Suasana rumah agam Mak cik Seha diselubungi dingin malam. Hanya kedengaran bunyi cengkerik sahaja.
"Aina, tolong mak nak. Jangan buat mak macam ni. Mak merayu." Rayu Mak cik Seha.
Aina hanya tersenyum sinis.
"Aina, kesianlah dekat aku. Tolonglah lepaskan aku. Aku mintak maaf Aina." Fatin mula menunjukkan riak cuaknya.
"Baru sekarang kau nak mintak maaf? Kau dah terlambat. Untuk orang macm korang ni... Memang patut mati!" Jerit Aina.
Aina ketawa mengilai seolah-olah dirasuk. Fatin dari tadi tidak berhenti menangis.
"Seksa yang aku hadapi selama ni... Sakit... Perit... Ada koramg ambil tahu?" Tengking Aina.
"Mak minta maaf Aina. Lepaskanlah mak nak. Jangan apa-apakan kami nak."
Aina terdiam.
"Mak? Mak aku dah lama mati. Kau bukan mak aku. Oh... Kau lupa ker? Sebelum ni kau kata kau jijik dengar aku panggil kau mak! Sekarang baru kau nak mengak kau mak aku?"Aina menarik rambut Mak cik Seha sekuat hati. Pisau diacah-acahkan di depan muka Mak Cik Seha.
"Aku benci korang semua. Korang sendiri yang membuatkan aku gila. Sekarang... Tanggunglah"
"Malam ni, takkan ada seorang pun yang akan terlepas. Semua akan rasa keperitan aku. Hahahaha." Bergema suara mengilai Aina.
"Sorry sayang. I'm late."
"Rizal? Rizal tolong saya. Aina nak bunah saya." Rayu Fatin. Rizal tersenyum.
"Tolong? Boleh. Tolong bunuh korang. Hahahaha... "
Serentak itu Aina Dan Rizal ketawa. Fatin dan Mak cik Seha kebingunggan.
"Apa awak cakap ni Rizal?"
"Selama ni aku cukup tersiksa. Tapi tidak untuk kali ini. Aku bangkit untuk membalas dendam. Kau ingat aku tak tahu tentang diri kau Seha? Aku akan buat macam mana kau buat dekat mak aku." Aina tersenyum puas.
"Kau memang tak guna. Kau perampas." Tengking Fatin.
Aina ketawa mengejek."Macam mana mak kau rampas ayah aku, macam tulah aku rampas Rizal dari kau." Aina bermain pisau di muka Fatin. Kemudian pisau dibenam di pipi Fatin yang gebu. Fatin menjerit sekuat hati apabila darah pekat mengalir tumpah di bajunya.
"Aina!" Mak cik Seha mengelupur ingin melepaskn diri apabila anaknya dicederakan.
Rizal tersenyum puas."Rizal! Tolonglah isteri kau tu. Kau tak kesian ke dekat dia?" Rayu Mak cik Seha.
"Kesian? Perlu ke aku kesian dekat orang macam ni. Selama ni dia ada kesian dekat aku? Ada?"
"Rizal.... Sam.. Sampai hati awak... buat saya macam ni."
"Diam! Kau tak payah nak berdrama depan aku. Malam ni korang semua akan mati. Mati!!"
Aina mengikat mulut Fatin dan Mak cik Seha. Kemudian dia menungkan minyak petrol di sekeliling rumah. Apabila semua tempat selamat dituang, mancis mula dihidupkan. Terbakarlah Fatin dan Mak cik Seha di dalam rumah agamnya sendiri.
***
"Mak, Aina rindu mak. Aina sayang mak. Tapi mak jangan risau, Aina dah bebas dari kesengsaraan. Aina dah tuntut bela nasib mak. Aina dah balas balik perbuatan mereka. Aina janji, lepas ni mereka tak akan ganggu kita lagi mak. Aina sayang mak. Aina pergi dulu mak."Aina meletakkan bunga mawar di atas pusara ibunya. Dari jauh kelihatan kereta hitam menungunya.
"Jom sayang."
Rizal merangkul bahu Aina keluar dari tanah perkuburan. Aina tersenyum puas.
TAMAT...
SORRYLAH KALAU CERITA YANG NI KURANG MENARIK. MOHON KOMEN YE😍

YOU ARE READING
semerah bunga mawar
Mystery / ThrillerSeorang gadis yang tidak pernah mengenal erti kasih sayang telah bangkit dengan dendam yang baru. Dendam yang akan menebus segala keperitan yang dirasai seumur hidupnya. Langkah demi langkah siap diatur demi memuaskan rasa hati.