Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan.
"Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri."
Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannnya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu... Atau seseorang?
"Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?" – Lyssa
"Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa..."
– Hafiy
Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya.
Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar.
Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga... Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir!
"Apa kata kita potong bulatan takdir ini?" – Lyssa
"Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!" – Dia
Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting... Mampukah Lyssa melawan Dia?
YOU ARE READING
AKU ADA
General FictionTajuk: Aku Ada Penulis: Syu Ariani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-078-6 Muka Surat : 544 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2018