2: Jatuh Cinta?

104 10 8
                                    

Aku terus berlari keluar dari bilik tersebut. Hatiku menjadi serba salah akannya. Mujur dia tidak mengherdik gadis tersebut. Jikalau dia tahu akan kekurangan gadis itu, dia akan cuba juga membantu walaupun dalam keadaan terpaksa.

Aku menuju ke arah ruang tamu di mana umie, abah dan Auntie Aisya berbual. "Haa!  Joon lama kamu solat, kamu buat apa? " Umie mula bertanya padaku. "Emm... joon cuma solat je tapi tadi ada seorang gadis masuk ke dalam bilik Joon masa solat dia terjatuh tetapi Joon tidak dapat membantu sebab tak ada kain pelapik mujur juga makcik esah datang membantu" panjang lebar aku menjelas kan hal yang sebenar.

"Ouh Auntie Aisya minta maaf ya Nak! Auntie tak perasan anak Auntie masuk ke dalam bilik kamu tadi"berkali-kali Auntie Aisya memohon maaf kepada ku akan kesilapan membiarkan anak nya masuk ke dalam tempat aku solat itu.

"Tak apa" aku melabuhkan punggung tidak jauh dari Umie. "Boleh Joon bertanya? " aku kena tanya juga akan hal anak nya itu. Selama aku kenal Auntie Aisya kenapa baru hari ini aku jumpa anak dia? 

"Tanya lah apa dia? " Auntie Aisya menghadiahkan senyuman padaku. "Kenapa Auntie tak nak kenalkan Joon dengan anak perempuan Auntie?  Selama Joon hidup yang suka singgah rumah auntie ,baru hari ini Joon jumpa dengannya" aku mengajukan soalan padanya. "Ouh itu rupanya" Auntie Aisya menghela nafasnya.

"Kamu tahu ke kekurangannya?" aku segera mengangguk.

"Anak Auntie yang perempuan itu namanya Adra Aathifah,ya cantik namanya bukan? Auntie bukan tak nak kenalkan kamu dengannya tetapi ,satu tragedi telah menarik segala nikmat yang Allah telah berikan pada Auntie.Anak Auntie kemalangan atas kesalahan auntie sendiri kerana leka dengan kertas kerja, kerana itulah Allah membalasnya anak auntie koma selama 3 minggu bila dia sudah sihat sedikit Adra mengadu mengapa matanya tidak nampak, doktor yang merawat Adra memberitahu bahawa mata anak auntie tidak dapat diselamatkan kerana terkena sedikit serpihan kaca pada kedua-dua belah matanya. Dari situ Auntie rasa menyesal sangat kalaulah Auntie dapat putar kan balik masa auntie tidak mahu anak auntie jadi begini. Sebab itulah Auntie tidak menunjukkan pada sesiapa pun tentang kewujudan Adra ini " jelas Auntie Aisya padaku seraya mengesat air mata yang sudah mengalir.

"Maafkan saya Auntie... Joon tidak ada niat untuk lukakan hati Auntie sabar ya auntie" aku memujuk semula Auntie Aisya yang sudah mula bersedih akan keadaan anaknya.

"Tak apa eh marilah kita makan di dapur" untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan Auntie Aisya mempelawa aku , Umie dan abah untuk makan.

"Boleh juga jom Joon" aku mengikuti langkah Umie dari belakang untuk pergi dapur.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Aku melabuhkan punggungku di atas katil. Entah mengapa fikiranku asyik melayang memikirkan keadaan Adra. Hatiku menjadi gelisah apabila melihat keadaan Adra yang serba kekurangan itu.

'Kasihan dia' bisik hatiku.

Aku baring di atas katil. "Kalaulah Allah jodohkan aku dengannya mampu kah aku menjaganya? Aku bukanlah sempurna, bukanlah lelaki yang terlalu taat akanmu tetapi andai allah jodohkan dia denganku ,aku akan berusaha sebaik mungkin menjaganya seperti Umie dan Abah" aku memanjatkan doa kepada yang maha esa.

Moga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta yang halal

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Bang mengelamun lagi ke? " Shazwan menepuk bahuku. Tidak sedar bahawa aku sedang mengelamun mengenangkan akan doa yang pinta tersebut.

"Tak ada cuma.... Aku terkenang akan cerita Auntie Aisya" jelasku padanya. Kopi yang berada di hadapan aku sisip perlahan. "Cerita apa? " soal shazwan dengan teruja. "Panjang cerita Ah!  Nanti-nanti lah aku nak berehat pun tak tenang! " aku menolak sikit wajah Shazwan yang sudah menghampiri wajahku. Kau fikir aku KUNYIT macam kau?  Minta simpang 44 lah!

"Fine! " Shazwan menarik muka dengan berfikir bahawa dia akan memujuknya. Memang tak lah ,tak habis-habis dengan rajuknya.Aku yang malas melayannya kembali menikmati kopi panas tersebut.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Assalamualaikum! " aku memberi salam seraya melangkah masuk ke kawasan rumah Auntie Aisya.

"Waalaikumussalam " Adra anak Auntie Aisya berada di atas kerusi bangku yang berhadapan dengan kolam rumahnya. "Auntie Aisya ada di rumah? " aku bertanya padanya.

"Ibu tak ada di keluar sebab ada urusan awak bukan lelaki yang semalam tu ke? " dia mula mengajukan soalan padaku. "Ya sayalah lelaki semalam tu" aku memberi tahu padanya.

"Duduklah ibu dah cerita pada saya siapa awak" dia mempelawa aku untuk duduk bersama, aku memilih tempat duduk berhadapan dengannya.

"Maaf kan saya pasal semalam... Saya tidak tahu bahawa awak bukanlah sempurna " aku memohon maaf pada Adra. "Tidak mengapa saya sudah biasa akan hal ini jangan risaulah saya tidak kisah" katanya seraya memberikan senyuman yang manis padaku.

Tiba-tiba sahaja hatiku berdegup kencang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba sahaja hatiku berdegup kencang. Nam Joon kenapa ni? Kenapa hati aku berdegup laju macam orang baru lepas berlari ni? Jangan buat hal boleh?

"Emm... Errr..... Aw—...awak sus... —sudah ma... Kan.... Makan? " Ya tuhan kenapa mulut ni?  Kenapa aku jadi gagap macam orang baru lepas mengeja ni??! Allah malunya muka aku mana nak letak ni!!!

"Belum tengah tunggu mak Esah masak" dia membalas semula jawapannya padaku.

"Marilah makan err... Bawak kek coklat je "aku mempelawa dia.

"Terima kasih awak! Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada awak! " dengan terujanya ,dia mengambil sepotong kek lalu di masukkan ke dalam mulutnya."urmmm!! Sedapnya"aku tersenyum melihat keletahnya.Teruja melihat akanya.Nampaknya makin kuatlah aku menyinggah rumah Auntie Aisya untuk melawat Adra.eh?

Nam Joon jangan cakap yang kau sudah.....

Jatuh Cinta pada Adra!

(SU)♥ Love Is You ♥||사랑은 당신입니다 {Short Story}Where stories live. Discover now