Kau, kau kawan aku tau.
Walaupun kita sudah tidak bertegur sapa seperti dahulu.Aku tetap kenangkan kau selalu.
Aku tetap rindukan kenangan.
Aku tetap rindukan kenangan kita bersama dahulunya dengan penuh gelak tawa, gaduh macam budak-budak, segalanya.Kerana satu kes salah faham, kita berpecah.
Masing-masing membawa haluan sendiri dan menghilang.
Satu hari kau muncul menegur aku tetapi dengan identiti palsu, tapi kau lupa yang aku masih mengenali cara kau menulis dan sebagainya tapi aku sengaja tidak pedulikan.
Aku cuma nak cakap, kalau kau sedang baca karya aku ini. Aku nak bagitau, mungkin kau ingat aku sudah tidak pedulikan kau, tidak pernah bertanyakan khabar dan sebagainya atau kau sebenarnya tidak kisah pun.
Tapi kalau itu sangkaan kau, aku nak perbetulkan apa yang salah.
Aku tau mungkin-- tak.
Aku tau memang aku salah.
Aku tau, kau masih nak berhubung dengan aku.Jadi kau tidak perlulah sembunyikan identiti kau yang sebenar.
Terpulanglah kau masih mahu rahsiakan atau tidak. Itu hak kau.
:)
YOU ARE READING
Words ✔
ChickLitJust my random words dan luahan hati yang tak seberapa. Ada beberapa ayat, aku ambil dari Google. :) Written by @fthni03. Started: 09012018 End: 27042018 Highest rank: #16 IN CHICKLIT #3 in words