6 petang
Petang baru lah mereka dapat berbual dengan tokwan mereka kerana Pak Wan sibuk dengan pengurusan jenazah di kampung mereka pada hari itu .
Mereka berlepak di pondok kayu yang masih cantik dan kukuh lagi di halaman rumah .
Sehun tiba tiba sahaja berlari ke arah pondok mereka .
Pakai kasut pun tidak .
"Wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !! "Jerit Sehun .
"Kau pehal ? Kemain panjang wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kau tu .. "soal Kai .
"Tak yah arh ejek aku .. " Sehun menjeling Kai .
"Haa kenapa Sehun ? "Soal PakWan .
"Ni , tadi hun buka tv . Katanya , puasa dah nak dekat . Tapi dia tak beritahu detail lah pula bila tarikh puasanya . "Terang Sehun .
"Ouhh .. selagi dia tak bagitahu tarikh tu lambat lagi lah .. "Pak Wan berkata .
"Puasa ? "Lay nampak kebingungan .
Cengkerik cengkerik sudah pun membuat bulatan di dahinya .
"Puasa tu dimana orang muslim tak boleh makan selama sebulan ! "Terang Chanyeol .
Kesebelas mereka terkejut dengar penjelasan Chanyeol .
"Ma..macam mana kau tahu hyung ? " soal Sehun .
"Pakcik google kan ade ! "Ujarnya .
Dan yang lain meng'oh' kan aje .
"Chan kata tu betul tapi tak makan sebulan tu salah . Gila ke apa tak makan sebulan ? Kita nanti akan maknlah cuma makan di malam hari hingga ke subuh dan puasa atau tepat tak makan dari start azan Subuh hingga start azan Maghrib . Lepas maghrib baru boleh makan ! "Ujar PakWan .
Sekali lagi mereka meng'oh' kan.
"Gaiss , jom mandi sungai . "Ajak Chanyeol .
"Boleh gak , aku tengah panas ni"ujar Kai .
"Baru keluar neraka ke , bang ? "Soal Lay .
"Kau diam hanat . Untuk pengetahuan kau hyung , aku tak mandi pun tadi . Kau tu dah lah mandi lama , kau fikir aku boleh tunggu ? "
Lay menggulungkan matanya . Eh silap , menggulingkan matanya .
Di Sungai Hye Hi Huuuuuu~
Hanya Chanyeol , Kai dan Sehun sahaja yang pergi . Yang lain lepak dirumah .
"Kai , bukalah baju kau tu ! Tak syok lah mandi pakai baju . Rileks lah bro , kita lelaki ! "Kata Chanyeol .
"Yelah ii "
Sementara itu , 2 orang gadis sedang melalui jalan yang berhampiran sungai tersebut .
"Eh sape dorang tu ? Tak pernah nampak pun ? "Soal gadis berbaju kurung berwarna ungu .
"Entahlah"jawab gadis yang lagi satu .
"Weh , semalam botol air aku tertinggal dekat pokok tepi pangkin tu . Kelmarin kan kita lepak kat situ . Aku rasa botol tu tergantung dekat pokok tu lah . Kejap ehh , aku nk pergi ambil "
Gadis berbaju kurung ungu tadi berlari ke arah pokok yang dimaksudkannya .
Sedang dia mengambil botol airnya , seseorang telah menyapanya dari belakang . Dia menoleh .
"ALLAHUAKHBAR !!"
YOU ARE READING
BILA EXO KAT MALAYSIA
RandomEXO KAT MALAYSIA ?! OYEMJIII . Mengisahkan 8 orang adik beradik bersama 4 lagi sepupu mereka hidup di Malaysia . Mereka datang sini bukan apa , hanya mahu bercuti . Dan fanfic ini juga mengisahkan bahawa mereka bukanlah k-idol . hanya orang biasa...