satu

17 1 0
                                    

Aku melajukan lagi langkahku untuk menuju ke kantin. Budak lelaki yang melaporkan kejadian itu tadi mengikutiku dari belakang. Dari jauh aku lihat ramai orang berkumpul dan bersorak.

" Muhammad Arsyad!! Furqan Shah!! " jerit aku dari jauh tanpa mempedulikan orang lain. Secara serta-merta orang-orang yang berkumpul tadi memberi ruang kepada aku untuk melalui.

Terdapat dua orang pelajar lelaki yang sedang bertumbuk. Kedua-duanya sangat dikenali di sekolah atau lebih tepat di bilik displin sekolah. Ianya kerana mereka berdua sering membuat masalah di sekolah.

Tapi ada satu perkara yang memghairankan aku, mereka berdua ini ialah kawan baik. Mengapa tiba-tiba bergaduh pula? Kataku di dalam hati.

" Dia milik aku, bodoh! " laungan Arsyad mengembalikan aku ke realiti.

" Siapa kata dia milik kau?! " balas Furqan tidak mahu mengalah.

Daripada keadaan jadi keruh lebih baik aku bertindak. " Woi!! " jeritan aku membuatkan mereka memandangku.

Secara tiba-tiba mereka berdua berjalan ke arahku.

" Lysa. Aku nak tanya kau, antara aku dengan Furqan kau pilih siapa? " soalan apakah ini?

" Jawab Lysa! " jerit mereka berdua serentak.

" Apa yang korang merepekkan ni, hah? Aku tak akan pilih sesiapa pun. Pergi bilik displin sekarang! "

Mereka berdua akur akan
arahan aku.

Aku melihat pelajar-pelajar yang setia menonton dari tadi. " Korang masuk kelas sekarang!! " Dengan segera mereka melangkah pergi kerana gerun akan aku.

Ya, aku ialah ketua pengawas dan contoh pelajar ikutan sekolah kerana akedemik dan sahsia aku yang terbaik. Aku juga disegani oleh pelajar-pelajar. Mereka juga mengeruni aku disebabkan sikap panas baran, tegas, dingin dan pemarah.

Aku membawa langkah untuk ke bilik displin. Cikgu Aifah, guru displin memberi kebenaran dan kepercayaan kepada aku untuk menyelesaikan masalah pelajar yang bermasalah.

Aku membuka pintu bilik displin dan melihat mereka berdua sedang 'beramah-mesra' bersama Cikgu Aifah kerana kejadian tadi. Aku duduk di kerusi yang hanya disediakan khas untuk aku dan merenung mereka berdua.

Hampir setiap hari mereka akan datang ke sini disebabkan masalah displin mereka. Tapi yang menghairankan ialah mereka berdua bergaduh?

" Kami sebernanya sukakan Allysa, cikgu. " kata Furqan tanpa malu.

Aku yang sedang menulis nama mereka di dalam buku rekod displin berhenti. Aku memandang mereka berdua.

" Kami nak Allysa pilih diantara kami berdua. " balas  Arsyad pula sambil merenungku tajam.

Apakah? Tanpa melenggahkan masa aku meneruskan kerjaku dan berlalu pergi. Sempat aku melihat seketika Cikgu Aifah seperti serabut memikirkan hal ini.

Aku melangkah menuju ke dalam kelas untuk menyambung pembelajaran yang terganggu tadi. Kenapa perlu memutuskan persahabatan hanya kerana seorang perempuan seperti aku?


————————————————————————————


Aku bermalas-malasan sebentar di atas katil setelah seharian menyelesaikan kes itu tadi.

" Lysa! " langkahku terhenti tatkala terdengar namaku dipanggil.

" Tolong jangan panggil Lysa lagi. Nama aku Allysa bukan Lysa. " Aku tidak suka orang memanggilku dengan panggilan itu kerana ia akan mengingatkan aku padanya. Seseorang yang pernah memiliki hati ini dan juga melukaiya.

" Lysa, saya cintakan awak " tanpa mengendahkan kataku tadi dan terus memanggil dengan panggilan 'Lysa' .

" Jadi? Kau nak aku buat apa? Menangis terharu? Atau balas balik ' saya cintakan awak juga '? " balasku dingin.

" Lupakan dia, Lysa. Jangan butakan mata Lysa dengan orang yang tak cintakan Lysa. Dia tak akan datang kembali " balsnya tanpa terasa dengan kataku tadi.

Aku terdiam. Aku tahu siapa yang dia maksudkan itu.

" Dah la, Arsyad. Aku dah lama lupakan dia. " dalihku.

" Jangan tipu perasaan sendiri nanti diri sendiri yang sakit. Kalau betul Lysa dah lupakan dia, berikan peluang untuk Arsyad. Dan ubah sikap Lysa seperti dulu." Katanya dengan tenang sambil merenungku tajam.

Aku menahan tangisku dari terkeluar. Aku tidak mahu menunjuk bahawa aku lemah. Aku segera meninggalkannya tanpa mengendahkan panggilan darinya.

Kejadian tadi memang membuatkan aku betul-betul terkesan dengan kata Arsyad.

Aku menitiskan air mata buat kesekian kalinya. Aku tak kuat. Aku lemah. Aku hanya berpura-pura kuat sedangkan kekuatanku perlahan-perlahan hilang.

Aku melelapkan mata seketika dan akhirnya tertidur bersama air mata.


————————————————————————————


Aku membuka pintu bilik Allysa. Baru sahaja aku ingin  memanggilnya untuk makan, mata aku tertangkap melihat seorang gadis sedang tidur bersama air mata yang hampir kering.

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan untuk adikku ini. Dia seorang insan yang lemah. Luluh hatinya kerana setiap hari dia akan menjenguk adiknya di bilik dan adiknya akan tidur bersama air mata.

Sejak mereka berdua menjadi anak yatim piatu Allysa jarang bersuara dan senyum apatah lagi ketawa. Ada seorang yang berjaya membuat Allysa seperti dahulu tetapi sekarang ' dia ' sudah pergi. Itu membuatkan Allysa bermuram kembali.

Aku sentiasa ingin membuat adikku bahagia, tetapi apakan daya kalau dia sendiri memilih cara begitu. Buat kesekian kalinya aku mengeluh melihat keadaannya sekarang.

Kalau mama dan papa tahu keadaan Allysa sekarang mesti diaorang sedih dan kecewa.

Maafkan abang, Lysa. Abang tak mampu buat adik abang bahagia seperti 'dia' pernah lakukan.

Aku menutup pintu bilik Allysa dan turun ke bawah. Nampaknya makan seorang lagila, haih.

Beautiful RoseWhere stories live. Discover now