Kehilangan Hikari

18 4 0
                                    

Pagi tu, Hikari keluar untuk berjogging seorang diri. Dia menyanyi nyanyi untuk menghilangkan bosan dan penat berjogging di tepi jalan. Dia melihat bunga bunga yang sedang kembang mekar. Hikari tertarik akan sekuntum bunga yang tidak ketahui namanya. Bunga itu belum pernah dia temui di mana mana. Hikari memetik bunga itu. Dia terpesona melihat keindahan bunga itu. Sedang dia terleka dengan keindahan bunga itu tiba tiba ada sebuah kereta hitam muncul. Dia masih tidak menyedari akan kehadiran kereta itu. Dengan sekelip mata dia di tarik masuk ke dalam kereta hitam tersebut. Mata Hikari di tutup menggunakan kain yang berwarna biru tua. Mulutnya di tekup dengan tangan seseorang. Saiz tangan itu sangat besar.
Kemungkinan saiz tangan lelaki dewesa. Dia tidak dapat membuat apa apa kerana tangannya sudah di ikat. Tiba tiba dia tercium satu bau yang sangat kuat dan mampu memeningkan kepalanya. Bau itu kemudiannya ditekup ke bahagian hidungnya. Beberapa minit kemudian, Hikari pengsan begitu sahaja.....
          - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
           "Aku kat mana ni? " Hikari masih dalam keadaan sedikit 'mabuk'. Dia melihat sekelilingnya ada barang barang dan perabot perabot lama. Dia yakin sekarang dia sedang berada di dalam sebuah gudang kerana keluasan tapak itu sangatlah besar. Dia sedikit pelik bagaimana dia boleh berada di gudang ini.
           "Kau dah sedar, Hikari Sakura? Bagus! Kau tahu mengapa kau berada di sini? " Tiba tiba muncul seorang lelaki dengan pakaian serba hitam. Lelaki itu mamakai topeng muka dan hoddie. Hikari langsung tidak dapat mengenali lelaki tersebut.
           "Siapa kau?! Apa yang kau nak daripada aku, hah?! " Hikari menjerit ke arah lelaki itu. Dia tidak dapat bergerak kerana tangan dan kakinya sudah dirantai di sebuah kerusi.
           "Kau nak tahu apa yang aku nak daripada kau? Sudah tentu aku boleh bagitahu kau. " Lelaki itu ketawa sinis sebelum menyambung percakapannya.
           "Aku nak kau turut segala permintaan aku. Termasuklah sekiranya aku suruh kau bunuh diri atau bunuh Ken. Hahahahaha! " Lelaki itu ketawa dengan penuh kejahatan. Hampir sahaja Hikari menangis mengenangkan nasib malang yang menimpanya. Tiba tiba lelaki itu mendekati dirinya. Dia mendongakkan dagu Hikari supaya pandangan Hikari terhala kepadanya.
           "Permintaan aku yang pertama sangatlah mudah. Tak payah susah susah sampai nak ketujuh benua dalam dunia ni. Simple je. Aku nak kau jadi pendamping seumur hidup aku a. k. a isteri aku! Hahahaha! " Permintaan lelaki itu sungguh tidak masuk dek akal.       (Gila agaknya lelaki ni. Cakap sikit nak ketawa bagai. Aku datang sana aku tumbuk dia nanti baru tahu.)
          "Aku takkan turut permintaan kau. Kau gila ke apa? Aku masih lagi budak sekolah! Tak faham bahasa ke? Ishh, tak pasal pasal aku mencarut. "
Hikari kelihatan begitu marah.
          "Senang je. Kalau kau tak nak turut perintah aku, kau atau orang tersayang kau yang binasa. Hahahahahaha. " Lelaki itu mengugut Hikari. Hikari agak sedikit risau. Dia bimbang sekiranya lelaki itu mengapa apakan ibu bapanya.
          "Tak ada permintaan lain yang lebih mudah ke? " Hikari cuba membuat perundingan dengan lelaki tersebut.
          "Ada. Untuk menggantikan permintaan pertama aku tu, kau perlu tidur bersama aku malam ni. Jangan risau. Aku takkan apa apakan kau. " Lelaki itu berkata dengan penuh selamba. Hikari mula naik angin.
          "Kau ni dah kenapa?! Asal kau nak sangat aku duduk sekatil dengan kau, hah?! " Hikari membentak lelaki tersebut.
          "Sebab aku nak hancurkan kebahagiaan yang Ken ada!! Aku nak rampas segala kebahagiaan yang dia ada!! Aku takkan biarkan dia bahagia walau sedikit pun, FAHAM?! " Lelaki itu berteriak di depan Hikari. Hikari agak sedikit terkejut. Dia mulai gerun dengan lelaki itu.
          "Masalahnya, aku masih budak sekolah. Aku takkan turut kepada kedua dua permintaan kau. Permintaan kau tu tak masuk akal bagi budak sekolah macam aku ni. " Suara Hikari sedikit mengendur.
          "Cakaplah awal awal. Bodoh. " Bingit telinga Hikari mendengar perkataan bodoh itu.
(Lelaki ni pekak ke apa? Terang terang kat situ Hikari cakap yang dia budak sekolah. Ishh, aku sepak kaki dia nanti patah terus.)
          "Ok.... kalau kau tak dapat turut kedua dua permintaan aku tadi, kau perlu masak something untuk aku. Yang pasti, ianya makanan. Bukan racun. " Lelaki itu lebih selesa menyuruh Hikari memanggilnya sebagai 'Bob'. Hikari kurang pasti mengapa lelaki itu menyuruhnya memanggil dia sebagai Bob. Hikari memasak ala kadar sahaja kerana kekurangan bahan masakan.
          "Sedap! Pandai jugak kau mamasak walaupun bahan tak berapa nak mencukupi. Bakal isteri yang bagus. " Bob memuji muji masakan Hikari.
           'Mengapalah si Bob ni asyik cakap perkataan isteri je. Tak ada perkataan lain ke apa? ' Kata kata itu hanya terlintas di dalam fikirannya. Tidak berani dia mahu berkata kata sebegitu rupa dihadapan Bob.
(Ohh... lupa nak bagitahu😀😀 Hikari kini berada di rumah Bob. Pengawal pengawal Bob pon ada disana. )
         - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
          "Selamat sejahtera, mak cik. Sakura ada tak?
          "Entahlah, Hiyori. Pagi tadi dia keluar. Katanya nak pergi jogging. Ni sampai ke petang tak balik balik lagi. Mak cik malas nak ambil tahu ke mana dia pergi. " Selepas mendengar kata kata itu, Hiyori menekan butang on pada telefonnya.
  ____________________________________
|                          Sakura                            |
|      last seen, 12:45 a. m, today            |
|____________________________________|
                                     
