2

148 16 43
                                    

Nampaknya sampai sini sahaja riwayat aku. Aku memejam mata dengan harapan agar  dapat kurangkan kesakitan. Walaupun aku tahu semuanya hanya mitos kanak - kanak sahaja. Huhu.

"Tunggu! Jangan apa - apakan dia," jerit Eve sambil memeluk lelaki berkaca mata hitam itu.

Syukur!

Aku terus membuka mata. Dapat aku lihat dia tergamam sebentar. Mungkin dia terlupa yang Eve ada bersama - sama mereka. Okay untuk kali ini , kau lah penyelamat aku Eve. Aku tarik balik kata - kata aku di bab satu semalam.

Wajah pemuda yang digelar Sunny itu terus bertukar ceria membuatkan aku sedikit meremang.

Seram

"Eh apa - apa kan dia? Tak ada lah..mana ada kan Starry kan?" Sunny acah Innocent.

Starry hanya mengangguk setuju. "Ya betul tu Sunny." Dia segera mendekati Sunny lalu berbisik, "Kau pergi tunjuk aksi ganas kat dia asal? Mati kita kalau Bapak tahu," bisik Starry.

Walaupun berbisik aku dapat dengarnya dengan jelas. Aku dapat kesan wajah Sunny mula berubah. Bapak? Baju punya smart acah barat begitu tapi panggil ayahnya 'bapak'?

Aku mula tersenyum. Otak aku ligat mengutuk mereka. Sungguh mak cik bawang berlegar - legar di dalam kepala.

Terus sahaja Sunny mendukung Eve membuatkan Eve tergamam. Aku hanya melihat daripada tepi. Kan bagus kalau ada bertih jagung. Hihihuhuhoho.

"Eh apa ni? Eve dah besar lah!" kata Eve dalam nada terkejut. Starry menyumbat gula - gula kapas ke dalam mulut Eve. Eve menelannya dengan bahagia. Dia terus tidak jadi untuk memberontak.

"Itu semua hanya lakonan sahaja ye Eve," kata Sunny dengan baik.

Pftt...lakonan benda?

"Ya,jangan beritahu bapak yg mengenai ini hehe. Eve sayang kami kan?" tambah Starry. Eve hanya mengangguk. Setelah Eve berpuas hati dengan gula - gula kapasnya, Sunny menurunkan Eve ke bawah. Kemudian mereka memandang kearah aku yang telah dipinggir selama beberapa minit. Aku lupa bibir aku mengukir senyuman. Yang paling teruk aku sedang tersenyum mengejek. Aku cuba seriuskan wajah aku namun tak boleh sebab drama di hadapan aku ini sungguh mencuit hati.

Tetapi Drama di hadapan mata aku ini juga lah cukup menjelaskan yang mereka dalam keluarga harmoni, mungkin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tetapi Drama di hadapan mata aku ini juga lah cukup menjelaskan yang mereka dalam keluarga harmoni, mungkin...

Alangkah untungnya ~

"Oi budak!" panggil pemuda yang digelar Sunny tadi. Muka ganas tapi alahai comelnya nama. Kali ini dia sendiri buatkan aku teringat kembali. Akhirnya tawa aku meletus.

"Hahaha! Maaf! Maaf! Hahahaha!" ujar aku.

"Siapa suruh kau ketawa?" tambah pemuda yang digelar Starry pula. Serius, nama diorang sangat comel.

"Hahaha!" aku terlepas ketawa sekali lagi. Mereka tersenyum sinis. "Jangan cabar kami budak..."

Aku terus menutup mulut aku. Tahniah kau baru sahaja cari nahas Ryuga oi ! Oh ya? Nama aku Tanaka Ryuga. Selamat berkenalan. Dan jangan risau aku bakal mati sebentar lagi. T.T

Starry sudah siap sedia mengempalkan buku lima dia membuatkan aku terkedu. Wajah mereka menganas. Aku berundur ke belakang sambil menutup mulut aku.

"Siapa nama kau hah?" soal Sunny mencerlung tajam ke mata aku.

"Errr.. Nama ...Ryuga," jawab aku terketar - ketar. Baru sahaja Sunny ingin membuka mulut, bajunya ditarik daripada belakang.

"Abang?" tegur Eve. Mereka tersentak lalu berpaling, wajah cuba dimaniskan. "Ya Eve sayang?"

Eve kembali tersenyum lalu menguis kaki di ke tanah. Starry dan Sunny mula berpandangan. Setiap kali Eve ada permintaan pasti dia akan menguis tanah dengan kakinya.

"Eve rasa nak bawa Ryuga makan malam sebagai tanda terima kasih," minta Eve.

Sunny dan Starry terkejut. Begitu juga aku.
Apakah? Kenapa? Tidak?? Bunuh sahaja aku, jangan seksa aku begini. T.T

"Selamatkan? Budak ni?" kata Starry memperlekehkan aku.

"Ya," kata Eve malu - malu.

"Tapi...kita kena tanya bapak dulu Eve," kata Sunny.

Ya, ya. Betul tu. Saya sokong!

Namun aku tak mampu berkata - kata secara zahirnya.

Eve membuat muka comel. Sunny memandang Starry. Starry menghela nafas panjang. Mereka tiada pilihan.

"Baiklah," Sunny mengeluh. Eve terus ceria.

"Tidak!" aku terjerit. Mereka semua memandang aku serentak.

"Tidak?"

"Haha, tak perlu balas, saya ikhlas ,lagipun saya tak buat apa - apa pun. Dan malam ni saya ada banyak hal, saya kena lawan megatron raksasa demi kesejahteraan dunia. Ok selamat tinggal!" tutur aku selaju mungkin. Aku tak nak ada kaitan dengan mereka. Aku dapat rasakan bala mendatang. Selepas ucapkan selamat tinggal aku terus membawa diri

Selangkah, dua langkah tiga lang....

Ada tangan diletakkan dibahu aku. Badan aku diheret ke dakapan dia. Satu bisikan bergema...

"Kau nak pergi mana ye budak?" bisik Starry. Gulp.

Aku memandang Starry lalu tersenyum kelat. "Nak Balik?"

"Ryuga tak sudi ke?" tegur Eve dengan suara perlahan.

Aku berpaling kembali ke Eve. Sunny yang berada di belakangnya memandang tajam kearah aku . Erk...

"Tak apa lah," kata Eve. Sunny yang sudah tersenyum sinis sambil membuat isyarat ingin memenggal kepala aku.

"Tunggu! Saya sungguh tak sabar ke rumah Eve hahaha."

Starry dan Sunny berdiri bersebelahan sambil tersenyum sinis.

Ini lebih teruk daripada sebelum ini.

Ini lebih teruk daripada sebelum ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Starry and Sunny)


Aku Bukan Mafia (TIC)Where stories live. Discover now