Malam itu sama sahaja seperti malam-malam sebelumnya. Aku, Sazu, Wan dan Alep masih bernafas dalam ruangan empat segi itu, ruang kamar inilah tempat kami beristirehat setelah seharian ke kelas serta penat dengan aktiviti lain. Malam yang asyik seperti biasa dengan gajet dan masing masing bagaikan membawa diri dengan hal peribadi. Sazu seperti biasa dengan sikap peliknya hanya diam sambil memandang tepat ke arah siling. Wan pula di atas tilam berbaring leka membaca bukunya. Alep di atas katil sama seperti malam-malam sebelum ini, setia bergayut dan mengetik telefon bimbit. Aku pula masih di meja mengadap laptop pembelian abah khusyuk bermain game talian. Jangan tidak tahu, permainan simulasi itu bagaikan dadah bagiku.
Waktu malam adalah waktu yang tepat untuk meluangkan masa di hadapan skrin laptop, selalunya selagi tidak rasa mengantuk. Namun malam itu tidak seperti malam yang lain. Sazu yang sering menyendiri tiba-tiba turun dari katilnya menghampiri aku yang ralit bermain game talian, dia jadi ramah bercerita pula, pelik! Terkejut juga aku jadinya. Mamai agaknya budak ni?
"Buat spoil ahh!" rungutku bila Sazu menghampiri seperti orang tanpa adab, bagilah salam dulu kan...?. Malas merungut aku biarkan sahaja dia bercerita seorang diri. Sengaja aku khusyukan lagi diri melayani game talian, sekali lagi Sazu membuat aku terkejut. Palafak! Apahal ditutupnya lampu yang elok elok cerah tadi? Aku yang geram terus memandang tepat wajah Sazu yang samar dari pantulan cahaya lampu luar kamar.
"Nak tutup tu bagitaulah dulu, siotlah ko ni asal ek? tiber-tiber jer malam ni ko aktif semacam?"
Yang lain nampaknya hanya diam tidak berkata apa. Apa tidaknya, Wan sudah pun tertidur manakala alep pula sudah terlelap memegang handsetnya. Aku dilanda tidak sedap hati. Perubahan Sazu yang terlalu ketara malam itu membuat aku tidak selesa. Sazu yang duduk disebelahku terdiam buat seketika.
Kamar masih sengaja dibiarkan gelap.
"Ko tak nak tidur lagi ke?" Sazu bertanya soalan bodoh penuh semangat bila dia kembali bersuara.
"Japgilah aku nak main lagi ni," jawabku sambil mencapai kerusi dan membetulkan posisi.
Dalam keadaan gelap ketika itu, tinggallah aku dan Sazu yang masih berjaga. Dia kemudiannya perlahan lahan berdiri memandang keluar tingkap. Matanya dihalakan pada ke tingkat bawah bangunan yang mengadap bangunan kami, bagai ada benda yang menarik aku perhatikan tetapi malas mahu bertanya. Tidak lama selepas itu, dia memanjat ke katilnya yang terletak di atas katil Wan. Fikirku dia akan terus nyenyak meninggalkan aku damai bermain game talian, malangnya tidak...
"Rajin betul awek tu malam-malam macamni dia jogging.heheheh...," kata Sazu sebaik sahaja dia sedap berbaring di katil. Aku yang sedang khusyuk jadi terhenti seketika, bingkas bangun menuju ke arah tingkap, tercari cari awek yang dimaksudkan. "Awek apa pulak malam malam buta?" getusku dalam hati
"Ko cakap dengan aku ek? Siot lah ko baru bagi tau aku, cun ker tak?" sengaja aku rungut penuh girang sambil mata melilau tercari-cari mana perginya awek yang Sazu maksudkan
"CUN TAPI SAYANG KAKINYA TAK DE.HAHAHAHHAHAHAHHA!!!" Selamba Sazu kuatkan suarannya
Suasana kembali senyap.
Perlahan lahan dengan dada yang berdebar laptop ditutup. Perbualan kami terhenti di situ. Aku mula memaksa mata yang tidak mengantuk untuk lelap. Sebenarnya cara gelak Sazu malam itu masih terngiang-ngiang di telingaku sehinggalah ke hari ini.
YOU ARE READING
Pabila Larut Malam
HorreurSaat malam melabuhkan tirainya, Engkau hadir bagaikan manusia, Ramai sudah lelapkan mata, Adakah aku yang ingin kau temui, Menjelmakan wajah tanpa seri,