ISTERI UNTUK DIA
✨Everything i've never done , I want to do with you✨
[TENGKU IRDINA]kepala aku hanya serabut memikirkan tentang apa yang telah papa katakan semalam , habis semua kerja aku tunda pasal tu! Dah tahap boleh pecah kepala otak dah ni .
" Aish , kau ni ye pun termenung tak payah lah sampai abaikan aku yang ada dekat depan mata kau ni , alone tahu tak kesepian aku " ujar Mellisa sambil memuncungkan bibir .
" Kau takpe lah , takde sape nak paksa kau kahwin , mak ayah kau semua biarkan je kau , aku ni? Belum apa lagi dah kena paksa nak kahwin , aku bukannya taknak kahwin tapi tu lah aku tak ready lagi , bukannya aku tolak mamat tu terus pun , dah cakap dah nak kawan , aish!" bebel aku .
" Alaa kau chill sudah lah , kau tarik je masa panjang biar kita tengok berapa lama mamat tu boleh tunggu kau , lagi pun kau kenal dengan Khairul dari kecil lagi kan , takkan lah takda cinta yang berputik ? " Tanya Mellisa .
" kau fikir ni drama ? Kenal dari kecil lepastu jatuh cinta and bla bla bla , aku takde masa lah nak bercinta tu , lagi pun aku ada banyak kerja nak buat , kalau bercinta ? Nanti mula lah cakap yang perempuan ni selalu buzy dengan kerja lah takde masa nak bagi perhatian kat diorang lah , tak berdarah telinga aku dengar wey ? Rimas ! " ujar ku , memang betul pun lelaki ni bukan boleh diabaikan sikit , mula lah dia nak buat ayat 10 sen tu ! .
" alaa kau ni bukan semua lelaki macam tu okay ! Lagi pun ada je yang faham dengan kerjaya doktar ni , macam khairul , sampai sekarang kau tak call dia tak layan dia tapi dia ? Okay je dengan kau aku tengok layan kau pun baik je , tak kisah pun pasal kau buzy " Ujar Mel tersenyum , dia pun memang ada hati dengan Khairul tu , yela lelaki handsome camtu siapa je tak minat ? Kecuali aku , ewwwww .
" kau tahu tak aku serabut? Lagi serabut dengar ayat kau tu ! Dah lah aku nak pergi lunch kau nak ikut tak? " soalku terus bangun dari kerusi .
" tukar topik eh ? " gadis itu ketawa kecil , aku memandangnya tajam , " kau nak aku belanja ikut if taknak sudah ! Aku lanja mamat bangla tu . Ujar ku sambil memuncungkan bibir ke arah seorang pesakit asing yang sedang menunggu giliran di kerusi .
" Ehhh ! Kau berani lanja mamat tu tanpa lanja aku , aku sekeh muka kau ! " . Kata Mell terus bangun . Kami terus turun ke kafe dibawah dan selepas memesan makanan kami mencari tempat untuk duduk akhirnya kami duduk di meja tengah kafe itu .
" Kau tahu tak ? Kau lah sahabat paling baik yang pernah aku ada wey !" Ujar Mellisa seusai kami melabuhkan punggung di kerusi kafe itu .
" aku belanja kau puji aku , aku tak belanja kau, cakap aku kedekut tahi hidung masin bagai , jangan sampai aku sembelih kau buat tempoyak dekat sini eh" ujar ku menjeling sekilas ke arah Mel .
" Kau nak sembelih aku ? Chill dulu tunggu raya haji nanti , aku tulis surat siap-siap supaya ada bukti yang kau sembelih aku ! So takde lah aku mati sia-sia kan ? Hahahahahahahahahahaha " Ujar Mel sambil ketawa kuat , hampir separuh kafe tu boleh dengar kut? .
" Wey cover sikit lah gelak tu , aku rasa lawak kau tu bukan lah lawak mana pun yang nak gelak macam kena sampuk kenapa ? Seram sejuk aku duduk sini " kata ku selepas menampar pipi Mellisa sekuat hati aku .
" Woi ! Sakitlah mental ! Merah pipi aku ni kau tengok " ujar Mel sambil mengosok pipinya yang kemerahan itu .
" Haaa tu padahnya , rasakan tamparan hulk aku tu " ujar ku sambil mengangkat kening .
" sakan borak ,Boleh join ? " suara lelaki menyentakkan kami berdua , terus kami memaling ke belakang untuk melihat figura siapakah itu .
" Oh kau Nizam , kau buat apa kat sini ? " Tanya Mellisa apabila dia sudah mengenal pasti wajah lelaki itu .
" Aku datang nak jumpa buah hati aku yang macam bidadari ni lah " Ujar Nizam sambil mengenyitkan mata kepada ku .
" Eh kau elok sikit ah , bila masa pula aku buah hati kau ! Jangan perasan lah wey ." kataku , mataku tepat merenung tajam memandang lelaki itu .
" Alaa , kau buah hati aku okay ! Satu hari kau tetap akan jadi milik aku juga Irdina . " ujar lelaki itu tersenyum sinis .
" Jangan nak kacau member aku lah , kau Bla, jangan spoil kan mood kitorang boleh ? " Ujar Mellisa , nada suaranya agak tinggi , ye memang aku dengan Mellisa tidak suka akan lelaki ini , hanya kerana perangai buaya daratnya .
" Ala kau , aku cakap dengan buah hati aku ni , jangan kacau ah " kata lelaki itu .
" aku buah hati kau ? Aku rela bercinta dengan mamat nepal tu daripada bercinta dengan kau "
Kataku sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang membancuh air itu ." Haa kau dah dengarkan penjelasan kawan aku ni ? So baik kau berambus je , lagi satu pergi balik rumah cermin diri tu , pergi buat solat taubat banyak - banyak , fikirlah dah berapa banyak air mata yang mengalir hanya sebab kau , lelaki penipu!" ujar Mellisa kegeraman .
" Eh kau diam lah , lantak aku tu dosa aku ! Ingat Tengku Irdina ! Aku akan pastikan kau jadi milik aku buat selama - lamanya ! " kata lelaki itu terus bangun dan berlalu pergi , riak wajahnya kelihatan agak bengang .
" Belagak je mamat tu , aku harap lah pintu hati dia terbuka untuk taubat " Kata Mel sekali lagi kepada ku . Aku hanya mengiyakan aje , baik duduk dan isi perut lagi boleh buat aku bertenaga nak hadap semua dugaan ni .
×××
31/3/2018.
Sikit je bab ni 😭 best tak story ni ?😏kalau tak best nak unpublish je🙈
YOU ARE READING
ISTERI UNTUK DIA [ COMPLETE ] ✔
Romance" Saya akan tunggu sampai awak dah ready "-Khairul " Jangan sentuh aku lah! Aku jijik dengan kau. " -Irdina " Aku perlu buat Khai jatuh cinta dengan aku balik! Aku tak kan biarkan perempuan tu rampas hak milik aku! "- Sarah Alisya " ingat Ten...