                                      Sakura, mana
                                      awak? Saya ada
                                      dihadapan rumah
                                      awak sekarang.
______________________________________
 
Langsung tidak ada balasan daripada Hikari. Hiyori mula putus asa mahu menunggu Hikari. Dia meminta izin untuk pulang.
          "Hmm... Mana Sakura ni. Semalam suruh orang datang. Sekarang dia pula yang tidak ada di rumah. " Hikari menghidupkan enjen keretanya dan terus menghala ke rumah Suga. Ya, dia mahu bertemu dengan Ken.
          - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
          "Bob, aku nak balik boleh.Esok aku sekolah. " Selembut mungkin tutur cara dia berharap Bob akan melepaskannya. 
          "Boleh. sebelum aku hantar kau balik, minumlah dulu air jus ni. Suzuha yang pergi beli tadi. "
          "Ermm.... ok " Lambat lambat dia jawab kerana mahu berfikir dahulu. Dia minum jus itu hanya seteguk sahaja. Selebihnya tidak diminum. Tiada selera rasanya untuk menjamah apa apa. Bob terus menghantarnya pulang.
          - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
          "Hiyori, saya minta maaf sebab waktu awak datang, saya tidak ada di rumah. Hacuuurm. " Menggigil gigil badan Hikari. Tiba tiba sahaja dia demam. Tidak tahu apa puncanya.
          "Tidak mengapa, Sakura. Saya maafkan awak. Semoga cepat sembuh, ya. " Tamat begitu sahaja perbualan mereka berdua. Hikari agak sedikit lega. Nampaknya dia harus cuti esok jika demamnya melarat. Dia kembali berbaring untuk merehatkan diri. Tiba tiba dia terfikirkan tentang Ken.
          "Apa yang dia sedang buat, ehh?" Soalan itu yang keluar dari mulutnya.
          "Haishh.... buat apa aku fikir tentang lelaki tu. Tidak penting pon. Ishh... " Dia merengus geram. Tiba tiba bunyi mesej masuk.

