"Apa apa pun keputusan Abi,Aisyah terima".Ucapku sambil memandang tepat ke arah Abi.
"Alhamdulillah,semoga Allah permudahkan segala urusan kita".Ujar Encik Abdullah sambil memanjat penuh kesyukuran ke hidrat ilahi kerana membuka pintu hati satu satunya anak gadisnya itu untuk menerima keputusannya.
_________________________
Aku berbaring di atas katil sambil memandang ke arah lampu kamarku.Perbualan ku bersama Abi dua bulan yang lalu kembali terngiang ngiang di telinga.
Ya,dua bulan yang lalu aku menerima pinangan daripada anak sahabat abi dan mengikat tali pertunangan.Tapi nama je bertunang,nama dia pun aku tak tahu .Nampak macam tak rela nak kahwin,tapi tak pun la.Aku cuma rasa lebih selesa kalau nak berkenalan lepas kahwin ni.Baru boleh tanya itu ini kan?
Tapi..ada satu je masalah
__________________________
"Aku terima nikahnya, Siti Aisyah Binti Khaleed dengan mas kahwin dan seberangkat alat solat .Tunai"
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah"
Aku turut mengucapkan syukur kepada Allah kerana majlis hari ini berjalan dengan lancar.
"Ehem!"
Mataku tertancap pada pakaian pemuda dihadapanku ini.Warna Meroon.Eh samalah dengan baju aku!
Wait a minute!Laki aku lah!HAHAHA!!
Aku nampak kat tangan dia ada sehelai kain.
Niqab?
Aku masih memandangnya.Takdelah pandang muka dia.Tak sanggup aku nak bertentangan mata dengan dia ibarat kisah cinta romantik tahap leleh leleh dalam novel tuh.Cop mengarut apa ni!
Buktinya dari tadi aku duk tenung je jubah dia ni.Saje je nak teka jenis kain dia ni.haaa..mengarut lagi.
Tapi kan dia nak buat apa dengan niqab tu?
Aku tersentak apabila dia merapatkan lututnya dengan lutut aku.Alah,gaya yang nabi ajar bila nak menuntut ilmu tu.Hah camtulah!
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikumussalam".Jawabku perlahan.Tapi still tenung jubah dia.
"Izin kan saya pakaikan niqab ni kat awak.Ujarnya lagi
Niqab tu untuk aku?untuk aku?Ulang suara untuk aku?!Allahu!aku rasa terharu tahap nak nangis dah ni.
Aku angguk perlahan.Takkan la nak angguk laju laju kan?cover ayu!
Dan perlahan lahan aku dapat rasa kan dia mengikat tali niqab dikepalaku.Serentak dengan itu aku jadi sebak.Sebak sangat.And again mata aku sibuk duk cari kut kut ada kedutan tak kat jubah dia.Haiya!
________________________________
"Aisyah,mana laki kamu?"
"Aaa entah la kat luar kot?"Aku sengih.Sungguh aku tak tahu dia pergi mana.Balik je rumah terus aku pergi tandas.Tak tahan nak buang air.Hehehe
"Kot?!bertuah punya anak!sebelum ummi bertukar jadi singa telan kamu,baik kamu pergi panggil laki kamu makan.Kesian dia dari tadi layan tetamu".Ujar Puan Rahimah tegas.
Aisyah tersengih macam kerang busuk.Lupa pulak yang aku ni dah kahwin.Macam tak percaya pun ado!
Tapikan,ada ke kerang duk tersengih?Niqab aku ikat kembali di kepalaku memandangkan ramai lagi saudara mara lelaki kat luar rumah.
mana dia ni?
Aku meliarkan mata mencari pemuda yang pakai jubah meroon.Kenapa aku cakap macam tu?sebab aku tak kenal suami aku!ulang lagi aku tak kenei muka laki aku sendiri!!!!!!huwaa!
Macam mane nak kenal kalau sepanjang majlis nikah tadi aku duk tengok jubah dia.Lepas je dia pakaikan niqab kat kepala aku,lepastu ambil gambar,angkat piece sekali dua then dia pergi solat sunat.Aku tak join sebab aku bendera merah.hehehe.Kasi angkat itu bendera!!
Tiba tiba aku terlihat orang yang berjubah meroon.Jumpa pun!
"Awak!"panggil aku tanpa membuang masa walaupun sedetik!ceh!
Aku nampak dia berpaling
"Ummi panggil makan".
Aku nampak dia terpinga pinga.
Aik!Takkan lah dia pun tak kenal isteri sendiri.
"Saya rasa awak salah orang kut ni"ucapnya sambil tersengih.
"Salah orang?"Soal aku kepadanya
Aku nampak dia tercari cari seseorang.
"Fahad!"laungnya
Aku turut berpaling.Dari jauh aku dapat melihat seorang lelaki yang sedang berpaling ke sini.Di depannya ada dua orang lelaki.Tapi yang menarik perhatian aku sekarang ni adalah warna jubah dia.Warna meroon.
Jangan cakap...
"Fahad,isteri kau cari nih"laungnya lagi.
Aku rasa...aku rasa macam nak blah.
No no no!
Bukan nak blah,tapi mesti blah!
"Cakap kat dia Ummi panggil makan yee"Pesan aku kepadanya sebelum berlalu pergi.
"Akak tunggu!"panggil nya lagi
Aku buat buat tak dengar.Kaki aku speed.Macam lumba jalan laju pun ada.Lumba dengan siapa?lumba dengan jantung aku ni.Malu!!!!

YOU ARE READING
Buah Hati Cik Niqabis(Complete)
Cerita Pendek[Complete] Ada lagi ke zaman sekarang ni orang yang tak kenal tunang sendiri?ada?siapa? mestilah ada? siapa? Aku!Aku Siti Aisyah ,anak dara encik Khaled yang paling bertuah tu!!HAHA! Aisyah terima dengan hati yang terbuka perkhawinan yang diatur abi...