4

117 16 55
                                    

Suasana kekok sepanjang dalam kereta. Sunny dan Starry telah selamat ke kolej mereka. Nasib aku baik tidak berada dalam satu kereta yang sama dengan mereka.

...

"Abang dah call pak cik Wan untuk jemput kamu berdua. Maafkan abang sebab tak tak boleh hantar Eve," ujar Sunny. Dia kelihatan sedih. Hatinya sudah menyumpah pensyarah yang membuat kelas secara tiba - tiba itu.

"Cis pensyarah ni pun satu, kita ponteng je lah Sunny, aku tak percaya budak ini," sambung Starry. Mata dia tajam memanah ke mata aku. Seram siot.

"Tak! Mana boleh! Eve beritahu bapak," ujar Eve. Terus berubah riak wajah Sunny dan Starry.

"Okay kamj pergi. Jangan beritahu bapak," ujar mereka serentak.

Aku tertanya - tanya siapakah 'bapak' yang boleh buat mereka takut sebegini.

Persoalan tanpa jawapan.

Selepas kena bebelan Eve, mereka ambil keputusan untuk hadir ke kelas itu walaupun hati mereka tidak rela. Mulanya aku rasa lega tapi mustahil untuk mereka lupa.

"Ingat, kau sentuh adik kami..," kata Sunny.

"Mati sahaja pilihan yang kau ada." sambung Starry. Sebelum mereka beredar.

Haih...

Bila semua ini mahu berakhir? Sedang asyik mengelamun, aku tidak sedar yang kami telah pun sampai ke kawasan yang agak sunyi yang hanya ditemani dengan pokok - pokok sahaja.

Aku mula cuak dan aku turut curiga. Mereka nak buat apa dengan aku di tempat sunyi ini? Penggal? Tikam? Kerat? Rebus?

"Jangan risau," ujar Eve sambil tersenyum. Melihat senyumannya buatkan aku sedikit tenang.

Siapa sebenarnya Eve ini? Aku memandang Eve dan sekali lagi hanya satu senyuman diterima aku sebagai balasan.

Keadaan yang penuh dengan pokok - pokok itu mula cerah , daripada jauh aku dapat lihat pagar utama yang tertera 'TIC' .

"Yeay! Kita dah sampai!" ujar Eve ceria. Aku melihat luar melalui tingkap kereta. Tiada apa melainkan padang rumput yang luas dan kosong. Nampak kemas dan terurus seolah ada yang menjaganya. Kereta masih bergerak.

"Kau tipu, mana ada rumah kau pun?"

"Adalah! Kita dah sampai !" Eve berang apabila dipanggil penipu. Eve menunjuk jarinya ke hadapan. Aku dapat lihat satu bangunan yang agak besar.

Wah...

"Berada di nun jauh sana... Ini baru halaman rumah aku. Kau ni macam tak pernah tengok halaman je?" kata Eve sambil menyilangkan tangannya. Dia ketawa kecil.

Huh? Dia riak ke apa ni?

Halaman rumah apa besar ini. Kepala hotak dia. Halaman rumah aku seciput je. Dia cakap macam ini semua normal. Menyampah aku dengan spesisi kaya ini.

Aku nak merajuklah macam ini namun sebelum merajuk aku sampai , pintu kereta sudah pun dibuka terlebih dahulu.

Misi gagal.

Aku Bukan Mafia (TIC)Where stories live. Discover now