BAB 1

139 7 0
                                    

Cuti sekolah tiba lagi!!! Saat inilah yang ditunggu oleh Melly dan rakan-rakannya. Mereka ingin bergembira sepuas-puasnya! Tambahan pula, cikgu mereka tidak memberi apa-apa kerja sekolah. Pada petang itu, sehari sebelum cuti sekolah, mereka berbincang antara satu sama lain tentang aktiviti yang akan mereka lakukan. Mereka sungguh gembira kerana aktiviti mereka padat sekali. Mereka tidak akan merasa bosan apabila bermain.  

                                                                  

Mereka tidak bercuti kemana-mana kerana ibu-bapa masing-masing sibuk dengan kerja. Mereka hanya mengeluh kerana tidak berpeluang bercuti pada cuti tahun ini.

"Semuanya aktiviti kita semasa cuti menarik dan padat. Semua aktiviti aku suka termasuk korang kan?" ujar Melly.

"Ya!" semua orang menjawab serentak.

"Saya akan cuba walaupun lasak ," ujar Jannah penuh semangat.

"Hah! Kau macam mana, Shila?" tanya Melly sambil memandang ke arah Shila yang sedang menilik-nilik gincunya. Hesy, tak sudah-sudah lagi minah ni, getus hati Melly.

" Hah! Aku?! Hurmm... aku on je tapi masa main tu ada masa rehat ek. Mungkin dalam masa 30 minit. Aku , kau tahulah kan menjaga muka aku ni biar tampak gebu dan ayu. Nanti habis cair makeup aku tau masa main nanti. Masa selama 30 minit dah cukup untuk aku makeup semula muka aku ni," kata Shila manja. Meluat Melly mendengar.

" Ikut suka hati kau la Shila oi!" ujar Melly.

" Ada apa-apa cakap dengan aku kalau ada yang tak puas hati," kata Melly lagi.

Yang lain hanya mengangguk tanda setuju. Mereka pulang ke rumah masing-masing kerana tidak ada lagi perkara yang ingin dibingcangkan.

*****************************************************

Dari sudut pandangan Melly....

" Mak, Melly dah balik ni! " jeritku. Aku ingin tahu dimana emakku sekarang. Kalau tak buat kerja rumah mungkin tengah tengok televisyen. Aku menuju ke ruang tamu rumahku. Aku melihat emakku, Puan Salmah a.k.a. Puan Sally itu sedang menonton tv yang meyiarkan rancangan kegemaran Puan Sally. Patutlah tak jawab sahutanku rupa-rupanya tengah asyik menonton tv.

" Mak! Oooo... Mak!" jeritku sekali lagi.

" Ye... Nak apa?! Kacau je mak nak tengok ni," Puan Sally merengus tanda tidak suka dikacau orang walaupun anaknya sendiri.

Aku hanya menggelengkan kepala melihat Puan Sally. Aku terus menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Dalam fikiranku,hanya ingin berehat dan enjoy di dalam bilik sendiri. Aku ialah satu-satunya anak di dalam keluarga ini so, hidupku boringlah. Aku hanya melihat kipas berpusing ligat. Tanpaku sedar, aku telah tertidur diulit mimpi.

  Aku dikejutkan dengan bunyi orang yang memanggilnya. Aku hanya mengeluh sambil perlahan-lahan membuka mata lalu menggosoknya.

" Melly! Bangun! Dah nak masuk Maghrib ni!" Hanya itu yang aku dengar. Huh! Dah Maghrib ke? Lamanya aku tidur. Aku terus bangkit tanpa menghiraukan Puan Sally yang sedang membebel itu. Aku menuju ke bilik mandi. Selepas 20 minit telah berlalu, aku turun untuk menikmati hidangan makan malam. Masakan Puan Sally sungguh sedap sehingga menjilat jari. Selepas itu, aku dipanggil oleh Puan Sally untuk ke bilik bacaan.

Hatiku melonjak ingin tahu apakah hasrat emak memanggilku. Aku segera pergi ke sana selepas solat Isyak. Aku sudah tidak sabar untuk mengetahui tujuannya.

" Mak ada perkara nak bincang dengan kamu," kata Puan Sally. Katanya sungguh mengejutkan hatiku. Mesti ada sesuatu yang penting ni. Aku hanya menanti perkataan yang akan meniti di bibir emaknya.

" Mak rasa kamu patut bercuti di rumah mak saudara kamu tu.." Sambung Puan Sally.

Setahuku aku hanya seorang sahaja emak saudara dan dia ialah Cik Morgan. Dia ialah emak saudara yang amat menjengkelkan bagiku. Rumahnya terletak di dalam hutan(aku sendiri pun tak tahu namanya). Tapi aku tak pernah berkunjung ke sana. Aku hairan kenapa tiba-tiba emakkku mempersoalkan tentang itu. Pantas, aku teringatkan kawan-kawanku. Kami telah merancang segala aktiviti sewaktu bercuti. Aku menggelengkan kepalaku perlahan-lahan tanda tidak setuju tetapi apabila mataku bersabung dengan mata Puan Sally, aku terus mengiyakan sahaja.

  Aku tahu aku tidak punya pilihan untuk membuat keputusan. Tapi... Aku terus memalingkan wajahku untuk bertanyakan sesuatu.

Mission ImpossibleWhere stories live. Discover now