Part 1

45.1K 208 16
                                    


Dikisahkan pada zaman dahulu kala terdapat golongan manusia yang menuntut ilmu persilatan sehingga mampu menguasai bermacam-macam kebolehan seperti melayang di udara, berlari di atas air, mampu bergerak dengan kelajuan yang pantas dan lain-lain. Namun tidak semua golongan yang bergelar pendekar ini menggunakan kebolehan di jalan yng benar. Ada yang menuntut ilmu persilatan semata-mata untuk melakukan kejahatan dan kerosakan sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat jelata dan menyebabkan nama baik golongan pendekar lain tercemar. Golongan yang terpesong ini telah menyebabkan kerajaan yang memerintah mengharamkan semua perguruan dan kumpulan persilatan dan memburu sesiapa sahaja yang menuntut ilmu persilatan.

Satu nama yang telah menimbulkan aib dikalangan para pendekar dan menyebabkan mereka amat membencinya. Dialah PERTAPA CABUL. Tiada siapa yang tahu nama sebenarnya dan asal-usulnya. Dia mempunyai ilmu persilatan yang tinggi setaraf mahaguru namun menggunakannya untuk melakukan jenayah pemerkosaan kepada wanita-wanita. Tindakan sewenang-wenangnya itu telah menyebabkan rakyat jelata memandang serong kepada semua pengamal ilmu persilatan dan menimbulkan kebencian di hati para pendekar lain.

Pertapa Cabul merupakan nama yang amat dibenci oleh para pendekar yang lain...

Terdapat satu kumpulan perguruan persilatan yang bernama MELATI PUTIH. Kumpulan tersebut diasaskan oleh seorang pendekar wanita yang memiliki nama yang sama iaitu Melati Putih. Perguruan tersebut hanya menerima murid dari kalangan wanita dan hanya memiliki 7 anak murid kesemuanya terdiri dari kalangan gadis muda. Mereka ialah Seroja, Mawar, Cindai Biru, Cindai Ungu, Anggerik, Sutera dan Suria. Suria adalah murid sulung manakala Seroja adalah murid bongsu. Cindai Biru dan Cindai Ungu adalah adik beradik kembar.

Melati Putih sentiasa menasihatkan semua anak muridnya supaya tidak menyalahgunakan ilmu persilatan mereka malah sentiasa memberikan tugasan untuk membantu dan melindungi mereka yang memerlukan seperti melawan perompak-perompak dan para penjahat yang mengganggu ketenteraman. Masyarakat sekeliling memandang tinggi kepada mereka namun itu tidak menghalang daripada pihak kerajaan memburu mereka atas alasan keamanan. Walaubagaimanapun sebahagian pihak kerajaan menutup mata dan telinga sekiranya mendapat tahu Perguruan Melati Putih membantu penduduk kampung daripada anasir-anasir jahat.

Mereka juga pernah berjaya menghalang Pertapa Cabul daripada merperkosa seorang gadis sehingga menyebabkan Pertapa Cabul amat berdendam kepada mereka. Pertapa Cabul sentiasa menantikan peluang untuk merasai tubuh gadis-gadis Perguruan Melati Putih.

Pada suatu ketika Seroja, Cindai Ungu dan Anggerik sedang mandi sebatang sungai. Mereka hanya memakai kemban dan sekiranya ada lelaki yang dapat melihat kehalusan kulit dan wajah mereka pasti akan terpegun dan terpesona. Cindai Ungu dan Anggerik mahu berganjak pulang namun Seroja ingin tetap terus mandi di sungai itu.

"Ayuhlah kita pulang Seroja. Nanti guru dan saudara yang lain bimbang kalau tahu kau bersendirian di sini" kata Anggerik.

"Aku masih ingin mandi Kak Anggerik. Usahlah kau bimbang. Sudah nanti aku menyusul" balas Seroja.

"Hati-hati Seroja. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya" Cindai Ungu sudah siap mengenakan pakaiannya.

"Apa yang harus dirisaukan Kak Ungu. Tempat inikan tiada siapa yang tahu melainkan kita bertujuh" Seroja terus memujuk.

Anggerik dan Cindai Ungu tidak dapat memaksa Seroja dan terus pulang meninggalkannya di sungai itu. Selepas ketiadaan mereka, Seroja menanggalkan kain kembanya dan terus berenang-renang dalam keadaan telanjang. Sememangnya kegemaran Seroja untuk berenang sendirian dalam keadaan telanjang kerana yakin tiada siapa yang melihatnya.

Namun jangkaan Seroja tersilap. Pertapa Cabul sebenarnya telah berjaya menjejaki tempat Perguruan Melati Putih namun tidak mengambil sebarang tindakan kerana khuatir tidak dapat melawan Melati Putih dan ketujuh-tujuh anak murid dengan berseorangan. Dia hanya menunggu peluang mereka tidak bersama dan akhirnya hajatnya telah tiba. Dia telah memerhatikan Anggerik, Cindai Ungu dan Seroja sejak awal dan apabila memandang mereka mandi, nafsunya bergelora. Dia tidak bertindak tergesa-gesa kerana tidak mahu memandang rendah gandingan gadis-gadis muda itu. Pertapa Cabul memerhatikan Angerik dan Cindai Ungu bergerak pulang sehingga hilang dari pandangan.

Pertapa CabulWhere stories live. Discover now