Aku memasukkan kek coklat ke dalam beg bekas, sebentar lagi aku akan bergerak menuju ke rumah Auntie Aisya. Apabila mengenangkannya aku tidak sedar bahawa masuk hari ini sudah genap 2 bulan aku mengenali Adra. Dia bukan calang-calang gadis biasa yang tidak cukup itu. Gadis yang tabah dan sentiasa kuat walaupun banyak orang di sekeliling tidak menyukai nya kerana hanya dia buta.
Umie memasuki ruang dapur di mana aku sedang bersiap untuk pergi ke rumah Auntie Aisya. "Joon boleh duduk sekejap? Umie ada benda hendak berbicara dengan kamu" aku melabuhkan punggungku berhadapan dengan Umie. "Ada apa ya Umie ? Macam masalah besar je" aku cuba melawak dengan Umie namun reaksi Umie tidak yang aku harapkan mukanya serius dan tidak berubah.
"Kamu sayang Adra? " Umie mengajukan soalan padaku. aku memandang Umie, kenapa dengan Umie? "Kenapa Umie tanua soalan macam itu ya? "Aku sudah menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.
"Umie tanya sahaja salah? " aku menghela nafas ku. Apa yang aku patut jawab ya? "Joon sayang Adra tak lebih dari kawan Umie" aku rasa itulah jawapan yang terbaik untuk Umie namun sangkaan ku meleset, Umie merenung wajahku dengan pandangan yang tajam.
"Kalau sayang sebagai kawan Umie tidak mahu kamu berjumpa dengan Adra selepas ini" Ujar Umie seraya bangun dari tempat duduknya. Aku terkejut akan hal tersebut tapi mengapa? "Apa salah Joon umie? " aku meminta kepastian dari Umie.
Umie menoleh ke arahku. "Umie menghalang kamu dari sekarang kerana Umie tidak mahu anak Umie memberi harapan yang besar pada Auntie Aisya dan Adra, pasti Auntie Aisya telah beranggapan bahawa kamu sudah mula menyukai Adra dan sebab itu lah kamu selalu datang ke rumah untuk berjumpa dengannya, Umie tidak mahu anak Umie dilabel sebagai lelaki yang tidak berpegang pada janji, Jikalau kamu sudah suka datanglah merisik dia, Jikalau kami tidak suka berhentilah memberi kan harapan pada Adra itu sahaja "
Wahai para pemuda!,barang siapa diantara kamu yang mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia berkahwin, kerana perkahwinan itu lebih memelihara mata dan melindungi kehormatan. Barang siapa yang tidak mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa boleh mengurangkan syahwat.
Diriwatkan oleh Al-Bukhari,Muslim,dan lain-lain
Aku diam membisu. Betul juga apa yang Umie katakan padaku. Apa aku telah memberi harapan palsu padanya? Tidak pernah lagi dalam hidup ku terlintas untuk melukakan hati seorang wanita, aku sudah mula keliru akan perasaan ini!
"Jikalau kamu keliru Joon" Umie datang mendekatiku, bahuku di pegang "buat lah solat istikharah mohon petunjuk dari Allah adakah benar itu jodoh kamu ataupun tidak itu sahaja umie dapat memberi cadangan pada kamu" Umie beredar meninggalkan aku sendirian di dapur.
Kek coklat yang berada di tangan ku di simpan di dalam peti, tidak jadi untuk pergi ke rumahnya. Aku telah membuat keputusan, minta pada Allah adakah benar Adra adalah jodohku atapun tidak.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Aku keluar dari perut keretaku. Sengaja aku keluar untuk mengambil angin di malam hari. Aku sengaja berhenti di depan rumah Auntie Aisya. Entah mengapa depan rumah Auntie Aisya juga aku kunjungi. Perasaan serba salah mula bersarang di dalam hati. Aku sudah berjanji pada Adra untuk datang melawatnya tetapi aku telah memungkiri janjiku, lelaki jenis apa aku ini?
Aku meraup wajahku, tiba-tiba aku ternampak kelibat Adra yang berdiri di depan tingkap.
Hatiku menjadi serba salah akannya. Beg plastik berisi kek coklat di letakkan di dalam peti suratnya. Butang locengku tekannya. Aku segera masuk ke dalam kereta untuk beredar.
'Allah berikan aku petunjuk'
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sebentar lagi akan masuk waktu subuh, aku masih lagi duduk di atas hamparan sejadah putih ini.
Aku ingin melakukan solat istikharah sekarang ini. Aku kembali berdiri untuk menunaikan solat sebelum masuk waktu subuh.
Dalam sujud terakhir air mata ini mengalir perlahan.
"Ya allah kau berilah hambamu ini petunjuk, jikalau dia jodohku kau, aku berjanji yang aku akan jagakan dia seperti mana tanggungjawab ku pada Umie dan abah ku dan jikalau dia bukan jodoh ku bantulah hambamu ini untuk membetulkan keadaan sekarang ini aku tidak mahu digelar lelaki dayus hanya kerana tiada perasaan cinta yang hadir pada diriku ini bantu hambamu ini Ya Allah"
Aku duduk tahiyyat akhir. Sesudah memberi salam, aku termenung seketika, mengapa berat ujian dari- Nya? Adakah ini adalah salah satu tanda persediaan aku untuk menghadapi kehidupan rumah tangga setelah sekian lama aku sendiri?
Azan subuh mula berkumandang, aku berdiri semula, aku berkira-kira hendak pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah sebelum aku pergi ke tempat kerjaku.
"Joon awal kamu bangun? "Abah menegurku saat aku menuruni anak tangga. "Saja Joon susah hendak tidur jadi Joon solat Sunat lepas itu Joon tunggu masuk waktu subuh boleh juga Joon solat berjemaah di surau" Ujarku untuk menutup segala kegelisahanku dari Abah.
Abah datang menepuk bahuku "Abah tahu apa masalah kamu Joon, inn shaa allah selagi kita sebagai manusia rajin meminta pada-nya selagi itu lah Allah akan sentiasa Hambanya cuma cepat atau lambat sahajalah sabarlah ya nak"Abah cuba memujuk hatiku yang duka ini, ya aku akan cuba menjadi sekuat Rasulullah s.a.w!
"Jom nak kita pergi ke surau kamu lah ya bawak motor dah lama abah tak merasa peluk kamu" aku menjeling abahku, Yelah abah macam tak pernah peluk aku, walhal aku setiap kali balik memeluknya mungkin dia sering memeluk umie itulah jadinya Eh?
"Jomlah nanti nak solat dah" aku memimpin tangan abah untuk pergi ke arah motor yang berada di tepi itu.
Semoga Allah memberi petunjuk padaku.
YOU ARE READING
(SU)♥ Love Is You ♥||사랑은 당신입니다 {Short Story}
FanficKIM NAM JOON , lelaki berjawatan ketua polis, perwatakannya sahaja sudah mengambarkan dia seorang lelaki yang tegas dan tidak mudah berputus asa. Dalam erti lain tiada wanita yang berani berdamping dengannya kerana ketegasannya. Siapa sangka dalam...