" Allysa! " laung Mikael, abangku dari tingkat bawah.
Haih , ini semua pasal lupa nak kunci jam semalam. Itu la menangis lagi sampai tertidur.
" Ya, sekejap! " jeritku sambil melajukan langkah menuruni tangga.
" Abang dah lambat pergi kerja,tau tak? " Inilah abang aku sngat menepati masa walaupun dia ialah boss. Baginya masa itu sangat berharga dan hendaklah digunakan sebaiknya.
" Takpe lah. Kalau abang dah lambat, pergi je. Allysa pergi naik grab or uber. " Harini aku merancang untuk membeli-belah dan menonton wayang di mall.
" Mana boleh! Tak selamat tau tak? Abang sayang adik abang sorang ni. Nanti jadi apa-apa macam mana? " tanyanya sambil membuat muka comel.
Nak keluar seorang ni pun,kena jawab beribu soalan. Apatah lagi nak naik grab pula.
" Eh, tak payah nak buat muka macam tu sangatlah. Pekerja abang pun belum nak bangun tidur, abang dah tercongok dalam bilik tu. Siapa boss? Siapa pekerja? " bebelku tanda tidak puas hati.
" Yelah. Abang pergi kerja lambat harini. Dah jom! " balasnya selepas meneguk air kopi buat kali terakhir sebelum bangun dari tempat duduknya.
Aku membuntuti langkahnya dari belakang.
" Mak Leha! Saya dah nak pergi ni. " laung abangku kepada pembantu rumah kami.
Aku memandang Mak Leha yang sedang berlari-lari anak ke pintu utama.
" Baik, tuan. "
————————————————————————————
Di dalam perjalanan, kami hanya mendiamkan diri. Aku memandang ke luar tingkap sambil mengelamun seketika.
Bagaimana keadaan dia sekarang? Dia bahagia ke tanpa aku? Haih, mestilah dia bahagia kalau tak buat apa nak tinggalkan aku.
" Allysa! " jerit abangku menyentakkan lamunanku.
" Ha ye. " balasku dengan malas.
" Tolong lupakan dia. " ujar Mikael sambil melihatku seketika sebelum melihat ke hadapan.
" Lupakan siapa? " tanyaku sedangkan aku tahu siapa yang dimaksudkan itu kerana dia sering menyuruhku melupakannya.
" Jangan pura-pura tak tau. Abang kenal adik abang. Abang tahu Allysa tak kuat nak hadapi semua ni. Jangan tipu diri sendiri, takut nanti hati itu makin berdarah. Tolonglah. " balas abangku panjang lebar.
Aku hanya memilih untuk mendiamkan diri. Jujur aku katakan aku sendiri tak kuat, lemah. Walau berapa kali aku katakan kepada abangku tetapi aku tak dapat menipunya apatah lagi hati sendiri. Luka di hati yang dah lama berdarah tanpa henti mengalir.
" Abang harap adik boleh lupakan dia. Abang tak bermaksud terus melupakan dia tapi jadikan itu sebagai masa silam. Jangan kerana dia adik tak boleh terima sesiapa lagi dalam hidup Allysa. Ramai lagi yang boleh membahagiakan Allysa seperti dia pernah lakukan. Abang ada, Lysa. Abang tak pernah larang Allysa bercinta sebab abang tahu adik dah besar. Apa salahnya beri peluang kepada orang lain yang sentiasa menunggu Allysa? Hurm? " ujar Mikael panjang lebar.
" Lysa tak bersedia lagi. Jangan paksa Lysa. " balasku tanpa memandangnya lagi.
" Aku janji aku tak akan tinggalkan kau! "
" Betul ke? Kenapa kau selalu layan aku macam ni sedangkan orang lain kau dingin? " hairan,ini bukan kali pertama aku bertanya aku bertanya. Dia tidak pernah memberi sebarang jawapan.
YOU ARE READING
Beautiful Rose
Romantikpertemuan yang tidak diduga oleh dua insan. " Tak perlu berjanji manis jika hanya pandai memungkiri janji dan akhirnya menyakiti " - Allysa Balqish " Masa lampau mengajar kita untuk menjadi lebih baik bukan untuk mengelapkan masa hadapan. "...