SURVIVE

100 5 3
                                    


Malam sudah semakin larut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam sudah semakin larut. Keadaan udara sekitar kawasan tersebut semakin lama semakin dingin auranya. Bulan penuh kelihatan terpacak tinggi nun di dada langit yang sudah lama bertuka menjadi gelap. Sesekali akan terdengar bunyi burung hantu bersahut-sahutan sambil diselangi dengan bunyi libasan kepaknya. Irama sunyi yang dialunkan oleh cengkerik di sebalik rumput juga turut kedengaran di telinga. Nyamuk? Jangan ceritalah, lagilah banyak dalam keadaan yang serba gelap macam ini.

Lampu hijau NVG (Night Vision Google) yang dipasangkan di topi pelindung mereka sedikit sebanyak membantu di dalam menjelaskan penglihatan mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan malam yang sememangnya membataskan jarak pandangan mata mereka itu. Senjata api yang dimiliki oleh setiap seorang daripada mereka digenggam erat sambil dihalakan ke arah hadapan mereka. Peluh dingin yang menitik serta mengalir di wajah tidak langsung dipedulikan. Kesemua mereka kelihatan sedang duduk dalam keadaan bersiap sedia. Ada yang duduk dalam keadaan merangkak di dalam lubang kubu (foxhole) yang telah dikorek ala kadar dan ada juga yang mengambil posisi crouching.

"Baseplate this is Tiger 1...I repeat this is Tiger 1..Do you read me, over?" salah seorang daripada parajurit yang bertugas sebagai operator radio kelihatan sedang cuba menghubungi headquarters. Namun ternyata hanya bunyi statik sahaja yang menjadi jawapan.

"Macam mana Roslan, kamu dapat hubungi sesiapa?" Leftenan Mikhail bertanya sambil menyangkung di sisi kiri Kadet Roslan.

"Negatif tuan. Langsung tak dapat apa-apa. Dah banyak kali saya cuba tapi tetap begitu juga. Nothing but static." Kadet Roslan memberikan maklum balas dengan nada suara yang sedikit berbisik.

Leftenan Mikhail terdiam. Peluh yang merenek keluar daripada pori halus dahi beliau yang luas itu kelihatan mengalir turun sebelum terperangkap di sebalik jaringan halus jambangnya yang agak lebat itu. Kedua biji matanya yang biru di retina itu sesekali bergerak ke kanan dan kiri, cuba untuk mencari solusi yang tidak pasti. Mindanya cuba diperah dengan sedaya yang mungkin. Namun di akhirnya hanya jalan buntu sahaja yang ditemui. Sesekali beliau menanggalkan topi yang dipakai di kepala lalu dikibaskan sedikit bagi memberikan sedikit rasa sejuk pada dirinya.

Jam tangan GShock yang di pergelangan tangan kanannya ditenung semula. Shit! Langsung tiada apa-apa. Nombor yang menunjukkan waktu pada ketika itu tidak tertera langsung. Kosong dan hampa. Bukan itu sahaja malahan kompas dan juga alatan elektronik tentera yang lain juga turut mengalami kerosakan yang diluar jangkaan. Sedangkan beberapa jam sebelum itu segalanya beroperasi dengan baik sahaja. Namun kini usahkan radio, jam digital juga tidak berfungsi dengan betul. Seakan-akan ada gangguan yang bersifat mikro di kawasan ini.

"Tuan Mikhail, saya memohon untuk bertanya kepada tuan boleh?" Kadet Roslan bertanya. Leftenan Mikhail hanya mengangguk sahaja sebagai tanda membenarkan sambil matanya memandang ke arah anak buahnya itu.

SURVIVEWhere stories live. Discover now