Akhirnya

13 2 0
                                    

Akhirnya

9/8/2011

Perasaanku tidak dapat ku ungkapkan apabila melalui peristiwa tersebut.Ku rasa bahagia pabila mu membuka bicaramu,mengalihkan iris matamu kearahku.Jangan salah faham,wahai hati.Bukan dia telah menerima si kerdil ini.Tetapi, disebabkan seorang guru,sebatang pen marker dan sepasang akal sahaja.Hanya berkongsi pendapat dengan semua orang tentang kaunseling.Aku bagaikan tidak mahu tewas bersaing dengannya.Kami berkongsi rasanya tercabar antara satu sama lain.Berbalas pandangan kami tentang tajuk diberi guru.Cukup sekadar itu.Tiada yang menarik.Teruja aku dibuatnya dan akhirnya kecundang rasa kecewa.Mengharapkan dia turut bersama aku menyeberang lautan perasaan.Tak mungkin dia menghadapi situasi hati sepertiku.Mungkin dia hanya mahu menyaingi aku.Almaklumlah,saingi pelajar terbaik di dalam kelas bukankah perkara yang dapat menaikkan martabat seseorang kerana mampu berada diatasnya dan cukup berani untuk merampas gelaran itu daripada sang pemilik kekal gelaran tersebut.Walaupun kau kegemaranku,apa yang sudah menjadi milikku tetap milikku.Aku seorang pendendam.Kau rampas,aku rampas kembali.Tetapi bukan hatiku yang telah mendiami didalammu,aku tidak dapat merampas kembali.Daya tarikan kau sering menarik jika ia menjauh.Membuatkan kita seperti magnet.Kau berlainan kutub dan aku berlainan juga.Cuma kau diam sahaja tetapi tarikan kau sentiasa menguar merapatkan hati ku padamu.Kau mesti berasa jelak.Sekian sahaja coretan ini berakhir untuk hari ini.

Yang Sakit,

Anggun Aurora

Ku Simpan Angan Dari JauhWhere stories live. Discover now