Part 16

18K 408 0
                                    

Maisara siap melilit tudung lalu diambil beg tangannya di atas katil

Hari ini Maisara akan mula bekerja di Syarikat Luftiq sebagai seorang P.A kepada Lukman

"Aku harap dia akan layan aku baik " kata Maisara ketika sedang memandu

"Erm...maaf boleh saya bantu?" Tanya seorang wanita ketika Maisara sedang melihat papan kenyataan di sebelah Lif

"Saya..Maisara , saya baru start kerja harini saya tengah cari tingkat berapa pejabat Encik Lukman " kata Maisara

"Oh..pekerja baru , P.A Encik Lukman eh , tak apa biar saya bawakkan cik Maisara" kata Wanita itu

"Pejabat CEO di tingkat 8  , lepas ni kalau Cik Maisara ada apa2 masalah boleh tanya saya" kata wanita itu

Maisara senyum dan sedikit sebanyak dia bersyukur kerana telah mempunyai seorang kawan pada hari pertamanya bekerja

"Saya nasihatkan Cik Maisara hati2 ye" pesan wanita itu

"Kenapa?" Tanya Maisara yang pelik

"Encik Lukman tu gatal sikit , maklumlah Playboy" kata Wanita itu

"Saya rasa saya ni bukan taste dia kot" kata Maisara

"Mana ada , awak tu cantik la" kata wanita itu lagi

'Kalau kat rumah pun dia langsung tak pandang aku' kata hati Maisara

"Tak apa lah , kita dah sampai tu depan tu bilik Encik Lukman" kata wanita itu

"Terima kasih ye cik.." kata Maisara

"Saya Erin , panggil aje Rin" kata Erin

Maisara tersenyum 

Dengan hati yang berdebar Maisara mengetuk pintu bilik itu dan setelah mendengar arahan dari Lukman supaya dia masuk Maisara melangkah masuk dengan hati yang berdetar

"Erm..encik" panggil Maisara sambil memandang Lukman yang sedang menaip sesuatu di komputer

"Hm..kau , kau tahu kan apa yang kau nak kena buat ?" Tanya Lukman

Maisara menganggukkan kepalanya sambil memandang lantai

"Ok..sebagai peringatan aku nak kau bersikap profesional , dekat sini kau adalah P.A aku jadi kekalkan hubungan kita hanya sebagai P.A dan bos , faham?" Tanya Lukman

Maisara menganggukkan kepalanya sekali lagi dengan hati yang terguris dengan kata2 Lukman

"Kau nak buat apa , keluar lunch dengan siapa tu hak kau bukan urusan aku jadi kau jangan masuk campur urusan luar aku and aku tak akan masuk campur urusan luar kau" kata Lukman sekali lagi

"Dah kau pergi dekat bilik sebelah aku ni , tu bilik kau and lagi satu aku panggil aje kau kena cepat2 datang" pesan Lukman

"Baik bos" jawab Maisara dan keluar dari bilik Lukman lalu masuk ke bilik yang terletak disebelah bilik Lukman yang dipisahkan hanya dengan cermin gelap

Nak Awak Juga !!✔Where stories live. Discover now