Enam

17 3 0
                                    

Haera dan Eunjung selamat sampai di apartmen Max.

"Malam ini Eunjung tumpang sini dulu. Esok ke lusa baru balik rumah yea." Kata Max menutup pintu apartmentnya.

"Saya tak kisah oppa." Sahut Eunjung.

Haera berjalan masuk terlebih dahulu dan berdiri di tengah ruang tamu. Max mendekor ruang tamunya dengan cantik dan kemas. Ada satu ruangan berderet bingkai gambar disusun cantik. Di atas nya terlekat gambar mereka sekeluarga dengan bingkai yang besar.

Haera mencapai salah satu bingkai gambar. Haera ditengah dan di apit oleh empat orang namja iaitu oppa-oppa nya dengan senyuman yang lebar. Haera rindu untuk berkumpul ramai-ramai lagi..

"Nak rehat dulu ke makan malam terus?" suara Max mematikan lamunan Haera..

"Makan dulu lah oppa, saeng dah lapar." Haera memegang perut dan berjalan ke arah ruang makan.

"Okey, lagipun oppa dah belikan makanan. Kita makan dulu..kalau dah sejuk tak sedap." Tangan nya lincah membuat kerja.

Haera dan Eunjung duduk diatas kerusi ruang makan. Makanan siap terhidang. 'Max oppa ni bila lah nak kahwin pandai buat kerja rumah,handsome pulak tu' ucap hati Haera memerhati wajah oppa sulung nya..

"Jemput makan." Ajak Max dan duduk di kerusi hadapan Haera..

"mian,oppa tak sempat nak masak makan malam untuk korang berdua"kata Max mengukir senyuman kepada Haera dan Eunjung..

"gwenchana oppa,kami faham pasti oppa busy dengan schedule yang padat."ucap Eunjung

Manakala,Haera hanya mengukir senyuman manis kepada Max dan menyambung makan makanan nya..


***SKIP***


Selesai makan malam Max mengemas meja.  Manakala,Haera dan Eunjung masuk ke bilik di sediakan oleh Max.

Eunjung sibuk menggemaskan baju-baju Haera ke dalam almari. Sudah dihalang masih di buat nya.

Haera membaringkan badan diatas katil. Kelopak mata nya ingin dirapat kan untuk seketika tetapi suara Eunjung membuat nya buka semula mata.

"Pergi mandi dulu jangan nak main tidur saja." Tuala kegunaan Haera selamat mendarat diatas muka nya nan comel.

Haera bangun dari baringan dan memandang Eunjung dengan tajam.

"Aku tak takut pun. Sekarang pergi mandi." Katanya tanpa memandang Haera.

Haera dengan malas bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi sedia ada didalam bilik nya.

15 minit berlalu Haera keluar dari bilik air sambil mengering kan rambut dengan tuala kecil.

Haera berjalan ke almari untuk mengambil pijama nya.

"Baju kau tu. Aku dah letak atas katil."ucap Eunjung sebelum masuk ke bilik air.

"Thanks." Ucap Haera dan mendekati katil mengambil pijama berwarna hitam tema kartun kumamon.

Haera duduk diatas katil dan mencapai bag sandang nya. Mulanya,ingin mengeluarkan pengecas telefon. Malahan lain yang dia dapat, sekeping gambar di tangan.

Wajah nya berkerut seribu mengingat kembali siapa memberi nya.."arghhh..Tuan Siwon.."

Haera menurunin katil nya dan melangkah keluar. Menuju ke ruang tamu. Wajah abang sulung nya dicari. "Oppa."

Terasa dipanggil kepalanya beralih dari rancangan kegemaran kepada yeosaeng yang berdiri tegak disisi sofa. 

"dae?"sahut nya lembut dengan senyuman yang lembut..

Haera duduk disisi Max. Lalu,menghulur sekeping gambar kepada Max.

Max mengambil nya dengan dahi yang berkerut seribu..

Setelah Max melihat gambar tersebut..Wajah nya berubah dan beralih kepada Haera semula. 

"M-ma-ma-macam mana gambar ini ada dekat saeng?"tanya nya gugup.

"Dari Siwon oppa?"sahut Haera straingt to the point.

Max cuba bertenang dari situasi ini dan mencari soalan yang selamat..

"Kenapa dia bagi gambar ini dekat saeng?"

"Dia cakap saeng dengan dia pernah bekerjasama dan kami kenal antara satu sama lain. Paling pelik dia cakap saeng ada ahli kumpulan dekat Seoul."sahut Haera dengan suara yang tegas..

"Boleh oppa terang kan dekat saeng hal ini? Dan siapa diri saeng sebenarnya tiga tahun yang lalu? Jebal."rayu Haera memegang tangan Max..

Max merenung wajah Haera. Walaupun tiada suara yang dia keluarkan. Haera yakin Max tahu segala nya..

Kata Seokjin yang tahu masalah ini hanya Max dan Key kerana mereka yang ada bersama Haera waktu kejadian.

--------------------------------------------------------------------------------------Bersambung

Haera dan Eunjung sudah ke Seoul.

So,if say korang ada idea untuk selit-selit terselit untuk next2 chapter bagitau, okey!

Votecoment Juseyo!

#TBC

FaRaFieQaH_KF09

Who I'M [EDIT]Where stories live. Discover now