Layan

26 3 1
                                    

18/4/2011

Aku ada buat salah pada kau kah.Kalau ada,bilang sendiri pada aku.Sehinggakan kau tidak melayanku.Aku hanya ingin bercakap dengan mu sebagai  seorang sahabat.Kalau kau rasakan aku tidak layak memegang jawatan itu,baiklah.Sila layan diriku sebagai seorang rakan sekelas atau lebih tepat rakan sepasukan.Tapi mampukah aku berkata demikian dihadapannya.Tidak,aku hanya mampu menulis disini.Betapa lemahnya aku jika perkara ini tentang kamu.Tahniah,kau berjaya mengikis kekuatan dan keberanianku.Gembira?Sudah tentu aku gembira kerana berkumpulan dengan kamu.Ia menjadi idamanku.Pada ketika aku masih menyukai kamu sahaja,lama-kelamaan tidak terbalas juga.Aku redha.Sedaya upaya aku hapuskannya.Tidak pernah tinggal ku titipkan namamu di dalam doa supaya menjauhiku.Jika kau jodohku,kau akan sentiasa dekat denganku.Jika kau bukan,jauh dirimu dari aku.Jawapannya terang di mataku.Jauhnya kamu dari ku.Mata ini tak mencari,hati ini tidak memuji dan akal ini tidak fikir tentang kamu.Ada suatu keika,aku ada memerhatikan kamu.Kau sepertinya tidak rela sama kumpulan dengan aku.Salahkah aku sampai berbuat begini?Ataupun kau masih terperangkap dalam masa lampau?Tentang aku dan rakan rapatku.Aku cuba untuk menrungkaikannya,tidak Berjaya.Bijaknya kamu menopengkan wajahmu dari berkata-kata.Walaupun aku ini mungkin penyiasat yang berjaya dikalangan rakanku.Harap kau akan menjelaskan pada kami berdua suatu hari nanti.

Yang Benar,

Anggun Aurora

Ku Simpan Angan Dari JauhWhere stories live. Discover now