#2 NORMAL

12 2 0
                                    

1 jam kemudian

Setelah melalui sebatang jalan tanah yang sempit dan panjang, dan menyusuri sebatang sungai yang cukup lebar, akhirnya mereka tiba di tapak perkhemahan dengan perkataan 'wah' terucap pada mulut mereka.

Lokasi itu sebenarnya tempat pelancongan yang mempunyai beberapa buah chelet, kafe, dewan mini dan taman mini.

Pemandangan sungai dan air terjun menarik para pelancong. Namun, nasib tempat itu kurang pelancong. Tidaklah sesak semasa mandi nanti.

Pak cik Bernard dan seorang lagi pemuda lingkungan 40-an,iaitu pemandu van barang-barang mereka, meletakkan kelengkapan enam remaja itu di atas rumput. Setelah beberapa minit berehat, mereka meminta diri untuk pulang. Tidak lupa juga nasihat yang diberikan oleh pak cik Bernard kepada remaja-remaja itu untuk menjaga diri dan meminta anaknya, V, untuk menghubunginya jika terdapat masalah.

Perlahan-lahan kelibat pak cik Bernard dan pemuda itu hilang di sebalik semak-semak yang tinggi.

Kemudian,mereka merayau-rayau sekitar kawasan perkhemahan untuk mencari keadaan tanah yang sesuai untuk mendirikan khemah.

"Aku rasa kat sini sesuai sebab bersih dan teduh sikit. "Kata L sambil memerhati sekelilingnya lalu direspon 'ok' daripada rakan-rakannya.

Mereka mula mendirikan khemah yang mampu memuatkan 6 orang yang terdiri daripada dua helai plastik tebal sebagai alas dan bumbung serta dua helai plastik tebal yang sederhana besar untuk menutup laluan keluar masuk mereka.

V terlihat seruntuhan bata merah berdekatan sebatang pohon. 'Mungkin digunakan untuk projek pembinaan. ' katanya dalam hati apabila terlihat sebuah asas bangunan yang kelihatan seperti projek tergendala.

Dia mengambil bata-bata itu untuk membuat tempat pembakaran yang kecil.

"Yang perempuan memasak, lelaki pula cari kayu api untuk satu malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yang perempuan memasak, lelaki pula cari kayu api untuk satu malam. "Arah L setelah berpuas hati dengan keadaan khemah mereka. Yang lain hanya menurut arahannya.

Setelah itu, seperti yang biasa orang lain lakukan, mereka menyusun barang-barang, mencari kayu api, memasak dan berborak.

Jam demi jam berlalu,bulan mula menunjukkan rupa. Mereka bersiap sedia untuk memasuki kawasan air terjun. Ketiga-tiga lelaki terus terjun ke dalam air manakala perempuan-perempuan perlahan-lahan memasuki air.

"Kau kenapa termenung je dari tadi aku tengok? Ada masalah? "Soal Mar kepada Rauda,sahabatnya dari tingkatan tiga. Req berenang sedikit jauh dari mereka. Rauda menghela nafas berat.

"You know kan, ayah aku. Dia nak aku teruskan bisnes ni sedangkan aku nak try bidang yang lain pula. "Jawab Rauda dengan nada kecewa.

"Well, kenapa tak cakap je? Ajak ayah kau bincang baik-baik. "Cadang Mar selepas berfikir dengan rasional.

"Dah cakap dah kelmarin. Pastu dia marah. Ayah aku harapkan aku je sedangkan abang aku kat rumah. Aku tak faham la."Jawab Rauda kali ini dengan nada marah.

"Aku tak tau nak cakap apa sebab aku tak pernah lalui situasi kau. Tapi yang paling penting, kau kena sabar okey? "Balas Mar.

Mar ialah seorang remaja perempuan yang sering kali menjadi pendengar setia kepada masalah Rauda tatapi dia seorang yang tidak reti memberi nasihat sebelum dia sendiri yang merasai kesakitan yang dirasai orang itu.

"It's okay. Aku bersyukur sebab kau sudi pinjamkan telinga kau untuk aku sampai bernanah telinga kau kan? "Gurau Rauda dengan senyuman. Mar tergelak mendengarnya.

"Pandai kau lah. Lagipun, that is what friend should do, right? Untuk sekarang, tak perlu fikirkan sangat hal tu. Yang penting, kita enjoy masa yang kita ada sekarang. " ujar Mar dengan bersemangat.

"Yeah. You're right. "Balas Rauda.

Mereka diam sejenak sebelum berenang ke tempat yang agak dalam.

Profil watak
Name/gelaran : Maryone/Mar
Umur : 18 tahun
Tinggi : 156 cm
Kelebihan : kreatif, sudi mendengar masalah, cepat belajar
Kelemahan : tiada kemahiran menggunakan senjata
Posisi : penjaga bekalan makanan, pembuat alatan keperluan
dan senjata

ZOMBIEWhere stories live. Discover now