Bab 1- Berita?!

26 3 0
                                    

Buku latihan dihadapan mata ku tatap penuh kebosanan. Hampir 2 jam aku menyiapkan latihan matematik yang diberikan. Masih juga soalan yang sama dan tiada jawapan yang dapat ditemui.

"Haih" aku mengeluh kepenatan.

Telefon bimbit yang sedang bermain lagu Havana ku ambil.

Nombor telefon seseorang ku cari.

Tut.. tut.. tut..

"Hello?"

"Yow apahal kau call aku ni Lisya?"

"Aku nak tanya pasal latihan matematik yang cikgu Azila bagi"

"Ohhh.. asal?"

"Kau dah siap?"

"Hampir siap"

"Soalan nombor 3(c) dah jawab?"

"Dah"

"Jumpa tak jawapan?"

"Of couse ah jumpa, senang kut soalan tu"

"Senang kau kata? Aku yang tengah buat soalan ni pun rasa nak bunuh diri"

"Rileks la.. soalan tu mudah je.. kau just bahagikan nilai jualan dengan nilai komisen, lepastu darab 100. So lepastu kau akan dapat peratus jualan. Bila dah dapat peratus jualan, kau tambah harga kereta A dengan B. Peratus jualan tadi kau tulis dalam bentuk pecahan. Lepastu kau darabkan dengan hasil tambah harga kereta A dan B. Selepas itu baru la cik Qalisya dapat jawapan"

Penerangan panjang lebar yang dikatakan oleh Syuhaila sebentar tadi, cuba ku hadam sebaik mungkin.

"Ohh.. macam tu ke? Bapak senang"

"Ya cik, memang sangat senang. Tula lain kali jangan membuta time cikgu ajar"

"Dah mengantuk, nak buat macam mana?"

"Poyo. Dah la aku nak siapkan latihan. Esok kat sekolah kita bincang. Jumpa tempat biasa, bye"

"Ok boss, bye"

Aku memutuskan panggilan. Jam yang tertera pada telefon bimbit ku pandang sekilas. Ada lagi 30 minit untuk aku siapkan latihan matematik milikku sebelum masuk tidur.

Di dalam kegelapan malam, aku menyiapkan tugasan ku lalu terus tidur di atas katil milikku.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Azan subuh berkumandang, kedengaran kuat bergema menerusi bilikku. Almaklumlah, belakang rumah surau.

Aku bangkit daripada pembaringan. Tuala ku capai untuk pergi membersihkan diri.

Sesudah itu, solat aku dirikan.

Usai solat, pakaian seragam sekolah yang sudah bergosok ku sarung ke tubuh. Beg sekolah yang berada di sisi meja belajar ku ambil. Buku telah ku susun mengikut jadual. Sempat aku melihat cermin bagi memperbetulkan tudung sekolah ku.

Lampu dan kipas bilik tidur ku ku tutup. Daun pintu ku tarik perlahan-lahan sehingga tertutup.

Tangga rumah ku turuni dengan laju. Sebuku roti gardenia di dapur kucapai. Dua keping roti ku ambil sebagai sarapan pagi ini. Setelah makan. Lantas aku pergi mengambil duit belanja di tepi tv. Kasut di dalam rak ku capai. Stokin ku sarung begitu juga kasut. Setelah lampu rumah ditutup, ku kunci pintu dan pagar dalam dan luar. Kaki ku mula mengorak langkah berjalan kaki ke sekolah.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Syuhaila pov

Suasana riuh di dalam kelas menggamit suasana.. sudah hampir setengah jam aku menanti kehadiran Qalisya di hadapan bangunan perpustakaan. Terdapat satu meja dan dua kerusi panjang batu di situ. Tempat aku dan Qalisya selalu lepak bersama.

Sedang aku asyik menunggu ketibaan Qalisya, tiba-tiba sahaja aku terdengar perbualan dua orang pelajar yang kebetulan lalu disitu.

"Weh, kau tau tak. Tadi aku masuk bilik guru hantar borang segak. Bila sampai kat meja cikgu nak letak benda tu, aku dengar cikgu Surianti cikgu kelas kakak Qalisya tu cakap.. Nanti ada murid baru masuk kelas dia. Dengar cerita pelajar transfer daripada US. Tapi aku tak pasti lelaki ke perempuan cause aku nak cepat so tak sempat dengar sampai habis. Aku hope sangat pelajar tu lelaki. Boleh gak aku cuci-cuci mata" kata perempuan itu.

Aku terkedu sendiri dan masih memikirkan tentang apa yang diperkatakan budak perempuan yang lalu sebentar tadi. Dia kata kak Qalisya. Qalisya ada srg je kat sekolah ni. Kalau kelas Qalisya,kelas aku jugak. OMG!!!! BERITA PANAS NIIIII!!! Minah ni pun sampai lambat sangat.

Haih.

To be continue...

Actually nk tulis lagi but macam dah lama sangat tak update.. so here we go😗💖...

Sorry For EverythingWhere stories live. Discover now