D U A

398 8 0
                                    

"Wey , lawa kan budak baru tu ? "

"Takpun . Bagi aku kau lagi lawa . Budak baru tu ' acah ' lawa je . Tapi kau natural beauty " melambung lambung si Ikmal ni puji Fil sampai terkembang kembang budaktu dibuatnya .

"Tapi , muka dia bersih . Takde jerawat pun . Dia putih , hidung dia mancung , dia tinggi , dia kurus , haih semua yang baik , semua kat dia lah senang cerita " Fil menyatakan apa yang tersirat di hatinya .

"Em , tu betul . Tapi satu je dia takda , dia takde bulu mata yang lentik macam kau . Dan lagi satu aku nak ingatkan dekat kau , muka lawa macam manapun , kalau hati hitam macam arang tak guna juga ." Baru sahaja Ikmal nak mengusap kepala yang dibaluti dengan tudung PRS berwarna purple itu , dia telah ditengking oleh perempuan itu .

"Eeee sukahati kau je nak usap usap kepala aku . Tak belajo hukum eh ? Baru tadi Ustazah cerita pasal adab pergaulan antara lelaki dan perempuan . Itulah kau , cikgu mengajar kat depan , kau sibuk mengajar si Thaqid tu cara nak main Mobile Legend dah kenapaaa ?? "

Eeee rasa macam nak piat je telinga mamat ni . Tak sedo diri tu nak exam besaq tahun ni .

"Mobile Legend penting k untuk hilangkan bosan , release stress . Kau apa tahu ? Yang kau tahu , baca wattpad je yang cerita tah pape tu " Fuh dengan selamba dia mengutuk apps ' wattpad ' tu ye .

"Wattpad is important too k . Atleast , it taught us to make a good essay . Kalau mobile legend tu , dia ajar kau apa ? Cara nak 'bom'kan whitehouse ? Eeee benda tah engko ni "

"Eh bagus apa bomkan whitehouse , lalu tamatlah riwayat seorang Donald Trump yang memang hidupnya bagai ' telur dihujung tanduk ' je .

"Haah memang bagus , lepastu aman jugak hidup aku en . Yelah , kau dah sah-sahlah kena tangkap en . Kalau nak lebih tragis , tahtah kau bakal menjadi makanan diorang . Fuh "

"Takpelah , aku bukannya penting pun kan dalam hidup kau . Aku ada ke takde , sama je . "

Kenapa aku rasa ayat dia lain macam ni ? Dear my heart , stop beating k .

"Haah memang aku tak kesah pun kau ada ke takde kat dunia ni . "

Maaf Mal , aku tertipu kau . To be honest , i cant life without you . Because you are everything for me and for us !

× × × × × × × ×
Bosan betullah . Bila cikgu masuk dalam kelas je , mesti ada je sesi pengenalan diri berlaku . Sampai aku dah boleh hafal dah apa yang budak baru ni nak jawab .

Ni nanti , mesti cikgu asyik manjakan budak baru tu je . Eh come on la . Budak tu dah besar gedabak kot . Takkan itu pun masih perlu diberi perhatian kot ? Eee bapak ah . Budak ni memang nak rampas reputasi aku ke macam mana ?

Tengah sibuk Fil bermonolog , tiba tiba mejanya diketuk kuat . Bergegar meja tu sampaikan meja Tasha yang dekat sebelah aku pun turut merasakan gegaran yang sama .

"Ha Fil ! Daripada tadi duduk termenung je dah kenapa ? Dengar ke tidak saya membebel apa kat depan ni ? " tanya Cikgu Hanani .

Pst..psttt , aku berkata perlahan kepada Tasha .

"Err sejak bila cikgu dah mula mengajar ? Bukan ke tadi dia sibuk nak tahu pasal budak baru tu ? "

Siku aku ditolak oleh Tasha .

"Eish kau ni . Tu la berangan je . "

Aku mengabaikan je Tasha tu ha . "Dah cikgu tu takhabis cakap pasal budak baru yang siapa tah nama dia tu . Elvina ? Elvino ? Dia ingat dia artis yang nama Elvina Mohamad ke . Elehmak ai "

Aku berkata perlahan . Malah , Tasha hanya membiarkan aku meroyan seorang diri . Dia dah bosan dengan aku barangkali . Em . Sedihnya . Ada member pun , member dah malas nak layan .

Tengah aku conteng conteng buku teks sejarah ni , tiba tiba semua mula menarik kerusi ke belakang dan bangun .