  ____________________________________
|                                                                   |
|                 Ken ( Si Orang Gila)             |
|___________________________________ |

Hikari, kau ok?
                                                              • • • •
                                     Kau rasa? Ok ke?
• • • •
Sorry, ganggu
kau... Kau
berehatlah.
                                                              • • • •
                                     Kau tak salah pon,
                                     buat apa nak
                                     minta maaf ?
• • • •
Entahlah,
aku rasa macam
bersalah pula
dekat kau.
Ok, lah. Good
Night. Berehatlah.
                                                             • • • •
                                      K, Night.
______________________________________

         - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Esoknya, Hikari tidak hadir ke sekolah kerana demamnya yang tidak kebah kebah lagi. Ken merenung kosong meja sebelah yang tidak ada tuannya itu.
        "Balik nanti aku nak try lawat dialah..... tapi aku nak ajak siapa je lagi? Takkan nak ajak Suga..... confirm confirm lah dia tak kan ikut aku... hmm.... maybe aku boleh ajak Hiyori untuk datang lawat dia... " Ken bercakap² seorang diri di belakang.
         "Ken, berdiri dan jawab soalan di papan hitam sekarang" Cikgu Kagura ternampak Ken bercakap cakap seorang diri di belakang semasa dia sedang mengajar.
          "4y + 5z =3500" Ken menjawab dengan tenang. Nasiblah dia tu seorang yang pandai.... kalau tak, memang nasiblah dia kena berdiri atas kerusi di luar kelas.
           "Bagus, jawapan kamu betul. Saya ingat awak dah tak siuman cakap seorang seorang kat belakang.. Ok, kelas... kita jumpa lagi minggu hadapan... Jangan lupa siapkan kerja yang saya beri semasa ketiadaan saya nanti, faham?! "
           "Faham.... "
Cikgu Kagura terus berlalu pergi. Pelajar pelajar semua terus keluar dari kelas untuk pulang je rumah masing masing.
           "Hiyori, petang ni kita pergi rumah Hikari ehh.... kita lawat dia "
           "K, bye.... jumpa petang ni di rumah Sakura, ya"
Hiyori kelihatan tergesa gesa. Hendak ke mana pon tidak tau lah....
             - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
            "Bob, apa efek racun tu selain dari buat orang sakit? boleh bawa mati tak? " Tanya seseorang yang memakai hodie berwarna hitam itu.
             "Sebenarnya, dia boleh bawa dua efek. Yang pertama, kematian. Yang kedua keistimewaan. "
             "Keistimewaan? apa maksud kau? "
             "Dia akan dapat kuasa. Antara kuasa yang mungkin dia dapat ialah petir, graviti, tanah, ais, solar, api, air, shadow, tumbuhan, metal, angin, perlahankan masa dan kuasa suci. Biasanya dia hanya akan dapat 1 hingga 3 kuasa je.... tak banyak mana pun. " Bob menerangkan satu per satu kuasa kuasa yang disebutkannya tadi.
              "Berapa anggaran masa yang kau tau sebelum efek dia keluar? "
              "Tak lama pun.... lebih kurang 3 hari selepas makan racun tu. So, that mean, esok lah efek dia akan keluar. Just wait and see je. "
              "Hahahahaha, bagus. Aku harap sangat dia mampos... dah, aku cau dulu" Susuk tubuh itu terus hilang di sebalik kegelapan malam.

P/s: Sorry lambat update.... author
       busy sangat.... In Shaa Allah,
       author update lagi nanti









Who Are YOU?Where stories live. Discover now