Bab 1

1.8K 93 7
                                    

Bab 1

BUNYI bising kenderaan yang lalu lalang di tepi laluan penjalan kaki itu langsung tak hinggap ke telinga. Aku rasa seperti dunia ini sedang berhenti berputar. Kaku dengan sendirinya.

Aku kuatkan hati ini. Baru tadi aku kena buang kerja. Sekarang nasib malang aku bertimpa-timpa.

Aku kumpul kekuatan sebelum mendekat pada pasangan yang sedang bergelak tawa mesra itu.

Pedih mata aku apabila si gadis sedang memeluk erat pinggang si jejaka. Sanggup mereka buat aku macam ni!

"Hadi." Aku seru nama itu. Nama yang sedari dulu terpahat dalam hati. Tapi nama itu juga yang sedang memusnahkan segala rasa dalam jiwa aku ini.

Hadi tersentak. Begitu juga wanita di sebelahnya. Mereka serentak menoleh pada aku.

"Eh, Nisa." Lekas wanita itu melepaskan pegangannya pada pinggang Hadi.

"Apa semua ni Hadi? Jiya?" Mata aku mula berpasir. Aku tahu apa yang berlaku. Aku bukan bodoh. Aku tahu Hadi dah banyak berubah. Begitu juga Jiya. Aku tahu mereka sedang mempermainkan aku. Cuma, aku masih cuba menafikan firasat buruk aku.

Tapi, bila ianya semuanya sudah jelas didepan mata. Adakah aku perlu berpura-pura bodoh lagi?

"Nisa... Jangan salah faham.." Hadi buka mulut.

"Dahla sayang... Sampai bila kita nak tipu Nisa?" Jiya menoleh keras pada Hadi.

Ya. Sampai bila kan nak tipu aku? Ternaik hujung bibir aku sinis.

"Macam ni la Nisa. Aku pun malas nak berpura-pura lagi. Ya. Memang macam yang kau nampak. Aku bercinta dengan Hadi." Akhirnya Jiya mengaku tanpa rasa bersalah.

"Sampai hati kau Jiya. Kau tahu aku dah lama dengan Hadi. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kau kawan aku Jiya. Kau sahabat baik aku." Aku cerun wajah Jiya. Dia kawan baik aku. Kawan yang menjadi tempat adu aku sejak dulu. Kenapa Jiya sanggup buat aku macam ni? Dia tahu Hadi kekasih aku. Dia tahu hubungan kami bagaimana. Kenapa dia sanggup rampas Hadi dari aku?

"Nisa... Ini soal hati. Aku nak buat macam mana kalau aku dan Hadi saling jatuh cinta? Itu maksudnya cinta kau tak kuat nak ikat hati Hadi. " Jiya raih kembali lengan Hadi dan lentokkan kepalanya pada bahu Hadi.

Aku pandang Hadi.
"Begitu ke awak? Cinta saya tak kuat awak? Ini alasan awak?" Aku rasa nak tergelak. Cinta atau nafsu sebenarnya?

"Jiya, biar saya cakap sikit dengan Nisa." Hadi leraikan pegangan tangan Jiya dan ajak aku ke tepi sedikit. Jiya pula angkat bahu sambil senyum mengejek pada aku.

"Apa alasan awak Hadi?" Aku soal dia keras. Dari sedih aku jadi marah. Marah sebab aku dibodoh-bodohkan oleh Hadi dan Jiya.

"Awak. Awak langsung tak layan saya seperti mana Jiya layan saya. Awak kata saya kekasih awak. Tapi nak pegang tangan pun awak tak bagi. Nak mesej sweet-sweet pun awak tak nak layan saya. Padahal saya dah janji nak bernikah dengan awak. Saya bosan ada kekasih kejung macam awak. Awak tahu tak?"

Terkebil-kebil tak percaya aku dengan alasan Hadi. Dia salahkan aku?

"Awak salahkan saya sebab ni? Kita bukan mahram Hadi. Memanglah awak tak boleh sentuh saya. Awak ni Islam ke tidak?" Melengking suara aku.

"Jangan nak tunjuk alim sangatlah. Kalau awak alim sangat. Awak takkan setuju jadi girlfriend saya. Couple pun haram jugak. Tak payah nak hipokrik Nisa. Padahal dulu pun awak teruk jugak. Dah bercinta dengan saya. Tiba-tiba insaf tak boleh sentuh sana sini."

"Cukup Hadi! Awak nak bercinta cara begitu kan? Awak suka perempuan yang senang kena sentuh sana sini macam si Jiya tu kan? Dipersilakan! Saya bersyukur sangat TUHAN tunjuk saya perangai sebenar awak ni sekarang sebelum jadi isteri awak. Syukur sangat-sangat!" Habis sembur Hadi. Aku terus buka langkah tinggalkan pasangan itu.

YA ALLAH. Memang aku bersyukur sangat-sangat ALLAH tunjuk aku rupa sebenar lelaki seperti Hadi itu dan juga sahabat tak guna seperti si Jiya.

BALIK ke rumah sewaku. Aku menangis sepuas hati. Aku ingat aku dapat tumpang kasih Hadi. Tapi Hadi buat aku macam ni.
Entahlah, bahagia tu macam payah sangat nak hinggap pada aku.

Mama... Babah... Daddy... Nisa rasa keseorangan sangat sekarang ni.
Aku sapu air mata dan keluarkan album  gambar keluargaku.

Ada gambar arwah mama dan babah. Babah meninggal dunia ketika aku cuma berusia 5 tahun.

Kemudian apabila aku sudah remaja. Mama kenal daddy, bapa tiri aku seorang warga Kanada. Kenal waktu mama jadi pembantu di Syarikat daddy.

Daddy juga seorang lelaki budiman. Dia layan mama dan aku baik sangat. Walaupun pada mulanya aku bangkang hubungan mereka. Aku takut cinta mama buat babah padam begitu saja. Tapi daddy, tak pernah halang mama ziarah kubur babah. Daddy sayang betul pada mama.

Tak lama selepas itu, Allah uji aku lagi. DIA sayangkan mama dan daddy. DIA ambil mereka dari aku. Tinggalkan aku terkontang-kanting keseorangan.

Aku tinggal sebatang kara...

Aku tarik nafas dalam-dalam. Mama selalu pesan yang aku kena jaga diri bila dia tak ada. Tapi kenapa apabila aku patuh pesanan mama. Semua orang yang aku sayang menghindar dari aku. Memang tak ada lelaki yang baik ke kat dunia ni?

Bunyi dari telefon Xiomi milikku menyentak lamunan.

Melihat ke skrin. Dahi aku berkerut seribu. Nombor yang aku tak kenal.

"Hello? Assalamualaikum." Aku beri salam.

"Hello dear... Waalaikumussalam. I'm back. Miss me?"

Berlapis lagi dahi aku. Siapa pula ni?

"Siapa ni? Gila ke?" Haa... Kan dah kena marah. Miss me... miss me apa? Tetiba aje.

Suara garau itu ketawa besar. Sekejap! Gaya bercakap tu macam aku kenal.

"Isaac Duncan!"











"Isaac Duncan!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tulang rusuk Mr. Duncan ( Sudah Terbit)Where stories live. Discover now