Bab1

10 0 0
                                    

Lapangan Antarabangsa Kota Kenangan.

Seorang lelaki sedang menarik beg bagasi keluar daripada pintu penerbangan antarabangsa. Sambil mengheret beg bagasi nya matanya sedang ralit mencari seseoarang. Dia tersenyum apabila susuk tubuh yang dicarinya dapat dikenal pasti, tanpa berlengah dia terus menuju ke arah lelaki tersebut.

"Bro, lama tak jumpa wehh. Dah makin sado kau" sergahnya. "Assalamualaikum" balas lelaki tersebut. Farish Adli hanya tersengih .

"Sorry², waalaikunsalam" dia hanya mampu tayang muka sengih apabila diusik seperti itu.

"Dah jom gerak, aku lama tak sembang-sembang dengan engkau ni maklumlah pelajar oversea". Farish Adli terus memboloskan diri nya ke dalam kereta Toyota Hilux.

Dalam perjalanan mereka berdua rancak berbual sehingga mereka tiba di sebuah taman perumahan golongan elit Seri Kemboja.

Sudah bertahun lamanya Farish Adli tidak menjejakkan kaki di rumah keluarganya sepanjang dia belajar di Melbourne, Australia. Sungguh dia teruja sehinggakan lupa akan kawannya sendiri.

Farish Adli memberi salam sambil menekan lonceng rumah. Kelihatan seorang wanita dalam golongan usia 50-an namun masih lagi sihat menjengah keluar.

"Mama, Rish dah balikk!!" laung Farish sambil melompat-lompat depan pagar rumah. Kalau orang nampak memang kena cop gila.

"Ya Allah,anak aku dah balik!" Datin Jamilah terus melulu menuju ke arah Farish. Mereka saling berpelukan. Melepas rindu.

"Yahh kenapa terpekik-pekik tengah hari buta ni?" Dato Fauzi keluar meninjau di perkarangan rumahnya apabila beliau mendengar suara orang terpekik telolong di kawasan rumahnya.

" Yangg,anak bongsu awak dah balik Malaysia" nada datin Jamilah teruja bercampur gembira. "Betuah punya budak,kau tak bagitahu nak balik Malaysia" dato Fauzi terus meluku kepala Farish Adli.

" Daddy, sakit-sakit,mereng otak Rish nanti" datin Jamilah dan Danial menjadi penonton setia sambil menahan gelak melihat kerenah anak-beranak tersebut.

"Wehh,Rish drama juga jangan lupa barang kau kat kereta tu" . Farish terus melepaskan pelukan Dato Fauzi sambil tersengih.

Selesai saja Farish memunggah barangan peribadinya dari kereta Danial. Danial terus berlalu dari perkarangan rumah. "Bro ,malam ni jangan lupa lepak tempat biasa" pesan Danial sebelum dia berlalu pergi.

"Daddy, mama mana kak Farah dengan Abang Farid, diorang tak stay kat sini ke? " soal Farish apabila melangkah masuk ke rumah agam. " macam Biasalah Rish, kak Farah kau kan dah kahwin jadi dia tinggal dengan suami dia kat Labuan, abang kau tu hermm entahlah bila nak kahwin" datin Jamilah sedikit mengeluh memikirkan anak sulung yang sorang itu. Umur sudah mahu masuk 30- an namun masih lagi belum ada perancangan hendak mencari jodoh.

"Awak macam tak kenal si Arid tu Macam mana perangai dia. Fokus dengan kerja aje". Dato Fauzi melabuhkan punggunggnya di sofa berhadapan Farish. Datin Jamilah berlalu ke dapur untuk membuat air.

" Abang Farid belum jumpa calon sesuai untuk dia lagi tu, daddy. Sabarlah" Farish mencapai air oren yang baru dihidangkan oleh Datin Jamilah.

"Rish, kamu bila nak perkenalkan mummy dengan calon menantu mummy" tersembur jus oren dari mulut Farish apabila Datin Jamilah menanyakan soalan cepungmas.

"Ya Allah, budak bertuah ni, tak pasal-pasal daddy kena mandrem dengan jus oren kau nakk" Dato Fauzi mengelap wajahnya yang disembur air oren. Farish hanya tersengih-sengih.

"Ala Rish kan baru balik, kenapa mummy tanya soalan tahap KBAT tu? " gelabah biawak Farish dibuatnya.

"Ala mummy tanya jer, mana tahu ada dapat awek Australia" usik Datin Jamilah.

"Not my taste lah mummy" balas Farish sambil membuat aksi tangan di bahu dan mata ke atas. Hodoh betul.

"Lagipun hanya Roza saja ada dalam hati ni" gumam Farish. Salah satu tujuannya balik ke Malaysia adalah untuk bertemu kekasih hatinya yang sudah lama tidak bertemu.

"Apa agaknya khabar dia sekarang? "

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Wohoo, maaf jikalau ada tersilap dan typo. Dan jangan lupa vote

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Not The First But Be The Last In My HeartWhere stories live. Discover now