Tujuh

16 3 0
                                    

Max mengeluh dan mencari anak mata coklat kepunyaan Haera. Kedua tangan saeng nya di genggam erat.

"Saeng dah sedia nak dengar?"tanya Max lembut.

Berkerut kening Haera "Maksud oppa, apa? Terus terang sahaja. Jangan tambah serabut yang sedia ada."kata Haera

Max memegang pipi Haera "Kalau di ikut kehidupan saeng di Seoul tak sama di Busan."

Max berjeda seketika "sebab saeng adalah seorang K-idol."

Raut wajah Haera berubah seketika.Tapi, meminta Max untuk meneruskan kata-kata nya.

"Sepuluh tahun yang lalu. Saeng, oppa dan Key oppa datang Seoul untuk ikut SM audition. Waktu tu, kita sekeluarga masih menetap di LA. Waktu kita diterima jadi trainee baru lah papa, omma, Seokjin oppa dan Yoongi oppa pindah ke Busan. Kita debut berlainan kumpulan. Dipendek kan cerita, oppa dan Key oppa debut terlebih duhulu dengan ahli kumpulan sejak trainee. Manakala, saeng debut bersama idol. Telah debut hampir setahun enam bulan. Saeng bertuah waktu jadi trainee singkat dan debut lebih awal. Yang menarik nya, ahli kumpulan saeng semuanya namja dan saeng adalah satu-satunya ahli yeoja." Terang Max panjang lebar.

Max memegang kedua bahu Haera. "Saeng, kalau boleh. Oppa nak saeng ingat semula memori saeng perlahan-lahan. Tak payah terburu-buru. Oppa tak nak saeng tertekan dan jatuh sakit." Sambung Max sayu.

"Oppa..." panggil Haera perlahan.

Max memandang wajah Haera dengan lembut. "Hmmm?"

"Kalau betul saeng ada kumpulan. Kenapa saeng tak pernah nampak pun dorang datang melawat saeng. Walau sekali pun baik dekat Hospital ataupun dekat rumah. Dorang tahu ke tak sebenarnya apa yang terjadi dekat saeng waktu itu?"soalan yang berlenggar di dalam otak nya terkeluar jua dari bibir nya..

Belum sempat Max membuka mulut ada suara yang menjawab nya..

"Sebenar nya, mereka semua ada waktu kau di rawat dalam bilik kecemasan. Mereka takut kehilangan kau waktu itu. Setelah kau di pindah ke bilik rawatan biasa kami semua pulang untuk rehat. Apabila kami datang semula ke hospital tu. Doktor yang rawat kau mengatakan yang kau dibawa balik ke Busan oleh keluarga kau dan ahli kumpulan kau tak di izinkan sama sekali untuk datang melawat kau. Pihak agensi memberi kau rehat semantara waktu didalam jangka panjang. Untuk kau pulih semula. Apabila kau dah pulih sepenuh nya baru kau boleh meneruskan aktiviti bersama ahli yang lain. Aku minta maaf sebab rahsia kan hal ini dari kau." Terang Eunjung duduk di sisi Haera sambil mengelus bahunya.

"Macam mana kau tahu?" Haera memusing kepalanya untuk melihat wajah kawan baik nya dari bangku Sekolah.

Eunjung mengeluh dan menepuk bahu Haera perlahan..

"Kau tak ingat ke janji kita dulu. Yang aku akan jadi PA kau. Jika kau dah debut as K-idol. Aku memenuhi janji kita untuk selalu jaga dan ada disisi kau kemana sahaja. Sehingga,mama kau nak bawa kau balik Busan pun aku sanggup ikut." Eunjung dengan cepat menutup mulutnya.

Max menjengkil kan mata ke arah Eunjung yang terlepas kata.

"Maksud, kau..ma..ma aku yang pisah kan aku dengan kumpulan aku selama ini? mama juga yang tak izin kan kumpulan aku lawat aku? Begitu ke Eunjung?"tanya Haera tegas dengan pandangan helang nya..

Eunjung mengalih pandangan ke lantai tak berani untuk melawan pandangan mata Haera yang tajam..

"Jawab, Eunjung!"suara Haera bertukar nyaring.

Eunjung tiada keberanian untuk mengangkat muka mahupun membuka suara. Jika Haera dah mengamuk, hanya anggukkan kepala menjadi jawapan.

Kedengaran Haera menghela nafas dengan kasar. Kepala nya di geleng kan beberapa kali. Dia tak habis fikir. Apa yang berada didalam fikiran mama nya waktu itu. Sanggup mama, menarik nya jauh dari kehidupan realitinya.

"Saeng,mama buat semua ini mesti ada sebab nya. Nanti saeng tanya mama baik-baik bila balik nanti." Max cuba menenangkan Haera. Dipeluk bahu saeng nya dengan erat.

Haera meronta minta dilepaskan dari pelukan Max. Max meleraikan pelukkan. Dengan pantas Haera bangun dari sofa dan berjalan ke arah pintu.

"Saeng nak pergi mana malam-malam ni?" Max dengan laju menarik lengan kecil Haera.

"Tak payah sibuk. Oppa dengan Eunjung tak payah tunggu saeng." Haera cuba menarik lengan nya dari genggaman Max. Apakan daya kekuatannya tak sekuat Max.

"Oppa tak ajar saeng jadi kurang ajar macam ni!" Max cuba mengawal emosi nya.

"Just let me go!" Bentak Haera. Dengan tenaga yang ada Haera merentap lengan nya dan berlari keluar dari apartment Max..

--------------------------------------------------------------------------------------Bersambung

Mian kalau chapter kali ni panjang dan membosan kan.

Votecoment Juseyo!!

Love you alll..

#TBC

FaRaFieQaH_KF09


Who I'M [EDIT]Where stories live. Discover now