Sedang aku leka duduk diatas kerusi rodaku , satu tangan menyapa lembut bahuku . Aku langsung tidak terkejut kerana aku memang terdengar akan kehadirannya .
"Cik Jihey , masa untuk makan ubat " ucapnya lembut . Senyuman aku lemparkan kepadanya setelah aku memusingkan kerusi rodaku menghadapnya . Mukaku angkat memandang jantung nya . Satu-satunya benda yang aku boleh lihat selain kegelapan .
"Aaaaaa" ucapnya dan seraya itu aku membuka mulut . Ubat itu aku telan cepat-cepat bagi mengelak rasa pahitnya berlegar lama-lama didalam mulutku . Bibir gelas disua kebibirku dan seraya itu aku meneguknya rakus .
"Terima kasih nurse " ucapku seraya tersenyum .
"Sama-sama" dia membalas . Kemudian aku terdengar bunyi pintu dikuak dan degupan jantung jururawat Yeri semakin jauh . Cepat-cepat aku bersuara ,
"Err cik Yeri? "
Langkah jantung tadi yang makin menjauh kini terhenti .
"Yerr cik Jihey? Ada apa-apa lagi? "
Aku mngucap syukur dalam hati apabila mengetahui yng dia belum keluar . Aku menguntum senyuman .
"Boleh tak bawa saya bersiar-siar? "
YOU ARE READING
[C]Eyes || myg
Short Story"Kahwini saya di syurga nanti..." [ start : 6 april 2k18 ] [End : 8 april 2k18] ©hakmilik Jeontaesty