Aku blur seketika . ' dah kenapa diorang bangun ? Ada lipas ke kat bawah meja ? Kalau ada , mestilah dia naik atas kerusi kan ? Atau atas meja . Dan , takkanlah lipas tu banyak sampai semua bangun . Tapi kenapa aku tak nampak pun lipasnya ? '

Jawapan kian terjawab apabila kawan kawan dan separuh daripada musuh aku dengan semangat mengucapkan " TERIMA KASIH CIKGU , HALALKAN ILMUNYA CIKGU , DOAKAN KAMI CIKGU ! "

Okay , sekarang baru aku tahu tahap kebengapan aku tu paras mana . Ceritanya sekarang ni , kenapa aku tkde dengo si Adran ni suruh bangun ?

Ah whatever , yang penting sekarang cikgu dah takde , dan aku bakal menemui tangan aku yang sesuai untuk dijadikan bantal saat ini . Sumpah ngantok !

Baru je aku nak dapat kereta lamborghini dalam mimpi ni , tiba tiba makhluk tah dari planet mana , ketuk meja aku .

'PAPPP ! '

Begitu kuat bunyinya geng . Sampai rasa nak melayang kaki ni kat muka orang yang buat macam tu .

Mata aku mula terbuka sedikit demi sedikit . Dan aku mengelap mulut aku , kot kot ada air liur basi en . Jatuh saham aku nanti .

Tatkala mata aku dah terbuka seluas luasnya , jelaslah muka seorang lelaki yang bernama Ikmal Daniel yang telah duduk dihadapan aku .

'Ssssupppppp . Kau nak apa ? '

"Balikni , jom keluar ? "

Aku memikirkan ajakan dia . Emmmmmm ' nak pergi mana ni ? '

"Pergi ke hati kau ? "

Fil yang masih mamai menyoal soalan paling bengap di abad ini .

'Buat apa pergi hati aku ? Ada apa je ? Ouhhhh ada event eh kat situ ? '

Ikmal sekadar menggelengkan kepalanya . Pening jugak nak layan perempuan sorang ni ha . Aje pelik pelik je perangai . Nasib member . Kalau tak , memang aku humban je dia dari tingkat 3 ni sampai ke bawah tu .

"Bukan pergi hati aku wey . Nak pergi hati aku , tunggu la 3 tahun akan datang nanti . In sha Allahh aku yang akan masuk dalam hati kau dulu "

Semakin blur Filzah dibuatnya . Apa yang dimerepekkan oleh Iman pun , dia tak tahu . Payah kalau dua dua kepala ada wayar berselirat ni . Memang layak duduk dekat planet yang ada alien tu je . Takyah nyusahkan orang . Ekekeke !

"Haih , pergi jalan jalan la jom . Bosan ah duduk rumah . Kita pergi shopping mall , pastu lepak dekat taman ? " Ikmal menyatakan pendapatnya kepada Filzah .

'Em , part shopping mall tu aku setuju . Tapi yang part pergi lepak dekat taman tu , in sha Allah bakal dipertimbangkan . Nanti aku tanya mak aku dulu . Pastu nanti aku whatsapp kau okay ? '

Ikmal menganggukkan kepalanya . Betullah , kena tanya parents dulu . Apa apa pun , family comes first !

**********

Buku latihan matematik dikeluarkan dari bawah meja . Homework banyak oi cikgu bagi . Nak nangis je rasanya ni .

Sehelai demi sehelai muka surat buku itu diselak sehingga tiba pada tajuk ' rumus algebra ' .

Sumpah tak suka dengan bab ni . Haih ! Baru baca soalan nombor 1 , dia terus menutup kembali buku tu . Sesungguhnya , Filzah bukanlah seorang pelajar yang begitu rajin sepertimana Tasha .

Dia memerhati keseluruhan kelas 3 Golden itu . Matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang khusyuk membaca buku ' Moby Dick ' . No gais , dia tak rajin pun sebenarnya . Dia baca tu sebab Teacher Adilah yang suruh baca . Itu pun arahan 2 minggu yang lepas kawan kawan . Jangan husnudzon sangat k .

Disebabkan Fil sedang dilanda kebosanan , terdetik di hatinya untuk mengganggu orang yang sedang duduk di tempat yang terletak di bawah kipas .

'Peh peh baik punya port budak ni pilih . Aku punya le cari tempat bawah kipas waktu awal tahun aritu . Tup tup , dia yang dapat ? Heh , kau tengokle aku kacau apa nanti '

Sorry , sis dah tuka nama hero saya . Sebab nama dia tak sesuai kalau letak as Iman . Hahaha

Awak Hero Saya Where stories live. Discover now