Part 2

18 2 0
                                    

"Puih! Kau masak apa ni? Tawar semacam. Kau nak bagi siapa makan ni ha? "

Aina merasa masakannya. Benar, memang tawar masakannya mungkin dia terlupa meletakkan garam. Aina mengangkat mangkuk lauk lalu dibawa ke dapur.

"Oi! Kau tak payahlah nak masak lagi. Aku tak selera nak makan."

Mak cik Seha bangun lalu meninggalkan Aina yang masih memegang mangkuk lauk. Aina mendengus.

"Weh, mana makanan? Aku lapar ni." Tanya fatin. Fatin merupakan adik tirinya selepas kematian ibunya.

"Aina nak masak yang baru punya."

Fatin mengerutkan dahi kemudian tersenyum.

"Uwek! Kau masak apa ni?"

Fatin segera mencapai air untuk menghilangkan rasa yang kurang enak ditekaknya.

"Masak pun kau tak pandai, tak payahlah hidup. Dahlah belajar tak pandai, masak pun lembap. Hidup memang akan menyusahkan orang je." Sempat Fatin menonjol kepala Aina sebelum berlalu pergi.

"Aku akan pastikan hidup kau susah nanti."bisik hati kecil Aina.

semerah bunga mawarWhere stories live. Discover now