apa kata kita biarkan saja mereka uruskan masalah mereka.Kalau makin teruk nantilah kita baru masuk campur.."
Suasana jadi sunyi.Mereka sendiri kalau boleh nak uruskan hal pasangan itu namun Jinyoung mengatakan yang dia akan menyelesaikannya.
"Jisoo,dia ada penyelesaiannya..
Dia boleh sembuh kalau dia lalui satu pembedahan..tapi ada syaratnya.""Apa dia...?"
__________
"Jisoo ssi!!!Yahh!!!saya baru je lap badan janganlah basahkan lagi!!"
"Padan muka!!!jangan harap awak dapat keluar awal!!"
Kata Jisoo selepas menyimbah sebaldi air pada Jinyoung.
"Yaishh!!taknak mandi dengan awak.."
Jinyoung mengambil tuala yang lain untuk mengelap badannya semula.
"Ehh siapa cakap saya nak mandi dengan awak.Baik saya mandi dengan Doyoung je,kan sayang.."
Jisoo mengeluarkan Doyoung dari besen.Sudah dua jam Doyoung dimandikan.Sepatutnya sekejap je tapi disebabkan Jinyoung takut sangat jadilah lambat.
Jisoo mengambil tuala lalu mengelap badan Doyoung.
"Aish..budak baik.."
Doyoung asyik meronta-ronta untuk dilepaskan tapi Jisoo memegang dengan sangat kuat.
"Lama lagi ke?biarlah dia keringkan badan sendiri.Saya nak mandi pulak nih."
"Eleh macam takde tandas lain je kat dalam rumah ni.Kalau anjing ni pandai urus diri dah lama saya suruh dia mandi sendiri.Bersabarlah sikit.."
Jinyoung beredar dari situ meninggalkan Jisoo yang bersusah payah mengeringkan Doyoung.
"Aishh..kenapa kamu degil semenjak akhir-akhir nih..Dah tak sayang omma ke?kamu tu patutnya luangkan masa banyak dengan omma.Mana tahu tiba-tiba omma dah takde..Kamu nak main dengan siapa..?appa kamu?dia tuulaa takut anjing.Nanti bila omma dah takde janganlah nakal2 dengan appa..yeh?"
Jinyoung terdengar perbualan Jisoo dengan Doyoung apabila dia ingin masuk kembali ke bilik air tapi terhenti.Dia menahan rasa sedih bila Jisoo asyik cakap tentang dia akan pergi.Sungguh dia tak suka mendengarnya.Walaupun hal itu benar,tapi tak mungkin dia dapat menerima dengan sepenuh hati.
Jinyoung mematikan niatnya untuk masuk ke dalam bilik air semula.Cukuplah suara Jisoo sahaja membuat dirinya sedih.
Takkan dia dapat menahan kalau melihat muka Jisoo.Jinyoung melangkah ke katil dengan tuala disangkut dibahunya.
Doyoung keluar dahulu sebelum Jisoo kemudian berlari keluar dari bilik mereka.
YOU ARE READING
STAY (JINJI)
FanfictionMALAY FANFIC "Before the dark night traps me In, dont leave me, do you still love me? If you feel the same, dont leave today. Dont ask why it has to be you.. Just stay with me..." -stay- blackpink *JINJI* By : Jinji shipper 😂 GOTPINK RISE!