Bab 2- Budak Baru

10 2 0
                                    

"Syuhailaa!!"

Aku menoleh memandang satu susuk tubuh yang kini berada tidak jauh daripada ku..

"Kau macam takleh lambat lagi... ye ye je kata pukul 6:45, 7:15 baru kau sampai... janji melayu betul.." kataku dengan bengang.

"Rilek la Syu.. kau macam tak kenal aku macam mana... Aku kan QUEEN SEGALA LAMBAT DAN JANJI JANJI MELAYU.." katanya sambil sebelah keningnya diangkat

"Kepala hotak kau, dah jom lah masuk kelas dah lambat nii" kataku..

"Cadangan yang bernas,jom"

"Loyar buruk tak abis-abis.. cepatlaa"

*******************************************
Di dalam kelas..

QALISYA POV

Aku membelek buku teks Sains dengan penuh kebosanan.. Syuhaila pula pergi mengikut Zurina sebab katanya hal kelas.

Aku memang malas kalau bab-bab kelas ni punya perbincangan. Zurina pula memang selalu minta pendapat Syuhaila dalam apa jua keadaan sebab katanya idea Syuhaila boleh tahan bernas cuma dia tak pandai nak huraikan. So, Zurina je yang akan faham everything yang Syu cakap and aku akan jadi tunggul if diaorang busy cakap pasal kelas. Syu tak pegang jawatan dalam kelas pun tapi dia yang paling bertanggungjawab pasal hal kelas lebih daripada yang pegang jawatan. Bila tanya mesti dia jawab 'Kalau aku tak sibuk wey, kau rasa diaorang nak buat kerja. Kalau mulut aku ni tak bising mengalahkan ketua kelas, kau ingat diaorang nak dengar cakap'

Aku admit benda tu.. Sebab Syu kalau tak cakap pasal kelas, sorang pun tak akan ingat. Syu pula yang kena buat everything supaya kelas kitaorang perfect. Aku pun tak faham kenapa tak ada seorang pun yang nak calonkan dia as Penolong Kelas...

"Assalammualaikum!"

"Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatu"

"Amboi bukan main panjang jawab salam"

"Terkejutlah PANDAI, kau ni pun sopan la sikit bagi salam"

"Hehehe, sorryla.. aku tengok kau kusyuk sangat termenung.. Dah sampai Mekah ke?"

"Bolehlah.. bukan sampai Mekah.. tapi dah sampai makam Nabi..."

"Huish bukan main loyar buruk kau"

"Bolelah"

Aku dan Syu ketawa terbahak.. aku sendiri pun tak tahan bila teringat apa yang aku cakap.

Tengah feeling-feeling gelak tetiba..

"Assalammualaikum semua"

Cikgu ni potong ah.. aku lihat semua pelajar bergegas ke tempat duduk masing-masing.. Takut kena marahla tu.. HAHAHAHA...

Aku lihat ada seorang pelajar perempuan mengekori cikgu daripada belakang. Cantik. Tinggi, putih. Pakai braces lagi. Aku dapat rasakan yang teruna dalam kelas ni tak keruan dah.

"Waalaikummussalam cikgu" kami semua menjawab kembali salam cikgu Waheda sebentar tadi.

"Okay korang semua boleh duduk" Kata-kata Cikgu Waheda seperti angin lalu sahaja. Semua pelajar lelaki masih teguh berdiri memandang gadis yang berada di hadapan kelas. Pelajar perempuan pula sudah bersiap sedia untuk memulakan sesi pembelajaran.

"Okay, kenapa pelajar lelaki tak duduk lagi ni? Duduk sekarang, tak payah nak pandang anak dara orang macam nak tembus dinding ni" kata cikgu Waheda.

Semua pelajar lelaki akhirnya duduk tetapi mata mereka, masih tidak lepas memandang wajah pelajar baru tersebut.

-------------

Sampai sini dulu, HEHE saja buat pendek ii, next chapter Kita sambung UWUUU

Sorry For EverythingWhere stories live. Discover now