part 15-Abi &Ummie

6.1K 334 2
                                    

Masuk harini dah dua hari ummie dengan Abi berangkat ke mekah,tunaikan umrah.Sempatlah aku celah celah sikit kirim doa dekat abi dengan ummie.

Dan Harini jugak masuk seminggu aku dan Fahad hidup sebagai suami isteri.Setakat ni semua manis ala ala gula melaka lagi.Dan aku harap manis ni kekal sampai kami sama sama kena kencing manis.Hahaha gurau.

"Boleh solat dah?"Soal Fahad sambil menghampar tikar sejadah.

Aku angguk sambil menyarung kain sembahyang.Wuduk awal awal lagi aku dah ambik.

Fahad mengangguk sambil menghampar satu lagi tikar sejadah.

Usai membaca doa,Aku menghulurkan tangan dan menyalami tangan Fahad.Belum sempat aku tarik tangan aku balik,Fahad dah genggam tangan aku kemas kemas.

Aku angkat kening.

Fahad angkat kening jugak.

Aku  senget kepala.

Fahad senget kepala jugak.

Aku kerutkan kening.

Fahad kerutkan kening jugak.

Ooo,nak main ajuk ajuk eah!

Aku kembali pada posisi asal.

Fahad pun still ajuk aku.

Okey!

1! 2! 3!

Zupp!aku julingkan mata

"Pfttt!"Fahad gelak.

Bersembur!

"Apa ni!bersembur!!!"Marah aku sambil tolak bahu Fahad.Marah marah manja jer.

Fahad gelak  sambil tarik tarik hidung aku.Sakit wooo!

Belum sempat aku nak balas dendam,fhone Fahad berdering.Ceh kacau!

Fahad berdiri sambil angkat call.Aku perasan riak muka dia berubah.Aku bangun berdiri sebelah dia.

Usai selesai,Fahad matikan phone dia.Dia pandang aku sampai aku rasa macam nak gelak.Bukan,aku dah tergelak.

"Kenapa ni?".Ucap aku dengan tawa yang tersisa.Kedua dua tangan aku tekapkan dekat pipi Fahad.Jinjit sikit ar.Ketinggian terbantut woo!

Tapi Fahad tak senyum.Dia ambil tangan aku dan genggam dengan kemas.Mata still pandang aku.Muka dia sayu sangat.

Aku jadi tak sedap hati.

"Siapa call?"Soal aku lebih terperinci.

"Along.."Jawab Fahad perlahan.

"Dia cakap apa?"Tanya aku lagi.

"Abi dengan Ummie…"Ujar Fahad perlahan.Genggaman makin dikemaskan

Aku diam

"Abi dengan Ummie,dah takde"

Zap!!Dada aku sakit!

"Allah!"Ucap Aisyah sebelum rebah.

Buah Hati Cik Niqabis(Complete)Where stories live. Discover now