Bab 23

57.6K 3.8K 582
                                    

Setelah siap mengemas dapur, aku dan Naura mula bersiap untuk keluar. Biarpun masih ada rasa takut--takut kalau orang jahat tiba tiba serang aku--memikirkan tentang hadiah Tokma, aku beranikan diri. Takpe Dhia, Farhan dah kata, rasa diancam, terus call!

"Woi, dah habis mengelamun? Jomlah aku panas ni"

Aku tersentak. Pantas aku alihkan pandangan pada Naura yang sedang bercekak pinggang di tengah halaman rumah. Siap terpancar sinar matahari lagi. Nur kateko.

"Yelah" balasku acuh tak acuh. Aku mula menutup pintu lalu kunci. Semoga tiada yang dapat melepasi pintu ni-- oh! Penjahat semalam pecah masuk rumah dari mana ya?

"Er Naura"

"Apa lagi setan"

Ish..mulut tu, tak ada insurans langsung.

"Farhan tak ada bagitau ke yang penjahat tu masuk rumah kita macam mana? Rasanya, aku dah kunci pintu and takde pulak tanda tanda orang buka pintu ni.''

Naura diam sebentar. Aku nampak dia mula menggigit bibir.

"Tingkap? Tapi..aku yakin aku dah kunci semua..." balas Naura perlahan. Serta merta, aku dihurung rasa takut lagi.

"Ra, kita tak payah keluarlah. Aku takut..takut dia pecah masuk lagi..." ujarku tibatiba.

Naura mengangguk perlahan. "Aku pun takut, tapi..esok dah nak balik rumah Tokma. Erm, kita bagitau Tokma ajelah pasal----"

"NO! kau ingat dia nak duduk diam aje? Confirm dia tak bagi aku duduk sini dah..tak payahlah bagitahu dia" potongku pantas. Sungguh, kalau tokma Radiah tu tahu pasal kes pecah rumah aku, memang tak jejak KL-lah aku lepasni.

Naura mengeluh. "Dah tu, macam mana? Urgh, a lot of problems.." Naura mendengus geram. Wajahnya jelas tampak serabut dengan apa yang berlaku.

Serta merta, aku rasa bersalah. Wajah aku pun dah berubah keruh Yelah, sebab aku, Naura pun terjebak sekali. Terkena tempias.

"Sorry..its okey-lah. Aku jaga rumah, kau pergi cari hadiah untuk Tokma. Ya? Kalau penjahat tu ada, aku tembak dengan senapang gajah. Don't worry, okey?"

Naura mengerutkan dahi. "No, no. A big no. Takkanlah aku nak tinggalkan kau sorang sorang? Kau ni fikir cerdik sikit. Kau pun bukannya berani nak duduk sorang diri"

Balasan Naura itu sedikit menjentik hati. Alahai, Dhia, jangan tisu sangat, dia bergurau aja. Harapnya.

Aku berfikir sejenak. Kalau dah dia taknak aku jaga rumah..hmmm..

"Kaulah jaga. Aku keluar. Okey?"

Naura membuntangkan mata. "Taknak! Mahu penjahat tu tiba tiba datang lepastu bunuh aku macam mana? Oh tidak tidak. Dan sekarang..dia tengah awasi kita ke? Alamak..macam mana kalau dia perhati kita dari tadi?" Terus, Naura berlari anak ke arahku dan terus memeluk lengan aku.

"Heii, fikir positif. Tak, takkan dia nak datang dua kali pada waktu yang agak..dekat?" Aku menolak Naura dari memeluk lengan aku. Rimas gila. Kalau boleh, aku nak gigit biar otak dia tu positif sikit.

"Positif kau! Penjahat ni tak kira tau, dia nak buat jahat tak kira waktu apa, hari apa, siang ke malam ke dia tak kesah dah. Asalkan dia dapat penuhi plan dia" terang Naura bersungguh.

Alahai dia ni...

Tiba tiba, ada satu kereta berhenti tepat di hadapan rumah. Mulanya aku sangka seseorang yang nak tuntut duit yang aku masih tak tahu duit apa, tapi aku silap.

Aku kenal kereta ni. Mata aku melekat pada insan yang keluar dari perut kereta itu. Dengan cermin mata hitam, lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Kacak. Tapi sayang, perangainya menyimpang.

Mr.Hoodie Pujaan Hati | TERBITWhere stories live. Discover now